Pengikut Blog Panglima

29 April 2016

Car Transform To Fly Like Flight And Helicopter


Lelaki Sikh Dibuang Kerja Angkara Dr Zakir Naik





Seorang lelaki berketurunan Sikh yang memeluk Islam ketika ceramah pendakwah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik di Stadium Bukit Jalil pada 14 April lalu, mendedahkan beliau kini diboikot dan dibuang kerja kerana tindakannya itu.






Harinder Pal Singh, 23, kelahiran India, dilaporkan hilang pekerjaan sebagai kakitangan swasta selepas kontraknya tidak lagi disambungkan oleh pihak syarikat.






Malah, beliau juga telah dihalau oleh rakan serumah yang bimbang penghijrahannya kepada Islam itu akan mempengaruhi rakan-rakan lain.






“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.






Harinder yang kini tinggal bersama keluarga angkatnya berkata, beliau tidak mahu mengharapkan simpati namun memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.






Sebelum ini, Harinder secara rela hati memeluk Islam selepas mendengar penjelasan Dr Zakir Naik membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab agama yang diikutinya sebelum ini, bahawa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.






“Sekarang saya jelas bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya pada ceramah Zakir Naik, baru-baru ini.






Selain beliau, lima lagi individu yang telah memeluk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik di Malaysia antaranya Wu Nina Grace, Joel, Michelle, Euroshia dan Senkiram Dharma. SUMBER





28 April 2016

Gadisman Sepak Buaya Sambar Kaki di Seratok Sarawak Semalam

Sepak buaya sampai lepas

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail 
rabiatul@hmetro.com.my

Saratok: Tindakan lelaki menyepak kepala buaya yang menyambar kaki kirinya menyelamatkan nyawanya di Krango di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa berusia lingkungan 40-an yang dikenali sebagai Gadisman diserang buaya ketika membasuh kaki di tebing sungai selepas memasang pukat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata, difahamkan ketika itu, seekor buaya tiba-tiba muncul dan menyambar kaki kiri mangsa.

Bagaimanapun, mangsa pantas menerajang kepala reptilia itu dengan kaki kanannya.

"Selepas terkena tendangan itu, buaya itu melepaskan gigitan di kaki mangsa.

"Namun, reptilia itu menyambar pahanya pula dan sekali lagi mangsa menerajang kepala buaya itu sehingga buaya itu melepaskan gigitannya," katanya.

Farhan berkata, kejadian itu disaksikan dua anggota bomba serta seorang anggota bomba bantuan yang sedang memancing berhampiran lokasi kejadian.

"Kedua-dua anggota bomba terbabit yang ketika itu tidak bertugas, segera memberi bantuan dan membawa mangsa yang cedera ke Hospital Saratok dengan menaiki bot" katanya.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sibu berikutan kecederaan parah pada paha dan kaki kirinya.

Artikel ini disiarkan pada : 
Khamis, 28 April 2016 @ 1:31 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/133807?m=1#sthash.RNtVnBNO.dpuf

@Imigresenmy Serbu PATI Warga Afrika Antara Ditahan Dalam Tong Sampah

http://www.youtube.com/watch?v=boHVu_zpHyM&sns=em

26 April 2016

#PRNSarawak : TPM @Zahid_Hamidi Mengimarah Masjid An-Nur Sibu | TV14

DALAM kesibukan berkempen di Sibu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak lupa untuk mengimarah Rumah Allah dan menyantuni para jemaah.

Ahmad Zahid meluangkan masa untuk turut berjemaah solat Maghrib dan Isya' bersama kira-kira 400 jemaah di kariah Masjid An-Nur, Sibu.

