Pengikut Blog Panglima

30 Disember 2015

Ust Abdullah Iraqi Akui ISIS Wahabi ??? @PDRMsia



Antara yang disebut penceramah nama Abdullah Iraqi yang mengaku pernah duduk kenal rapat puak ISIS setahun lebih bahawa ISIS mengikut Ahlu Sunnah Wal Jamaah versi yang berfahaman menolak Ya Hanana dan tawassul dengan Wali Allah.

Ciri Ahlu Sunnah Wal Jamaah versi ini hanya ada pada fahaman Wahabi KHAWARIJ bukan Aswaja atau Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Yang suka qasidah hanya Aswaja Ahli Sufi dan yang menolaknya ialah puak Wahabi.

Maka benarlah dakwaan ramai pihak bahawa ekstrem militan datang dari khawarij atas fahaman mereka dari aliran Wahabi dibentuk oleh tulisan Ibnu Taimiyyah dan Nasiruddin Albani.

Meskipun ada pendapat turut menyatakan Ibnu Taimiyah telah bertaubat sebelum mati dan mengubah pendiriannya.

Harap PDRM dapat tengok ust ini kerana kita khuatir ada berpendapat ISIS tidak bahaya dan boleh diikuti.

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/V2VQ7Wu79pA



Baca juga artikel menarik berkenaan ISIS Wahabi Syiah Sunni Syria dll....

Khalifah Islam yang dibina oleh Rasulullah saw akhirnya hancur selepas 1000 tahun lebih bertahan di atas muka bumi apabila diserang oleh kumpulan Wahhabi dan Yahudi serta Eropah. Malah sehingga kini bumi Mekah dan Madinah berada di bawah naungan kerajaan Wahhabi dari keluarga Sa'ud (Saudi).

Sedangkan sejak zaman Rasulullah saw sehingga jatuhnya khalifah, penjaga Mekah dan Madinah adalah daripada kaum Arab Quraisy bukannya Arab Saudi (arab barbaric yang datang dari tanah bernama Najad).

Di dalam kitab-kitab sejarah seperti kitab Tarikh Najd (sejarah Najd) ada menyatakan bagaimana tentera Wahhabi pimpinan Muhammad Abdul Wahhab membunuh ribuan umat Islam di Mekah, Madinah, Taif dan lain-lain tempat. Pendedahan tentang keganasan Wahhabi ini pernah dilakukan oleh guru besar ASWJ Nusantara Syaikh Nuruddin Al-Banjari. (Mungkin disebabkan pendedahan inilah maka Shaikh Nuruddin cuba disekat oleh JAKIM - yang kini dipenuhi dengan puak Wahhabi agar berita tentang keganasan fahaman sesat ini dapat disembunyikan daripada orang ramai).

Tidak cukup dengan itu, perang moden antara barat-Islam juga melibatkan puak Wahhabi militan yang kini menukar nama kepada SALAFI JIHADI yang terkenal suka mengebom diri, membunuh umat Islam, membunuh orang awam, dan mengebom tempat-tempat awam. Sehinggakan muncul fenomena fobia kepada Islam atau Islamophobia di seluruh dunia angkara pengganas-pengganas Wahabi!

Mereka memakai pelbagai nama dan jenama seperti JI (jemaah Islamiah), Al-Qaeda (pimpinan Osama Ben Laden, orang kaya Wahhabi dari Saudi) dan yang terbaru ialah ISIS (Islamic State in Iraq and Syria) yang kini dinobatkan sebagai bapa 'ancaman dunia'! 

Puak-puak Salafi Jihadi ini beriktikad dengan fahaman ganas Muhamad Abdul Wahhab yang menganggap sesiapa sahaja selain Wahhabi adalah kafir, musyrik, ahli bidaah, ahli neraka, zindiq, fasiq dan sebagainya. Fahaman ekstrim ini menyebabkan para pengikutnya dengan mudah membunuh sesiapa sahaja sama ada dari kalangan umat Islam Sunni (ahlus-sunnah wal jamaah), Syiah ataupun orang kafir kerana mereka beranggapan bahawa kesemuanya kafir dan darahnya halal ditumpahkan!

Jadi tidak hairanlah jika mereka itu menyerang Iraq dan Syria - yang merupakan negara majoriti Muslim ahlus-sunnah wal jamaah dan membunuh mereka macam kita membunuh lalat sahaja, layaknya.

Mereka mendakwa membunuh "Syiah" kerana Syiah itu kafir, tapi fakta yang kita ketahui, di Syria hanya mempunyai 5% penganut agama Syiah termasuklah presidennya. Jadi 95% lagi yang dibunuh mereka itu siapa? Tentulah kaum muslimin.

Sebelum munculnya ISIS, Salafi Jihadi/Wahabi militan memang sudah lama puak-puak ini mengamalkan pembunuhan di kalangan umat Islam - sama seperti pengeboman orang awam Islam yang dilakukan oleh Al-Qaeda dan sebagainya.

Dan mengikut pengakuan barat, kumpulan Wahhabi militan ini sebenarnya adalah agenda mereka sendiri untuk mereka mencari sebab supaya Islam dapat difitnah; dicap barbaric, ganas dsb di mana pihak yang membuat onar itu Wahhabi/Salafi, tapi yang dipersalahkan ialah Islam!

