Pengikut Blog Panglima

19 Julai 2016

Tidak Benar @Zahid_Hamidi Beri Saya Kerakyatan- Mohd Amin Nor

Petaling Jaya — Ahli Perniagaan, Dato' Sri Mohd Amin bin Abdul Nor, hari ini, tampil menafikan beliau mendapat kewarganegaraan secara "fast-track" daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam perbualan bersama Suara.tv, Mohd Amin yang berasal dari Bangladesh memberitahu bahawa beliau telah tinggal di negara ini sejak 28 tahun lalu, belajar bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu dan menjalankan perniagaan di negara ini.

"Saya telah tinggal di negara ini sejak 28 tahun lalu. Berkahwin dengan orang tempatan dan mempunyai anak. Dan menjalankan perniagaan sejak 90 an lagi di negara ini.

Sebelum menetap di Malaysia Mohd Amin pernah merantau ke beberapa negara termasuk Jepun dan Singapura sebelum membuat keputusan menetap di Malaysia pada sekitar 90-an. Sejak itu beliau menjalan perniagaan berasaskan pembekalan sumber manusia sehingga sekarang.

Dalam wawancara tersebut juga Mohd Amin menegaskan "Lebih penting ialah dakwaan saya mendapat kewarganegaraan melalui Datuk Seri Ahmad Zahid tidak benar kerana pada ketika saya mendapat kewarganegaraan, beliau belum menjadi Menteri KDN apatah lagi Timbalan Perdana Menteri."

Nama Mohd Amin muncul dalam radar politik negara sejak setahun lalu apabila dituduh mempunyai kaitan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nama beliau menjadi tumpuan apabila beberapa pihak tidak berpuas hati dengan kemunculan Bestinet Sdn Bhd sebagai salah satu penyedia aplikasi dalam talian Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing untuk KDN.

Pengerusi Eksekutif Bestinet, Tan Sri Azmi Khalid sebelum ini turut menafikan syarikat terbabit mengenakan caj berlebihan ke atas pekerja asing atau terbabit dalam peningkatan kemasukan pekerja asing.

Bukan Kenalan mahu pun Proksi Zahid

Dakwaan bahawa beliau merupakan proksi dan kenalan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga membolehkan sebuah syarikat Bestinet Sdn Bhd mendapat kontrak menyediakan aplikasi permohonan dalam talian untuk kemasukan pekerja asing juga merupakan satu kesalahan fakta.

Menurut Mohd Amin, syarikat beliau Bestinet Sdn Bhd telah dibenarkan membagunkan sistem dan menjalankan ujian keberkesanan sistem oleh Menteri Dalam Negeri sebelum Zahid dan Perdana Menteri sebelum Mohd Najib.

"Jadi tidak timbul saya proksi kepada Ahmad Zahid atau isteri Perdana Menteri." – Suara.tv

http://www.mykmu.net/2016/07/tidak-benar-zahid-hamidi-beri-saya-kerakyatan-mohd-amin/

15 Julai 2016

#ASEM2016 #DAESH : Malaysia Tawar Kepakaran Kepada Perancis - TPM @Zahid_Hamidi

ASTRO AWANI

ULAANBAATAR:  Malaysia, yang mempunyai pengalaman luas menangani isu keganasan sejak 1948, hari ini menawarkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai pemulihan dan deradikalisasi kepada Perancis dan negara lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata SOP dalam empat bahasa itu, termasuk Perancis, akan ditawarkan kepada negara berkenaan yang menghadapi serangan pengganas terbaru pada Khamis.

"Berbanding jenayah terancang, ideologi jenayah harus dilihat lebih daripada sekadar keganasan. Ini ideologi...ada usaha radikalisasi dan Malaysia mempunyai SOP untuk dikongsi dengan negara-negara mangsa keganasan," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Zahid, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah ke-11 yang bermula Jumaat, berkata Malaysia sedia menawarkan latihan untuk pengajar bagi negara yang mempunyai masalah radikalisasi.

Menurut media asing, sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh di selatan Perancis, selepas sebuah trak dilaporkan merempuh sekumpulan penduduk yang sedang merayakan Hari Bastille.

Pada November tahun lepas pula, lebih 100 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Paris.

Zahid berkata Malaysia melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian itu dan bimbang ia akan memburukkan agama Islam jika dilakukan oleh pengganas yang menggunakan nama Islam.

Mengulas lanjut tawaran SOP itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, beberapa pakar psikologi dan ulama untuk membantu negara-negara berkenaan.

"Oleh kerana ini masalah jangka panjang, jika tak selesai segera, libatkan imej Islam, parah. Islam tak ajar bunuh, keganasan, tapi telah libatkan imej...sebab nila setitik yang rosakkan susu sebelanga," katanya.

Malaysia, yang telah menangani ancaman komunis dan kumpulan militan, juga telah menawarkan SOP itu kepada Amerika Syarikat untuk program rehabilisasi militan yang ditahan di Guantanamo, kata Zahid.

"Amerika Syarikat telah menerima tawaran kita dan akan menghantar pegawai ke Malaysia. Ini menunjukkan komitmen Malaysia untuk berkongsi dengan mereka, walaupun kita negara kecil," kata Zahid.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-tawar-bantuan-sop-kepada-perancis-atasi-radikalisasi-111080#