Beliau dan jemaah yang hadir juga turut mendengar tazkirah yang disampaikan oleh imam masjid berkenaan, Haji Latif Kopon

- See more at: http://www.tv14.my/2016/04/25/prnsarawak-zahid-hamidi-mengimarah-masjid-an-nur-sibu/#sthash.WX2t1xt0.TCiVkGT9.dpuf

Watch "How To Turn Your Fan Into An Airconditioner AC" on YouTube

https://youtu.be/5NuvzWaBulw

Watch "Taranum azan terapi angin ahmar" on YouTube

https://youtu.be/ioW6ycsamk0

Watch "MB Terengganu enggan ulas gelaran Datuk Seri ditarik balik" on YouTube

https://youtu.be/YGV4PKYMth4

Watch "Menang dua kerusi awal suntik semangat BN - Adenan " on YouTube

https://youtu.be/hbmHCXNGIqk

Watch " TPM @Zahid_Hamidi iringi calon BN di DUN Baleh" on @YouTube #PRNSarawak #2016

https://youtu.be/UHu1PwGGpmo

25 April 2016

Ubat Sakit Gigi Guna Duit 25 Sen Dan Jarum

http://www.youtube.com/watch?v=9XQ-kYjgs8U&sns=em

Sihir, Tekanan @ Stress Punca Sakit Gigi & Gusi Mampu Disembuh Dengan Terapi Al Quran



Stress antara punca sakit gigi dan gusi antara info baru saya temui sebentar tadi ketika sedang mencari info berkaitan sakit gigi dan gusi.

http://kesehatangigi.blogspot.my/2014/08/12-cara-mengobati-sakit-gusi-bengkak.html



Selain itu gangguan sihir juga boleh menjadikan gigi reput

http://bidadari-hisham.blogspot.my/2013/03/kenali-gejala-gejala-sihir.html


tanda sihir antarnya sakit gigi

Penyakit medis yg terkadang disebabkan dari sihir, berikut tanda2nya dan dampak yg biasanya ditimbulkan :
KEPALA.
1. Suka lupa, trutama rokaat sholat.
2. Linglung
3. Tidak fokus
4. Rambut sering rontok
5. Sering sakit kepala
6. Migrain
7. Kepala terasa berat.
8. Ubun2 terasa sprti ditusuk2 jarum
MATA
1. Sering mengantuk
2. Susah tidur
3. Mata terasa rabun, tapi kadang2 terang
4. Mata terasa mau copot
5. Sering keluar air mata
6. Juling
7. Gelap jika melihat ke arah tengah, tpi terang ke arah samping
8. Melotot
WAJAH (MUKA)
1. Wajah sering terasa kebas
2. Wajah kelihatan jelek atau tua
3. Gatal di wajah
4. Tiba2 jerawat muncul bgitu bnyak
5. Kulit wajah berubah hitam
HIDUNG
1. Sering mampet
2. Sinus
3. Pilek menahun
4. Gatal
TANGAN
1. Ngilu
2. Keram
3. Kebas
4. Berat saat berwudhu
5. Panas saat memegang al Quran
6. Gemetaran saat memegang serbuk daun bidara
MULUT
1. Susah bicara
2. Sering sakit gigi
3. Gigi dan gusi ngilu
TENGKUK & PUNDAK
1. Sering terasa berat
2. Kaku
3. Sering emosi
4. Sensitif
5. Sering masuk angin
6. Terasa sakit jika ditekan sedikit
TENGGOROKAN
1. Terasa dicekik
2. Sering batuk
3. Terasa ada benda di tenggorokan
4. Serak
5. Hilang suara
6. Gatal
DADA
1.  Terasa sempit
2. Sering gelisah
3. Sering galau
4. Cemas
5. Sesak yg tak hilang2
6. Terasa berat atau panas
7. Gampang lelah
8. Jantung berdebar trutama saat masuk masjid
9. Mudag trsinggung
10. Waswas trutama saat wudhu dan sholat
11. Sakit di ulu hati
PAYUDARA
1. Sering sakit
2. Kangker payudara
3. Kurang berhasyrat dan syahwat menurun
4. Kurng sensitif disentuh suami
5. Sering ngilu di payudara
PERUT
1. Sering sakit perut
2. Mual
3. Maag
4. Terasa membesar / kembung
5. Perih
6. Lambung trasa melilit
7. Asam lambung naik
8. Selera makan menurun
9. Makan bnyak tpi tidk pernh kenyang dan sllu kurus
10. Keram perut
11. Perut seperti di tusuk2
12. Sering kentut ktika wudhu dan sholat
RAHIM
1. Trasa ada gerakan di rahim
2. Haid tdk teratur
3. Memicu kanker rahim
4. Susah punya anak
5. Sering keluar darah tanpa sebab
7. Sering keguguran
KEMALUAN
1. Perih dan sakit
2. Syahwat menurun
3. Gangguan prostat
4. Tidak ada rasa saat berhubungan intim
5. Terasa sakit saat brhubungan
6. Impotensi
7. Terasa sakit saat kencing
PINGGANG
1. Sering sakit pinggang
2. Lema syahwat
3. Pegal linu
4. Berat di pinggang
5. Kaku
PINGGUL
1. Lemah syahwat
2. Terasa sakit anus
3. Pemicu ambien
4. Ngilu
5. Berat
6. Terasa ditarik ketika menunduk atau rukuk
KAKI & PAHA
1. Sering kesemutan
2. Terasa berat ketika jalan
3. Sering kaku
4. Terasa berat jalan
5. Sakit tanpa sebab
6. Kaki terasa ngilu
7. Kebas
8. Lumpuh
9. Keram
(FIQIH RUQYAH, Ibnu Abdillah Al-Katibiy)