Kini, fahaman ekstrim dan ganas ini sudah mula beranak-pinak di Malaysia. Kebanyakan mereka datang dengan sijil-sijil profesional PhD supaya dapat menyusup di dalam jabatan-jabatan agama kerajaan. Kewujudan mereka makin terserlah apabila para ulama Ahlus-Sunnah mula disekat oleh jabatan agama seperti apa yang berlaku pada Syaikh Nuruddin Marbu Al-Banjari itu.

Mereka yang teguh dengan manhaj Ahlus-Sunnah di Malaysia pula adalah dari kalangan para Sultan dan majlis-majlis agama negeri (kaum tua) yang giat memerangi Wahhabi (kaum muda) dan Syiah. Fatwa-fatwa tentang kesesatan Wahhabi telah pun dikeluarkan oleh kebanyakan fatwa-fatwa negeri. (Majlis agama dan jabatan agama merupakan dua badan yang berbeza).

Pertembungan dua ideologi yang dulu dikenali sebagai Kaum Tua (ahlus-sunnah) dan Kaum Muda (Wahhabi) kini sudah kembali panas apabila Kaum Muda Wahhabi cuba meresap masuk ke dalam agensi kerajaan demokrasi dan melawan Kaum Tua yang diketuai oleh sultan-sultan Melayu.

Lebih menyakitkan hati, apabila berlaku keganasan hasil dari Salafi Jihadi, puak-puak Wahhabi/Salafi di Malaysia cuba berlakon seolah-olah itu bukan fahaman mereka, misalnya dalam  isu perbincangan ISIS di TV3 baru-baru ni. Tokoh yang dipanggil untuk mengulas isu ini pun adalah Wahhabi tegar yang terbukti menyebarkan fahaman ekstrim tu melalui tiket kerajaan. 

Tetapi apabila mengulas tentang ISIS, mereka mula bertaqiyyah (berpura-pura) tidak kenal dengan geng mereka sendiri!

Adakah kerajaan faham akan ancaman sebenar di Malaysia ini?

Dua fahaman militan yang cintakan keganasan dan peperangan, iaitu Syiah dan Wahhabi sudah semakin membiak di bumi bertuah Malaysia. Ada yang menyusup melalui pembangkang, ada yang masuk melalui kerajaan dan memenuhi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran agama dan yang mengerikan, ada juga yang cuba menyusup ke dalam angkatan tentera.

Jika kerajaan tidak ambil peduli tentang ancaman ni, kami berharap agar para sultan selaku ketua agama dapat mempertahankan umat Islam daripada anasir ajaran sesat pengganas ni. Itulah luahan hati saya selaku umat Islam yang berpegang pada manhaj Ahlus-Sunnah yang cintakan kedamaian dan kasih sayang sesama Islam.

Nota: ISIS sedang giat menyebarkan kitab-kitab tauhid tulisan Muhamad Abdul Wahhab (pengasas ajaran ekstrim Wahhabi) di Syria dalam usaha mereka untuk meng-wahhabi-kan umat Islam Syria.
Photo caption: Gambar menunjukkan kitab-kitab tauhid yang dikarang oleh Muhammad bin Abd Wahhab (pengasas ajaran ekstrimis Wahhabi) yang diterbitkan oleh Daulah Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ISIS untuk disebarkan kepada penduduk Syria dalam usaha mereka me-wahabi-kan akidah kaum muslimin Syria.



Sent from my iPhone

Laut jadi merah, pendapatan 200 nelayan terjejas

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/VIhgS8gZQjk


Sent from my iPhone

29 Disember 2015

Aziz Desa, selamat dikebumikan

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/6fvlgLnWTQA

Aziz Desa seorang pengacara yang berbakat.

Pemergian beliau satu kehilangan kepada kita.

Penulis yang hebat.

Beliau mempunyai karisma tersendiri.

Pernah menabur jasa di Kelantan.

Sarat dengan nasihat melalui pantun gurindam puisi yang disampaikan semasa mengendalikan rancangan.

Apa pun pengakhiran hidupnya didoakan Husnul Khatimah.

Kita juga akan ke sana bila tiba masa.


Sent from my iPhone

20 Disember 2015

PM @NajibRazak Sentuh Kisah Sayu Pelarian Syria

Perdana Menteri kongsi momen jumpa pelarian Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkongsi momen sayu tatkala bertemu dengan pelarian Syria baru-baru ini.

Najib berkata, ketika bertemu ‎mereka ada 'sesi soal jawab' beliau dengan seorang pelarian Syria yang mana jawapan pelarian itu begitu menyentuh hatinya. 

"Saya kebetulan bertemu dengan tiga keluarga Syria batch pertama, saya tanya seorang daripada mereka. Sungguh menyayat hati, apabila saya tanya kenapa tidak mempunyai pasport antarabangsa walaupun sudah belajar di universiti. 

‎"Apa dia jawab? Katanya kalau dia pergi buat pasport dia akan dipaksa masuk dalam tentera dan dia akan terpaksa bunuh umat Islam lain, kerana sebab itulah dia tak membuat pasport kerana tidak sanggup lakukan perkara tersebut," katanya dalam Multaqa Serantau Alumni Al Azhar 2015, di Hotel Grand Season, hari ini. 

Menggulas lanjut, Najib berkata, dalam isu itu, beliau begitu berbangga dapat membantu umat Islam lain dalam mengharungi kehidupan mereka. 

"Orang seperti inilah yang dapat diselamatkan Malaysia. 

"Alhamdulillah saya rasa bangga walaupun bilangan tak ramai tapi inilah contoh bagaimana atas semangat perpaduan ummah untuk bantu  umat Islam yang susah ditimpa  musibah, kita sebagai sebuah negara Islam wajib bantu  negara Islam lain," katanya. 

Komitmen Malaysia untuk menjaga kepentingan ummah sangat jelas di dalam mahupun luar negara.















Sent from my iPhone

19 Disember 2015

Ali Tinju rosakkan imej PVATM - Sinar Harian


Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)

KUALA LUMPUR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.

Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej yang tidak baik terhadap Veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah dengan prinsip dan amalan Veteran ATM di negara ini.

 

Mohd Ali sebelum ini pernah mencetus kontroversi melalui beberapa tindakannya termasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih Datuk S.Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt.

Menurut PVATM, Mohd Ali pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selama lapan tahun dan merupakan anggota persatuan itu yang berdaftar di cawangan Petaling, Selangor, namun tidak aktif.

Persatuan itu turut menegaskan Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor (PVTM) yang ditubuhkan Mohd Ali tidak lagi wujud.

"PVTM telah dibubarkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 April 2014 kerana gagal mematuhi beberapa syarat dan peraturan yang dikenakan ke atas setiap persatuan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Oleh itu kami berharap pihak media tidak lagi menyebut dan mengaitkan Ali Tinju sebagai Presiden PVTM kerana persatuan itu tidak lagi wujud," kata kenyataan itu.

PVATM merupakan persatuan terbesar veteran ATM dengan 160,000 anggota dan kini  diterajui Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia selaku presiden. – Bernama










Ali Tinju


Sent from my iPhone

Tpm @Zahid_Hamidi Tiba Sarawak Lawat Dua Hari

http://www.youtube.com/watch?v=p_vo65YI5-E&sns=em

17 Disember 2015

Demi Islam, saya tak kisah digelar anjing - Harussani

Demi Islam, saya tak kisah digelar anjing
 
Harussani Zakaria
Harussani Zakaria

SHAH ALAM - Walaupun pelbagai gelaran mahupun caci makian dilontarkan terhadapnya kerana mempertahankan Islam, ia tidak akan meninggalkan kesan buat dirinya.

Demikian tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika menceritakan pengalamannya yang pernah digelar anjing hanya kerana mempertahankan agama Islam di negara ini.

"Saya biasa digelar anjing, badan anjing muka Harussani, macam-macam, itu tidak menakutkan saya, mudah-mudahan kita dapat bersama untuk membangunkan Islam.

"Dan dapat mempertahankan Malaysia sebagai negara Islam," katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung di Hotel Grand Seasons, di sini, hari ini.

Harussani menjawat jawatan Mufti Perak sejak 1992 dan antara yang lantang mengkritik isu-isu berkaitan agama di negara ini.

Beliau dalam ucapannya hari ini antara lain turut menekankan supaya umat Islam kembali kepada ajaran yang sebenar bagi memastikan agama ALLAH ini kembali seperti zaman kegemilangan Rasullullah S.A.W.

"Umat Islam kini makin bertelagah, jadi sudah tiba masanya umat Islam berhenti daripada ‎ bertelagah sesama sendiri.

"Dan ulama juga perlu menjadi panduan kepada umat Islam jangan hanya menjaga kepentingan peribadi sahaja," katanya.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung tiga hari bermula semalam yang menyaksikan pertemuan di antara ulama Malaysia dan Al-Azhar bagi membincangkan mengenai kemaslahatan umat Islam kini.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/demi-islam-saya-tak-kisah-digelar-anjing-1.462992

Najib dan Hadi Bertemu Di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar 2015 - Permulaan Perpaduan Parti Islam Di Malaysia ?



Blog Angin Perubahan http://anginperubahan.blogspot.my/2015/12/penyatuan-yang-bakal-untungkan-umat.html mengesahkan usaha penyatuan sedang dibuat merujuk kepada kenyataan Mufti Perak.

 

 Hari ini mereka berada sepentas selepas PAS sudah menjauhkan diri dari DAP dan UMNO juga sedang diuji krisis kepimpinan dengan pengguguran dua tokoh besar iaitu Muhyiddin dan Shafei.

Bukan bermakna PAS semakin lemah atau UMNO sudah goyah namun keduanya sedang menjalani proses detox (membuang penyakit) untuk menguatkan lagi parti.

Persepsi yang menyebut bahawa PAS dan UMNO sedang tenat sebenarnya tidak tepat.

Kita doakan semoga perpaduan ini bermanfaat bukan sahaja untuk Malaysia bahkan negara negara Islam lain seluruh dunia.

Harapan besar diletakkan oleh ulama Islam dunia kepada negara kita dan kitalah yang wajib menguatkan negara dengan menyatukan semua rakyat di belakang Ulil Amri dan Ulama.

berita 


Najib dan Abdul Hadi ketika perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, hari ini.


KUALA LUMPUR - Sedondon! Itulah yang boleh dikatakan tatkala ‎PErdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengenakan pakaian sama warna tatkala menghadiri Multaqa Serantau  Alumni Al-Azhar Malaysia 2015  hari ini.

‎Hadir mengenakan pakaian  Baju Melayu, kedua-duanya segak mengenakan busana itu yang kedua-duanya berwarna peach.

Kehadiran kedua-dua 'orang penting itu' ke dalam Ballroom Hotel Grand Seasons hari ini di sambut dengan alunan selawat.