kisah benar pesakit gigi dan gusi yang juga mengalami sakit jantung sembuh dengan terapi al quran 

http://www.fadhilza.com/2013/01/tadabbur-qur%E2%80%99an/sakit-gigi-sembuh-dengan-mendengarkan-bacaan-ayat-quran.html


Sungguh aneh besoknya terasa kedudukan gigi saya semakin kuat, dua hari kemudian gigi saya sudah bisa dipakai mengunyah makanan lunak seperti roti dan lontong. Saya heran, agaknya ayat Qur’an yang saya dengarkan itu merangsang gigi saya untuk recovery memperbaiki kerusakan dirinya. Subhanalah akhirnya saya tidak jadi mencabut gigi saya.
Sungguh dahsyat ternyata ayat Qur’an juga bisa digunakan untuk merukyah dan menyembuhkan penyakit medis. Sungguh benar firman Allah dalam surat Al Israak ayat 82.
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Al Israak 82)

Selama ini  saya pahami bahwa ayat Qur’an hanya digunakan untuk merukyah dan menyembuhkan penyakit non medis saja  seperti terkena gangguan sihir atau Jin. Ternyata ayat Qur’an juga bisa digunakan untuk menyembuhkan semua  penyakit lain  seperti penyakit Medis, non Medis dan psykosomatik
Bagi pembaca yang punya kasus sakit gigi seperti apa yang saya alami , atau penyakit lainnya disamping pengobatan medis coba dibantu dengan mendengarkan surat Al Haysr ayat 21-24 berikut dibawah ini  .
00:00
02:35
DOWNLOAD

 
21. Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.      22. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.      23. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.      24. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Hasyr 21-24)

Surat Al Hasyr ayat 21 memiliki kekuatan untuk menghancurkan berbagai virus dan bakteri yang mengendap pada bagian tubuh yang sakit. Sedang surat Al Hasyr ayat 22-24 memiliki kekuatan  dari kebesaran Allah untuk menyembuhkan dan menguatkan bagian tubuh yang sakit.

SATU LAGI KISAH BENAR SEMBUH DENGAN RAWATAN AYAT AL QURAN

kaedah Dr Haron Din menggunakan paku dan kayu mengubati sakit gigi



22 April 2016

Rakyat Marah Bil TNB naik mendadak - Nasional - Utusan Online cc @NajibRazak

KUALA LUMPUR 21 April - Rata-rata pengguna laman sosial Facebook mempersoalkan bayaran bil elektrik meningkat dua kali ganda walaupun menggunakan kemudahan tersebut seperti biasa.

Terdapat sebahagian daripada mereka melahirkan rasa tidak puas hati dan mendakwa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil kesempatan terhadap cuaca panas ketika ini dengan mengenakan beberapa caj tersembunyi.