Najib dijangka merasmikan majlis itu, sementara Hadi bakal memberi ucaptama dalam program itu.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung tiga hari, yang mana menyaksikan pertemuan antara ulama Malaysia dan Al-Azhar bagi membincangkan mengenai kemaslahatan umat Islam kini.
 
http://bloglist-malaysia.blogspot.my/2015/12/foto-najib-dan-hadi-berpakaian-sedondon.html

Kisah Pengasas Que Puteh Yang Mungkin Tidak Diketahui Ramai

   




Beliau berkahwin pada Januari 2014. 

Kisah susah payah beliau sebelum berjaya boleh saksikan di sini 

13 Disember 2015

BN, parti komponen perlu agresif menangi hati rakyat - TPM | Politik | Berita Harian

BN, parti komponen perlu agresif menangi hati rakyat - TPM | Politik | Berita Harian

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan semua parti komponen perlu lebih agresif memenangi hati rakyat dalam memastikan kesinambungan kepercayaan dan kesetiaan terhadap kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan 'spiritual happines' iaitu kegembiraan dalaman perlu disuntik dalam kalangan masyarakat dengan mengenepikan perbezaan bangsa, agama, bahasa serta latar belakang berbeza.

"Selama ini 'physical happines' diberikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sekolah serta pelbagai bantuan lain tetapi tidak ada penghargaan diberikan mereka (rakyat).

'Kita perlu pastikan spiritual happines diterima rakyat supaya mereka faham. Tidak ada gunanya buat Perhimpunan Agung setiap tahun, pidato yang lunak tetapi kosong di dalamnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (myPPP) ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi. Yang turut hadir, Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, satu kerusi Parlimen akan diberikan kepada myPPP sekiranya BN memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga jumlah kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

"Lepas kita menang, itu janji saya sekurang-kurangnya satu kerusi (Parlimen) akan diberikan. 'Ia bagaimanapun, menuntut kerja kerja kuat dan bijak daripada seluruh kepemimpinan dan ahli," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104689?m=1

12 Disember 2015

Kekuatan perang siber UMNO akan dipertingkat - @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Kekuatan perang siber UMNO akan dipertingkat - Zahid

JUMAAT, 11 DISEMBER 2015 - 4:32PM

Oleh Alzahrin Alias; Nora Mahpar dan Mohd Nasaruddin Parzi bhonline@bh.com.my

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR : UMNO menyedari kekuatan parti dalam perang siber belum sampai ke tahap menjadi penyerang sebenar dan banyak perkara masih perlu diperkukuhkan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sehubungan itu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata perlunya ada penyelarasan kalangan penggiat dalam alam siber ini.

"Ini soal peperangan minda, kita tahu komunikasi 'face to face' dalam peperangan minda ini mesti berkisar pada balasan atau serangan yang bukan ditujukan kepada kumpulan-kumpulan kecil dalam parti tapi kumpulan perang siber yang berada di luar sana.

"Dalam hal ini saya ingin nyatakan perlu ada usaha penyelarasan kepada penggiat dalam alam siber," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Yang turut hadir, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammudin Hussein.

Ahmad Zahid berkata, fungsi utama perang saraf adalah bagaimana untuk bertahan dan taktik terbaik bertahan adalah dengan menyerang.

"Saya bersetuju mungkin serangan yang ditujukan kepada BN (Barisan Nasional) telah menimbulkan persepsi dan jawapan-jawapan yang diperoleh dari pihak 'establisment' (pihak yang memegang kuasa) kurang menyerlah.

"Jadi kita akan memperkasa alam siber dengan mewujudkan gelombang biru yang baharu dan ianya harus lebih berfokus dalam menghadapi serangan musuh-musuh parti," katanya.

Mengulas beberapa teguran perwakilan kepada kepemimpinan tertinggi parti, Ahmad Zahid berkata, ia sememangnya menjadi kelaziman kepada suara akar umbi untuk meluahkan suara hati mereka termasuk yang mahukan supaya aktiviti turun padang lebih kerap dilakukan pimpinan teratas.

"Saya juga fikir teguran ikhlas ini memang menjadi kelaziman, dan mereka mengharapkan supaya dielakkan kekeliruan jika ada diatas yang akan menyebabkan kekeliruan juga dibawah.

"Dalam hal ini mereka cukup mengharapkan supaya tidak timbul perbedaan pendapat," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104160?m=1

09 Disember 2015

@Zahid_Hamidi : Kita Tidak Tanya Duit Tun Mahathir Kerana hormatinya


Kita tidak tanya Dr Mahathir mana dapat duit zamannya sebab hormat beliau: Zahid

Oleh ROSLAN BIAN dan ROSLI ISMAIL

9 DIS: "Saya ingat kalau Tok Arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu,"…itu antara kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang persoalkan mengenai derma RM2.6 billion yang masuk ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bunyinya macam ada lojik.Siapa yang senang-senang mahu bagi duit sebanyak itu.Namun, itu bukan sesuatu yang pelik kerana kerap kali disiarkan berita hidup orang-orang super kaya di serata dunia menderma  berbillion wangnya untuk tujuan ikut selera mereka.

Ragam manusia juga berbeza.Ada orang pergi dapat dan ada orang pergi tak dapat.Ini fakta hidup.

Jadi siapa 'individu' yang begitu murah hati bagi RM2.6 billion kepada Perdana Menteri Malaysia?

Identiti penderma masih rahsia.Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah tahu dan begitu juga Bank Negara.

SPRM pun sudah hantar pegawainya ke Timur Tengah jumpa penderma itu.

Ada diantara pimpinan utama UMNO sudah tahu siapa penderma tersebut.

Antaranya Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi.

Beliau sudah tengok dokumen mengenainya dan temui wakil penderma itu.

Dari segi faktanya, penderma itu menang wujud.

Ia bukan orang bunian yang cipta untuk selindung diri dalam isu yang hangat diperbualkan ini.

zahidpress1Soalnya bagaimana kreditbiliti dan kedudukan penderma itu sampai mampu bagi RM2.6 billion?

Ketika dijolok dengan kata-kata Dr Mahathir Tok Arab gila pun tak akan bagi sebanyak itu,Timbalan Perdana Menteri dalam satu interbiu dengan

www.agendadaily.com dan www.bnbbc.my telah memperjelaskan lagi status penderma itu.

Penderma RM2.6 billion itu,katanya bukanlah individu dalam ertikata seorang.

Ia adalah pimpinan sebuah kerajaan.

"Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab penderma tidak mahu didedahkan).

"Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.

"Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.

"Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.

Kebolehpercayaan kepada UMNO sebab UMNO boleh membawa Islam, kerana UMNO menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini harus difahami dan kita harus menghargai.

"Kita mempertikaikan seolah-olah kita boleh dan mampu untuk mencari (derma). Dahlah kita tak mencari, kita pertikaikan orang lain yang membuat.

Zahid berkata sejak awal bila isu ini timbul pendiriannya konsisten yakin kepada Perdana Menteri.

Katanya soal memperolehi dana politik ini dilakukan oleh semua parti politik.

Beliau kesal kerana ada pihak terus pertikaikan sumbangan yang diterima itu.

"Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan dan memberikan pengaighan untuk memperkuatkan parti,"katanya.

Menurut Zahid sekalipun sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri tetapi oleh kerana ianya dipertikaikan maka persepsi itu terus membongkah dengan besar.

"Apabila kebencian itu ditanamkan, maka sebarang realiti dan kebenaran itu tidak diterima lagi.Dan inilah permasalahan yang timbul,"katanya.

Kepada soalan mungkin orang terkejut ini pertama kali dengar sumbangan sebesar itu,Zahid membangkitkan kisah selepas Dr Mahathir letak jawatan.

Katanya bekas Perdana Menteri itu disebut dalam International Transparency Internatinal kata RM1.2 billion diserahkan kepada penganti Tun Abdullah Badawi.

"RM1 billion dalam bentuk aset dan RM200 juta dalam bentuk tunai. Kita pun boleh tanya dengan Dr Mahathir mana dia dapat duit itu?

"Lima kali pilihanraya di zaman beliau tentu orang pun boleh bertanya tetapi tidak mahu tanya sebab kita hormat.

"Kita serah pada dia sebagai pemimpin ketika itu. Dari sumber mana dia dapat, asalkan ia mengikut undang-undang dan tata-etika dan ini harus dihormati oleh semua,"kata Zahid.

Ditanya pula apakah majoriti anggota kabinet dan pimpinan UMNO ' bodoh sangatkah' terima penjelasan dan sanggup tunggu hasil siasatan 1MDB sedangnya dua tiga kerat lain terus pertikai,beliau berkata:

"Hakikat dalam sistem demokrasi, suara majoriti itu mengatasi suara minoriti tetapi tidak semestinya suara majoriti itu mengetepikan suara minoriti.

"Perbezaan pendapat harus diraikan. Tetapi pada waktu sama bila sesuatu keputusan telah dicapai, suara minoriti hendaklah menerima dan mengesahkan suara majoriti. Jika kita seorang demokrat, maka itulah prinsipnya yang harus ada pada kita.

"Kita tak boleh paksa orang lain menerima pendapat kita dan mana-mana minoriti yang tidak bersama dengan kita seolah-olah kita berada dalam zaman edanan dan kemoronan yang tidak sama tahap pemikirannya. Jangan rendahkan orang lain. Nanti orang lain akan merendahkan orang itu.

"Oleh sebab itu saya fikir eloklah kita mengingatkan diri kita. Saya sendiri mengingatkan diri saya supaya saya juga tidak cross the line

https://www.bnbbc.my/kita-tidak-tanya-dr-mahathir-mana-dapat-duit-zamannya-sebab-hormat-beliau-zahid/

08 Disember 2015

#PAU2015 Wawancara BERNAMA dengan Naib Presiden @Zahid_Hamidi

KUALA LUMPUR: BERNAMA mengadakan wawancara eksklusif dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang bermula hari ini.

Berikut transkrip wawancara itu:

BERNAMA: Menjelang perhimpunan yang akan bermula esok dengan persidangan sayap, ke arah mana yang hendak dijuruskan perbincangan atau ucapan semasa perhimpunan kali ini. Bagaimana dengan tindakan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi. Mungkin ada mesej tertentu yang Datuk Seri dan kepimpinan parti mahu sampaikan pada perhimpunan ini?

Ahmad Zahid: Keutamaan kita adalah ke arah perpaduan. Tidak perlu ada persidangan dalam persidangan dan pada hemat saya, perbezaan pendapat perlu ikhlas untuk memperkukuhkan parti. Sebagai parti yang dinamik, permasalahan harus diatasi dan setiap era kepimpinan pasti ada masalah, sama ada ia besar atau kecil ia mesti diselesaikan. Apatah lagi permasalahan itu wujud dalam intra parti, ertinya wujud kerana kepimpinan itu menyatakan perbezaan kerana tidak berasaskan kepada prinsip parti tetapi kepada persoalan 'self-centred'.