Pemilik akaun Facebook, Ad Deenn mempersoalkan bayaran bil elektrik meningkat sehingga mencecah RM500 pada bulan lalu.

"Naik mendadak daripada bil yang sebelumnya iaitu di bawah RM200, sedangkan penggunaan pendingin hawa pertama hanya empat jam se­tiap malam manakala penggunaan pendingin hawa kedua pula satu jam setiap malam," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Siti Zue Zulaikha memohon perhatian daripada pihak TNB supaya menjelaskan secara terpe­rinci mengenai kenaikan bil elektrik tersebut.

"Para jurutera TNB digesa menjelaskan secara terperinci isu kena­ikan bil elektrik ini sebab majo­ri­ti pengguna tertanya-tanya apa kaitan dan kesan El Nino sehingga mempengaruhi peningkatan dua kali ganda penggunaan elektrik," katanya.

Dalam pada itu, Azman Gen berkata, TNB perlu meneliti masalah itu secara teliti kerana ia telah mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat sete­rusnya menyalahkan kerajaan.

"Rakyat dah naik darah, TNB ja­nganlah bertindak sesuka hati menaikkan bil elektrik tu hanya kerana alasan El Nino kononnya. Ingat rak­yat semua kaya-raya," katanya.

Turut senada, Mohd. Noor yang meminta TNB menyiasat segera punca kenaikan bil elektrik rumahnya daripada kebiasaan RM50 kepada RM215 sebulan.

"TNB, bil elektrik saya biasanya RM50 sebulan tetapi bil untuk bulan terbaru menjadi RM215. Saya mendesak supaya TNB segera siasat perkara ini," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bil-naik-mendadak-1.283324#sthash.G2wHWExn.dpuf

Semalam MALAYSIAKINI turut membuat liputan berkenaan kenaikan tarif ini.

Pengguna berang, dakwa caj elektrik naik mendadak - Malaysiakini Berita

http://www.malaysiakini.com/news/338695

Kenaikan ini sangat membebankan rakyat kira kira bermula Januari lalu.

Harap TNB jangan membebankan rakyat lagi.

21 April 2016

A Malaysian Company Has Created The Country's First Semi-Automatic Pistol #DSA

KUALA LUMPUR: A Malaysian company has created the country's first semi-automatic pistol.

The Malinnov M1P is designed and manufactured by Aegis Malinnov Sdn Bhd and will be launched before the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) next year.

Company managing director Mohd Johari Mohd Noor said the M1P will be priced 20% cheaper than international brands, adding that they were looking at RM4,000 a piece.

"We will launch it as soon as we receive approval. God willing, we will be able to launch it before LIMA next year," he said at the Defence Services Asia (DSA) Exhibition and Conference 2016 here yesterday.

Chairman Tan Sri Datuk Hashim Meon said the company aimed to get patent approval to market the pistol internationally in the next two to four years.

Mohd Johari is a proponent of firearms that are made by Malaysians.

"The M1P was designed by Malaysians and manufactured in Malaysia. We have also developed our own rifling machine, which is used to make weapons.

"Currently, we have produced two variants of the pistols," he said.

"The first is to be used for military and law enforcement purposes. The second variant is for competitive sports shooting," Mohd Johari added.

Aside from pistols, Aegis Malinnov is also designing rocket-propelled grenades and mortar launchers.

Hashim also said that the company was collaborating with the National Defence University of Malaysia (UPNM) in weapons designing.

He said although the company was formed in 2012, it preferred to be low-profile and let its end-products show what they could do.

Among the visitors who had a first look at the Malaysian-made pistol yesterday were Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

19 April 2016

Watch "800 Jemaah tunaikan Solat Sunat Istisqa Di Perlis" on YouTube

https://youtu.be/o60twXf3ALc

DS @Zahid_Hamidi : Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Perangi Dadah #DewanNegara






Video @Youtube Nabil Raja Lawak Menangis Terkenang Arwah Yus Buat Ramai Menangis ...



@Youtube : Tun Mahathir Sudah Nyanyuk Lupa No Kad Pengenalannya Sendiri... #DeklarasiRakyat



Allah Maha Kuasa mahu menunjukkan sesuatu bahawa mantan PM kita telah kehilangan daya ingatannya sendiri sehingga terpaksa memeriksa kembali no kad pengenalannya sebelum menandatangani deklarasi rakyat baru-baru ini.

Allah telah menjelaskan dalam Al Quran bahawasanya orang telah lanjut usia akan kembali seperti kanak-kanak.


68. Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya) . Maka apakah mereka tidak memikirkan? (Yasin 68)

Sifat akan menyamai kanak-kanak termasuk dalam hal ingatan dan juga perasaan sensitif.

Maka kita sewajarnya melihat tindakan Tun M hari ini khususnya kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan dalam pandangan berbeza kerana beliau telah mencapai usia sangat berusia 91 tahun dan telah nyata melalui video ini kelemahan ingatannya.

Semoga Allah mengampuni dosa Tun Mahathir dan orang yang memperalatkan beliau.

 

 sedikit perkongsian berkenaan simptom nyanyuk :


Tanda-tanda nyanyuk


Gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza daripada seorang ke seorang. Antara gejala biasa, hilang ingatan, sukar berkomunikasi, sukar melakukan tugas kompleks, masalah merancang dan mengatur, sukar berkoordinasi dan fungsi motor, keliru seperti sesat, perubahan personaliti, ketidakupayaan dan tingkah laku tidak sesuai, paranoia, pergolakan dalaman dan halusinasi.
 
 
 

18 April 2016

Zainuddin Maidin Kata Mahathir Silap dan Tun Razak 'Smart' @Youtube



Wanita Mati Renjatan Eletrik Telefon di Malaysia dan Iphone 4 & 5 di China / Rusia @Youtube




  
Tidak dapat dipastikan jenis telefon wanita yang maut ini namun kebanyakan pengguna Iphone pasti akan pernah merasa aliran eletrik jika menggunakan Iphone semasa dicaj tanpa sebarang pelapik / penutup di badannya...



Kes 2013 

ARKIB : 17/07/2013

Panggilan maut iPhone 5

Ma Ailun 
 
 
BEIJING 16 Julai - Seorang pramugari warga China, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefon pintar iPhone 5 ketika telefon itu dicas.
Laporan kematian Ma Ailun, 23, tersebut yang disebarkan di Internet oleh adik perempuannya, menimbulkan kritikan berjuta-juta pengguna telefon pintar tersebut di negara ini terhadap pengeluar telefon itu, Apple Inc.

Pramugari China Southern Airlines yang bakal berkahwin pada bulan depan itu, dilaporkan membeli telefon tersebut di kedai rasmi Apple di Xinjiang pada Disember lalu.
Adik lelakinya, Yuelun memberitahu akhbar Hong Kong, Apple Daily bahawa telefon tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk siasatan.

"Keluarga saya percaya, kakak saya meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefonnya. Telefon itu serta aksesorinya telah diserahkan kepada pihak berkuasa China,'' katanya.
Adiknya dalam laman sosial China, Weibo berkata, Ailun membeli iPhone 5 itu di sebuah kedai rasmi Apple pada Disember lalu dan menggunakan alat pengecas asli ketika mengecas telefon tersebut.
Dalam pada itu, Apple memberi jaminan akan melakukan siasatan terhadap kematian tersebut, kejadian terbaharu yang memberi tamparan kepada syarikat teknologi berkenaan di pasaran kedua terbesarnya selepas Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pihaknya menyiasat kejadian itu sebagai kes terpencil atau menimbangkan untuk menarik semula produk berkenaan. - Agensi





Kes lain melibatkan Iphone 4 ( Tahun 2013 )

 Kes kematian Ma Ai Lun yang terkena renjatan elektrik pada iPhone saat dicharge nampaknya bukan kes yang  pertama. Kes yang sama berlaku pada lelaki berumur 30 tahun bernama Wu Jian Tong yang terlantar  koma selama 10 hari akibat terkena renjatan eletrik pada iPhone 4 yang sedang dicharge.