Dalam hal inilah pejuang-pejuang terdahulu menyatakan apa jua yang berlaku dalam gelombang, sebesar mana krisis yang harus dihadapi, parti mesti dan wajib diperkukuhkan. Dan, sebagaimana biasa isu-isu untuk ucapan dasar presiden usul ekonomi, agama dan pendidikan akan menjadi beberapa mauduk (topik) yang dilontarkan oleh jurucakap.

Namun kita tentu tidak dapat menghalang jika ada aspek lain yang menyentuh bukan sahaja mengenai orang Melayu dan Islam tetapi kemajmukan sebagai negara yang ditentukan oleh Sunnatullah. Seharusnya dikekalkan soal keharmonian dan toleransi dalam kepelbagaian. Pada hemat saya, biarpun pandangan dan persepsi berbeza di luar sana, saya harap suhu yang ada di dalam dewan adalah lebih sejuk daripada suhu politik yang berada di luar dewan.

BERNAMA: Akhir-akhir ini ada suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan tertinggi termasuklah timbalan presiden parti sendiri, bagaimana UMNO menangani masalah ini?

Ahmad Zahid: Punca serta kunci kepada penyelesaian permasalahan adalah bagaimana perpaduan itu dapat diperkasakan semula. Pada 1987 terdapat perbezaan antara presiden dan timbalan presiden yang hingga menyebabkan parti benar-benar terpecah dua. Bukan sekadar itu, ada cabaran-cabaran yang berlaku bila institusi kepimpinan utama itu dicabar dan perbezaan sokongan daripada perwakilan adalah 44 undi.

Dalam keadaan ini, saya harapkan ia tidak akan berlaku begitu kerana pemimpin datang dan pergi, hakikatnya adalah apabila kita menjadi pemimpin, kita tentulah mengharapkan semua pihak memberi dukungan dan sokongan kepada kita. Apabila kita berada di kerusi kuasa, maka kita harus bersama-sama kepimpinan yang ada walaupun kita berbeza pendapat demi untuk memperkukuhkan parti.

BERNAMA: Jika ada dalam kalangan perwakilan mempersoalkan kepimpinan tertinggi parti, adakah ia dianggap sebagai satu ancaman kepada UMNO?

Ahmad Zahid: Ia lebih hebat pada 1998 di mana ketika itu sekali lagi UMNO ternampak seolah-olah terbelah kepada dua kumpulan tetapi oleh kerana (kami mendengar) menentukan bahawa apabila ada arahan daripada kepimpinan utama maka apa yang dikatakan perpecahan itu tidak berlaku. Pemulihan itu harus datang dari dalam.

Kalau kita mahu melayan persepsi dari luar yang tidak pernah menganggotai UMNO ataupun yang menjadi musuh politik kepada UMNO dan tidak mahu melihat UMNO itu kukuh, maka kita tidak harus melayani perbezaan pendapat di luar sana. Kerana mereka memang mahu melihat UMNO itu lemah dan retak dan kemudiannya belah kerana itulah kesempatan yang paling baik untuk mereka mengambil alih peranan UMNO sebagai tulang belakang kepada kerajaan yang ada sekarang ini melalui komposisi campuran parti pelbagai kaum.

BERNAMA: Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dilihat menentang orang nombor satu iaitu presiden. Mengapa tiada tindakan diambil di peringkat Majlis Tertinggi atau pucuk kepimpinan menunggu perhimpunan ini untuk membuat keputusan?

Ahmad Zahid: Itulah wisdom (kebijaks
anaan) yang ada pada Datuk Seri Najib Razak. Dalam situasi itu, jangan ada cabaran seolah-olah tindakan sengaja diperlambatkan kerana ia akan menyebabkan masalah dalam perhimpunan tetapi kita harus melihat penyelesaian bukan untuk jangka pendek sahaja. Ini dapat diselesaikan dengan memperlihatkan ketelusan dan dalam pengurusan isu tidak ada agenda yang disembunyikan. Rakyat semakin celik dan mereka mahu tahu kedudukan perkara sebenarnya.

BERNAMA: Ada veteran UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sudah menjadi parti diktator dan bersifat diktator, seolah-olah tiada demokrasi dalam parti?

Ahmad Zahid: Pada hemat saya, seliberal mana pun pendekatan dilakukan, itu kita harus tanya kepada kawan kalau mahu bertanya sesuatu yang baik. Kalau bertanya kepada musuh, sebaik mana sesuatu yang dilakukan, itu tetap tidak baik pada pandangan musuh. Kalau kita konsisten bila melakukan tindakan, apapun tanggapan yang ada di luar sana, dan dalaman akhirnya mereka akan melihat bottom line (pada dasarnya), bagaimana sesuatu isu itu diselesaikan, bagaimana prestasi sebenar. Namun serangan daripada luar dan dalam pasti ada.

BERNAMA: UMNO adalah tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN), bagaimana peranan ini diteruskan terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)?

Ahmad Zahid: Usaha-usaha pengukuhan sedang dilakukan oleh kepimpinan parti. Saya sendiri bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi pergi ke negeri-negeri bukan hanya melakukan penjelasan isu yang timbul tetapi juga mengutip maklum balas dalam hal kekangan-kekangan dihadapi ahli UMNO. Hanya dua negeri saya belum pergi - Johor dan Sabah. Saya akan pergi lepas PAU.

Kita jangan lihat hanya pilihan raya umum tetapi melihat apabila perayaan kemerdekaan ke-100 tahun pada 2057 adakah UMNO masih relevan dan adakah orang Melayu masih memberi sokongan, adakah rakyat Malaysia memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN. Langkah jangka panjang perlu dilakukan, kerelevanan UMNO untuk menangani sesuatu isu dan memenuhi cita rasa rakyat.

BERNAMA: Adakah Tan Sri Muhyiddin dilihat sebagai ancaman kepada UMNO sehinggakan tidak dibenarkan berucap?

Ahmad Zahid: UMNO membenarkan ucapan perasmian (timbalan presiden) sejak kira-kira 30 tahun. Tiada dalam perlembagaan dan peraturan, hanya kelaziman. Dalam keadaan itu, tak harus dianggap kita mahu lakukan sekatan.

BERNAMA: Bukankah tindakan Tan Sri Muhyiddin dilihat memprovokasi, 'cross the line' (melampaui batas), bukankah itu sudah mencukupi untuk UMNO sendiri dan Majlis Tertinggi (MT) mengambil tindakan disiplin, perlukah kita tunggu sehingga perhimpunan berlangsung?

Ahmad Zahid: Untuk beliau dan penyokong-penyokong beliau mungkin itu tidak dianggap 'cross the line', tetapi tentunya interpretasi ini pelbagai. Tetapi jika benar 'cross the line' telah dilakukan, maka atas kebijaksanaan kepimpinan untuk tentukan tindakan yang akan dilakukan. Kalau kita masih mahu mendukung sesiapa yang melakukan tindakan 'cross the line' supaya ia dikekalkan, maka tunggulah ketikanya akan berlaku kebobrokan (keburukan) dalam kepimpinan dan ini akan menyebabkan kesukaran mana-mana organisasi.

BERNAMA: Nampak seolah-olah MT amat sukar untuk mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin, adakah kemungkinan pemimpin UMNO untuk menyerahkan kepada perhimpunan kali ini untuk buat usul untuk ambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin?

Ahmad Zahid: Usul harus diberikan notis tapi kita tidak dapat menghalang jika ada di kalangan jurucakap yang menyarankan hal yang sedemikian. Tentunya sebagai sebuah parti yang dinamik, suara akar umbi akan didengar. Tindakan yang akan diambil jangan dipersalahkan kepada kepimpinan jika ianya berlaku.

BERNAMA: Sekarang Datuk Seri sebagai orang nombor dua (dalam kerajaan), dilihat banyak beban dalam negara dan UMNO. Bagaimana Datuk Seri melihat peranan Datuk Seri bagi membantu presiden?

Ahmad Zahid: Sama ada peraturan yang tertulis atau peraturan tersirat, tugas orang nombor dua adalah membantu tugas orang nombor satu. Saya akan melakukan tugas sebaik mungkin dan tidak akan pernah melebihi tugas yang sepatutnya diberikan kepada say
a. Begitu juga dalam parti, saya adalah merupakan salah seorang orang nombor tiga dalam hierarki parti, maka saya harus sedar diri bahawa saya hanya orang nombor tiga dalam parti, dan saya harus bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain bukan sahaja untuk memperkukuhkan parti tetapi mempertahankan institusi kepimpinan agar terus mantap demi memperkasakan sokongan rakyat kepada UMNO yang masih menjadi harapan supaya dapat diterjemahkan agar agenda Melayu dan Islam direalisasikan pelaksanaannya.

- BERNAMA

07 Disember 2015

@Zahid_Hamidi Harap Perhimpunan Muhyiddin Diadakan Dalam Bentuk Silaturrahim - Utusan Online


Ahmad Zahid harap perhimpunan Muhyiddin diadakan dalam bentuk silaturahim

THOMAS CHONG
07 Disember 2015 2:01 PM

PUTRAJAYA 7 Dis. - Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap perhimpunan yang akan diadakan bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ini akan dijalankan dalam bentuk silaturahim.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap, perhimpunan yang dianjurkan tidak menjadi platform untuk menghentam mana-mana individu.

Beliau juga yakin Muhyiddin tidak berhasrat untuk menjadikan UMNO berpecah dengan menganjurkan perhimpunan itu tetapi sekadar untuk melontarkan pandangan dan pendapat.

"Perjumpaan seperti ini dibenarkan mengikut perundangan tetapi mungkin tidak harus diadakan dalam segi tata etika UMNO. Saya bagaimanapun faham kerana mungkin tiada ruang yang secukupnya sehingga mereka mencari alternatif untuk melontarkan pendapat.

"Saya harapkan ahli UMNO gunakan perhimpunan agung untuk membentuk silaturahim dan tidak menggunakan platform lain untuk membentuk atau mengukir peta baharu dalam landskap politik di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Perundangan Australia, Michael Keenan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Muhyiddin dijadual mengadakan suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di ibu negara pada malam ini. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ahmad-zahid-harap-perhimpunan-muhyiddin-diadakan-dalam-bentuk-silaturahim-1.166595#sthash.1Gux7Sne.dpuf

PROF MADYA CASIS Dedah Siapa NGO G25 Noor Farida Pengasas SIS di Malaysia

Kerancuan pemikiran Noor Farida Arifin

Oleh: Prof. Madya Dr Khalif Muammar, CASIS UTM
(6 Julai 2015)

Ucapan Noor Farida Arifin, seorang pengasas SIS dan mantan duta di Belanda yang mengetuai G25, di London School of Economics menarik perhatian saya.