  Dikutip dari Cnet, Wu Jian Tong pada tanggal 8 julia yang lalu ditemui terlentang di lantai setelah terdengar dia menjerit . Adik perempuan yang melihat Wu Jian Tong terkena renjatan elektrik dengan pantas  mencabut charger dan merasakan bahawa arus elektrik itu masih terasa saat dirinya apabila sudah mencabut charger iPhone 4 tersebut. 

  Wu Jian Tong pengsan akibat kejutan elektrik dan  juga diperkukuhkan oleh doktor di hospital tempat Wu Jian Tong dirawat.

  "Tidak diragukan lagi bahawa dia (Wu Jian Tong) koma akibat terkena renjatan elektrik" ujar doktor tersebut. 

 Wu Jian Tong masuk ke rhospital dalam keadaan tidak bernafas, tapi berjaya diselamatkan

  Sayangnya setelah 3 hari berlakunya insiden itu, keadaan tubuhnya kembali memburuk dan masih koma hingga kini.

  
 Terkena renjatan elektrik pada iPhone 4 bukan insiden yang pertama di china .

Wu Jian tong terlihat menangis kerana anaknya masih koma


 Setelah insiden tersebut, adik perempuan Wu Jian Tong mengatakan bahawa charger yang dipakai oleh kakaknya adalah charger KW dan bukan original dari Apple. Anehnya, charger dan iPhone 4 yang digunakan Wu Jian Tong tersebut masih dalam keadaan normal.

  2 kes yang menimpa pengguna iPhone di China menunjukan bahawa ada beberapa perkara yang mesti diperhatikan ketika mempunyai telefon pintar. Salah satunya ialah charger yang dipakai sebaiknya sesuai standard pengilang, hal ini dimaksudkan untuk mencegah hal-hal yang tidak diingini.



iPhone Jatuh Dalam Tab Mandi, Wanita Mati Direnjat Elektrik ( Tahun 2015 )
 

Yevgenia Sviridenko

KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Moscow mati terkena renjatan elektrik selepas iPhone 4 miliknya yang sedang dicaj bateri terjatuh ke dalam tab mandi.

Yevgenia Sviridenko, 24, ditemui oleh teman rumahnya terlantar dalam tab mandi itu pada Isnin malam, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda seperti dipetik oleh Moscow Times.

Menurut teman serumah gadis itu, Yaroslav Dubinina, 23, dia pada mulanya hairan melihatkan kawannya itu berlama-lama dalam bilik mandi.

“Saya masuk dan nampak dia terlantar pucat-pasi dalam air. Telefonnya juga ada dalam air. Saya tarik dia keluar dan perasan tubuhnya menggeletar kerana renjatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar.

Srividenko dipercayai menggunakan telefon pintarnya itu semasa berbaring dalam tab mandi kerana dia dikesan melawat laman jaringan sosial, VKontakte tidak lama sebelum dia meninggal dunia.

VKontakte ialah laman jaringan sosial seperti Facebook yang cukup popular di kalangan pengguna bahasa Rusia.

Petugas perubatan yang tiba dengan ambulans selepas panggilan kecemasan cuba menyelamatkan Sviridenko tetapi gagal.

Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang gadis 16 tahun mati di republik Bashkortostan selepas membawa alat caj telefonnya ke dalam bilik air ketika hendak mandi.

Laporan awal mendapati gadis itu mati akibat renjatan elektrik tetapi siasatan masih lagi dijalankan, lapor akhbar di Rusia.- Awani


http://www.suara.tv/2015/02/13/iphone-jatuh-dalam-tab-mandi-wanita-mati-direnjat-elektrik/

Penipuan Bagaimana Jarum Boleh Berada Dalam Telur Terbongkar - @Youtube




15 April 2016

10 Tips Sejukkan Rumah Tanpa Guna Elektrik #MestiBaca

TIPS SEJUKKAN RUMAH

1. LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK

Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.

2. LETAK AIS KETUL DALAM BILIK

Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak kat tengah bilik betul-cetul bawah kipas. Kalau kipas berdiri tu letakla depan kipas. Ala-ala alat pendingin hawa bila kipas tu angin dia kena hawa sejuk ais tu, nyaman je rasa. Sebab kipas angin akan membuatkan udara yang bergerak merentasi air mengewap dan dapat menyejukkan suasana. Cubala, bukan susah pun buat ais ketul tu.