Dalam ucapan tersebut Noor Farida mengecam tindakan pemimpin-pemimpin Malaysia yang senantiasa memberi ruang bagi perkembangan Islam dalam kehidupan masyarakat. Fenomena Islamisasi yang berkembang ini jelas telah menyesakkan dada kelompok liberal dan sekular, dan kerana tidak tahan dengan perkembangan ini maka mereka telah menubuhkan G25 yang dianggotai oleh sekitar 50 mantan penjawat awam dan profesional. Bagi mereka jumlah ini sudah begitu banyak dan melambangkan majoriti sedangkan pada hakikatnya mereka hanyalah minoriti.

Strategi yang dilakukan oleh Noor Farida adalah memburuk-burukkan golongan yang menentang idea-idea liberal dan sekular yang dibawa olehnya dan rakan-rakannya. Strategi demonizing yang dilakukannya di hadapan masyarakat antarabangsa ini melampau. Beliau menggelar mereka sebagai "religious extremists" dan menggelar usaha yang mereka lakukan sebagai "creeping talibanization of Malaysia" dan meracuni pemikiran bangsa. Beliau tidak sedar dalam menentang kelompok yang ekstrimis itu ia telah terperangkap dalam satu lagi ekstrimisme iaitu ekstrimisme liberal. Kelompok ekstrimis liberal adalah kelompok yang memperjuangkan antara lain agar kerajaan membenarkan perkahwinan sesama jenis (gay dan lesbian) sebagaimana yang banyak berlaku di negara-negara Barat. Inilah yang dituntut oleh Irshad Manji dalam bukunya Allah, Liberty and Love yang menimbulkan kontroversi di Malaysia. Kelompok ekstrimis liberal juga memperjuangkan kebebasan bersuara (freedom of expression) yang mutlak termasuk kebebasan untuk memburuk-burukkan agama, memburuk-burukkan nabi Muhammad saw sebagaimana yang berlaku di Perancis, memburuk-burukkan institusi-institusi Islam seperti yang dilakukan oleh Eric Paulsen baru-baru ini. Semua ini boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, kelompok inilah yang selayaknya disebut sebagai pelampau, kerana mahu memaksakan idea-idea liberal dan sekular mereka ke atas masyarakat, mereka lah yang sebenarnya telah melakukan "creeping liberalization of Malaysia" dan meracuni pemikiran bangsa.

Apa yang Kerajaan lakukan sebenarnya hanyalah melaksanakan tuntutan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan Malaysia melaksanakan Islam dengan sempurna. Atas tuntutan inilah Tun Mahathir pada tahun 2001 mengishtiharkan bahawa Malaysia adalah Negara Islam mengikut definisinya sendiri. Untuk menguatkan perkara ini Tun Abdullah Badawi menggagaskan idea Islam Hadhari, meskipun ianya adalah idea yang keliru tetapi niatnya adalah mengemukakan citra Islam yang progresif dan berdaya maju. Di zaman kepimpinan DS Najib Razak pula kerajaan tetap bertegas mahu mempertahankan kesucian Islam dan melawan arus liberalisme dan pluralisme agama. Semua perkembangan ini bagi saya adalah amat baik dan kita menantikan perkara-perkara yang baik akan menyusul agar lebih bersesuaian dengan kehendak Islam dan sebagaimana disuarakan oleh ramai ulama' di Malaysia.

Namun demikian Noor Farida beranggapan bahawa kefahaman para ulama' di Malaysia ini tentang Islam adalah keliru, justeru kefahaman dialah yang betul. Hal ini sangat tidak masuk akal. Tidak dapat dibayangkan jika perkara seumpama ini berlaku dalam masyarakat Hindu, Budha atau Kristian, tidak mungkin ada orang awam dalam agama mereka mengkritik kefahaman agamawan mereka sendiri. Sekurang-kurangnya hormatilah disiplin ilmu, tuntutlah ilmu dengan tekun sebelum berani mengkritik sesuatu ilmu itu. Noor Farida bertindak lebih berani daripada itu apabila beliau menyerlahkan kejahilannya tentang agama Islam, khususnya tentang hukum hudud. Beliau mengatakan bahawa "sangatlah tidak adil apabila seorang pengusaha yang mencuri harta awam dibebaskan sedangkan seorang penganggur yang mencuri untuk memberi makan keluarganya dipotong tangan". Beliau jelas tidak mengerti bahawa hudud dilaksanakan untuk semua kalangan tanpa mengira miskin atau kaya, bangsawan atau rakyat biasa. Justeru di antara syarat pelaksanaan hudud adalah tiadanya shubhat, kerana itu Sayyidina Umar pernah menangguhkan pelaksanaan hudud pada musim kemarau ketika seseorang itu mencuri kerana survival. Kerana itu persoalannya bukanlah sama ada hudud itu adil ataupun tidak tetapi sejauh manakah Negara kita bersedia melaksanakan hudud agar pelaksanaannya benar-benar menjamin keadilan bagi semua pihak.

Tindakan Noor Farida yang mengkritik institusi-institusi Islam di Malaysia semestinya disukai oleh institusi-institusi Barat yang mahukan nilai-nilai liberal diterima oleh masyarakat dunia. Oleh kerana itu orang-orang seperti ini sentiasa mendapat tempat di sana dan mendapat pujian yang tinggi, di sebalik pujian dan sokongan itu tanpa disedari sebenarnya mereka telah menjadi bidak-bidak di papan catur tangan-tangan asing yang ingin menguasai negara umat Islam secara halus.

Sumber: https://m.facebook.com/drkhalif/photos/a.860279580658646.1073741829.838686629484608/1015659311787338/?type=1&permPage=1