3. HALAKAN KIPAS KE ARAH TINGKAP

Selalu rasa bilik rasa berkuap (rasa cam kepam). Rasa panas angin dalam bilik sebab udara panas tu berlegar dalam bilik je takde tempat nak keluar. Udara yang panas akan bergerak naik keatas, sebab  kipas siling pusing cuma buat udara panas tu pusing-pusing dalam bilik je. Cuba halakan kipas berdiri tu ke arah tingkap sekejap. Tujuannya supaya kipas tu dapat sedut udara dalam bilik yang panas tu dan tolak ke luar bilik. Ha, bunyi cam prektikal kan? cer cuba tengok.

4. PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU 

MALAM HARI

Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.

5. GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH

Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

6. GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA

Anda disarankan untuk menggunakan 'flourescent bulb'. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti 'incandescent bulbs' tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu 'flourescent bulbs' juga kurang menggunakan tenaga elektrik. 

7. POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH

Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok tu dapat menyejukkan rumah juga.

8. CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT 

MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA

Boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar. 

9. AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP

 RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI

Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau. Jika rumah kita siang-siang tak memerangkap haba yang banyak, malam tu kita takkan rasa panas yang teramat. Jika ada bajet lebih, bolehla pertimbangkan pasang awning ni.

10. JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU

 KOMPUTER

Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.

Sumber

http://www.vitamincikgu.com/2015/03/tips-sejukkan-bilik-yang-panas-supaya.html?m=1

Satu lagi cara ialah memasang kipas di bumbung rumah yang akan berpusing mengikut pergerakan angin.

Kipas ini banyak digunakan di kawasan bandar terutama perumahan kaum Cina.

13 April 2016

@RealDrMaza Must Watch "HUKUM TAWASUL & Maulid Nabi Dr #ZAKIRNAIK Mirip #Wahabi " on @YouTube



Watch "HUKUM TAWASUL & Maulid Nabi Dr #ZAKIRNAIK Mirip #Wahabi " on @YouTube

https://youtu.be/1HZ3MCywWhI

Copy Pasta :

📣Hati-hati dgn Zakir Naik kerana ada kata-katanya bercanggah dgn ulama Ahlissunnah wal Jamaah.

👆🏻dia seperti wahhabi mengharamkan baca al-Quran untuk orang Islam yg telah meninggal dunia.. sedangkan ini bercanggah dengan pendapat ulama Ahlissunnah wal-Jamaah terutama ulama dari empat mazhab Hanafi, Maliki, Syafi^i dan Hanbali..

👇🏻Ini katanya di youtube:
https://youtu.be/hCqGR9BKDWE

Menolak Maulud Nabi :

https://youtu.be/QNWfPmhRh9k

Kita puji kehebatan beliau berdebat dengan bukan Islam namun kesilapan beliau perlu diperjelaskan agar masyarakat awam tidak keliru perkara ini.

Jangan terkejut ramai tokoh wahabi membela Zakir Naik.

Semoga akidah kita tidak terjejas dengan virus wahabi yang membawa fahaman akidah ditolak majoriti ulama.

Kesilapan demi kesilapan Dr Zakir Naik sila tonton di sini

https://youtu.be/cVW7VgC4l8Y


Ahmad Deedat Guru Dr Zakir Naik menerima Maulid Nabi berbeza dengan beliau yang menyamakannya dengan Kristian

ZAID Tidak Perlu Puji @Zahid_Hamidi Boleh Ganti @Najib_Razak Jadi Perdana Menteri


Bekas Menteri ZAID Ibrahim dilapor memuji melangit tinggi bahawa Zahid boleh ganti Najib.
Beri Zahid peluang ganti Najib, kata bekas menteri
https://m.malaysiakini.com/news/337541#.VwzimO7UcXk.twitter

Antara lain beliau dilapor portal Malaysiakini menulis di blog beliau :
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu semua pihak memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui negara.

Menulis di blog, katanya, rakyat telah sekian lama melalui kemelut skandal 1MDB dan bersetuju dengan perdana menteri bahawa semua pihak mesti bergerak ke hadapan tetapi bukannya bersama Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau (Zahid) perlu beritahu perdana menteri, dengan tegas, bahawa peralihan kuasa perlu mengambil tempat sebaik sahaja pilihan raya Sarawak selesai, dan tidak boleh menunggu sehari lebih lama.

"Beliau mesti meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, walaupun ini bermakna mengambil sebarang langkah akan meletakkan dirinya dalam risiko.

"Beliau perlu menjalankan pemberontakan ini," kata Zaid yang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbabit secara aktif dalam gerakan Deklarasi Rakyat bagi 'Selamatkan Malaysia' dengan agenda utama menumbangkan Najib.

ZAID Tidak Perlu untuk menunjukkan kejujuran beliau sebagai bekas Menteri yang dikenali ramai dengan berbagai kenyataan dan gosip yang tidak boleh diterima rakyat yang bermoral untuk melagakan antara Zahid dan Najib.

Gandingan yang mantap ini tidak akan boleh dipatahkan dengan kenyataan ZAID di blognya kerana kekuasaan bukan sesuatu yang dikejar Zahid dari dulu hingga ke hari ini.

Zahid bukan seperti ZAID yang rela melupakan maruah dan asas perjuangan sebelum ini di dalam umno demi mengejar kekuasaan dalam parti musuh umno meskipun gagal dalam percubaan tersebut di Parlimen Hulu Selangor.

Zahid juga bukan tamak seperti ZAID yang sanggup bersama bekas PM Tun Mahathir untuk menjatuhkan Presiden dan Perdana Menteri DS Najib Tun Ab Razak.

Zahid jika sama sikapnya dengan ZAID susah tentu beliau akan mencabar jawatan Timbalan Presiden Umno namun tidak melakukannya kerana nasihat Pak Lah selaku Presiden ketika itu.

Zahid jika ikutkan kecewa seperti ZAID juga akan keluar parti untuk melawan Umno selepas dikenakan ISA namun berkat istikharah mohon petunjuk akhirnya belia kekal istiqamah dalam Umno hingga diangkat kembali oleh Allah sebagai Menteri menjaga ISA walau ia dimansuhkan dalam era transformasi Najib.

ZAID perlu berhenti melagakan antara pemimpin atau ZAID akan dikecam kerana terus membuat provokasi atas keutuhan persahabatan antara PM dan TPM.

Cukuplah keliberalan ZAID selama ini dan jangan ia ditambah lagi dengan usaha halus beliau untuk pecahkan kesetiakawanan antara Jawa dan Bugis ini demi masa depan Malaysia.


Watch " TPM @Zahid_Hamidi - Ceramah Zakir Naik dapat kelulusan Kerajaan selepas tukar tajuk" on YouTube

https://youtu.be/Fn-9A2parMk

03 April 2016

Watch Ucapan TPM "Malaysia komited perangi kumpulan pelampau" on YouTube semalam #buletinutama #daesh

Sedutan Buletin Utama ucapan YAB TPM  di American University School of International Service semalam jam 1.30 am waktu Malaysia.

https://youtu.be/809Niarj474

VIDEO penuh ucapan beliau

Klik sini https://youtu.be/BE1xldzSkpg

02 April 2016

Live Streaming Deputy Prime Minister Malaysia @Zahid_Hamidi in American University At 1.30 am


AN OPEN DISCUSSION WITH THE RIGHT HONOURABLE DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, THE DEPUTY PRIME MINISTER OF MALAYSIA

Date: Saturday, April 2, 2016

Time: 1:30-3:00 PM

Location: Atrium, School of International Service

RSVP: Limited seating. Registration for this event is available on a first come/first served basis. Click Here to RSVP!

Hashtag: #SISEvent

LINK

https://www.american.edu/sis/events/deputy-prime-minister-malaysia-school-of-international-service-american-university-washington-dc.cfm