Pengikut Blog Panglima

31 Ogos 2016

Ketepikan Perbezaan, Pastikan Perpaduan Dan Kebersatuan – TPM Zahid


Ketepikan Perbezaan, Pastikan Perpaduan Dan Kebersatuan – TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan latar belakang demi memastikan perpaduan dan kebersatuan kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain itu, rakyat juga perlu menjalin semula hubungan yang difikirkan retak untuk mencapai tujuan tersebut.

"Saya fikir kita harus renung semula tahap kesatupaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Mesej penting adalah untuk mengetepikan perbezaan-perbezaan latar belakang dalam kalangan kita," katanya di sini malam ini.

Beliau mengulas mengenai Amanat Merdeka 2016 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Majlis itu dikelolakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata slogan 'Sehati Sejiwa' harus dihayati dalam menjalin perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita jalin semula hubungan yang retak jika ada. Satukanlah hati, satukanlah jiwa. Sehati sejiwa," katanya.

http://www.umno-online.my/2016/08/31/ketepikan-perbezaan-pastikan-perpaduan-dan-kebersatuan-tpm-zahid/

Video Amanat Merdeka Oleh YAB PM @NajibRazak #merdeka59 #pwtc


http://www.youtube.com/watch?v=MDNHJtxZ-Zo&sns=em

30 Ogos 2016

Gambar TPM @Zahid_Hamidi Ini Akan Buat Pembangkang Kena #Stroke Tahap Gaban

Fitnah dan pembangkang berpisah tiada.  Jika mahu jadi pembangkang maka fitnah kena jadi makanan harian.

Selepas fitnah jangan lupa minta maaf atau kata 'saya bergurau.' Petua terbaik pemimpin pembangkang lakukan untuk dicontohi rakyat.

Hari ini fitnah tersebar lagi bahawa TPM diserang Stroke.  Nauzubillahiminzalik.

Walhal beliau sihat walafiat dan telah bertemu pemimpin Thailand semalam di Putrajaya tanpa sebarang masalah kesihatan.

Meskipun baru tiba ke Malaysia dari perjalanan sangat jauh selama 21 jam dari Amerika.

Banyak rundingan telah dicapai kejayaan termasuk isu rakyat Thailand yang miliki dua warganegara dan senarai nama 10 suspek kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian.

Apakah kejayaan demi kejayaan ini menjadikan pembangkang kecut perut lalu diserang 'stroke' politik peringkat kritikal ???

Fitnah bahawa TPM diserang Stroke akan kembali ke muka mereka juga.

Mereka yang akan diserang 'stroke' sebenarnya apabila demo hujung minggu lalu gagal menghasilkan kesan apa-apa kepada politik Malaysia kecuali pergaduhan sesama mereka.

Cukuplah fitnah dan mari kita jadikan pakatan pembangkang lemah seperti mangsa Stroke yang hanya ada jasad namun tidak ada kekuatan dan  terpaksa meraih simpati meminta doktor merawat dan keluarga menjaga mereka.

Doakan yang baik sahaja jika mendengar ujian Stroke ditimpa kepada kawan atau saudara  bukan menokok tambah hingga menjadi fitnah di alam siber...

@Zahid_Hamidi slams Muhyiddin over remarks on PM's personal bank account @Najib_Razak

@Zahid_Hamidi slams Muhyiddin over remarks on PM's personal bank account

PUTRAJAYA: Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has asked his predecessor Tan Sri Muhyiddin Yassin to prove with evidence on his claim that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had close to RM1 billion in his personal bank account.

He also slammed Muhyiddin for making baseless statements from hearsay.

"Ask him to produce the evidence if he has it. He accused our prime minister, so he must show the evidence.

"Don't make allegations based on hearsay," he said when asked to comment on a report that Muhyiddin claimed close to RM1 billion was already in the prime minister's personal bank account even before the widely reported RM2.6 billion controversy.

According to the report, Muhiyiddin said he learnt about the deposits prior to the purported Arab donation, from the then former attorney-general Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ahmad Zahid was speaking to reporters after a bilateral security cooperation meeting with his Thai counterpart General Prawit Wongsuwan, here, today.

On the recent Court of Appeal's decision on the Bersih 4 case, Ahmad Zahid, who is also Home Minister, said the court's decision should be respected.

The Court of Appeal had ruled that the home minister's order to ban the use of Bersih 4 yellow T-shirts and pamphlets related to the Bersih rally was unreasonable.

http://english.astroawani.com/malaysia-news/zahid-slams-muhyiddin-over-remarks-pms-personal-bank-account-115406

29 Ogos 2016

Menteri @MahdzirKhalid @KemPendidikan @edumsia Nafi Esok Cuti Kerana Jerebu - @Bernama


Tweet Menteri :

RT @MahdzirKhalid: Saya MENAFIKAN yang KPM ada mengeluarkan kenyataan media ini. @KemPendidikan @eduMsia https://t.co/UbH5QSJ71E

Siapa Ada Link Blog Panglima penembak-tepat.blogspot.com Minta Komen Di Sini

Senarai blog link blog panglima perang cyber sedang dikemaskini. Blog yang memaut blog panglima perang cyber dikumpulkan di situ.

Link lama penembak-tepat.com. Namun sekarang kembali ke penembak-tepat.blogspot.my

Mohon sesiapa yang tertinggal dalam senarai untuk maklumkan di ruang komen di bawah.

Terima kasih atas kerjasama sahabat blogger.

Gambar Dr Khir Toyo dan Isteri Barunya

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187524?m=1

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai....

11 Rekomendasi Muktamar ASWJ di Chechnya



11 Rekomendasi Muktamar ASWJ di Chechnya



1- Membuat channel TV di Rusia untuk menyampaikan citra Islam yang benar kepada masyarakat dan memerangi ekstremisme dan terorisme.


2- Menyadarkan kembali berbagai lembaga pendidikan Islam yang besar akan jati dirinya, sejarah dan metodologi pendidikan mereka yang otentik dan klasik, dan kembali mengajarkan lingkaran ilmu pengetahuan yang integral, yang dapat melahirkan para ulama yang mampu membimbing umat, membantah berbagai fenomena penyimpangan pemikiran, dan menyebarkan ilmu pengetahuan dan perdamaian, serta menjaga tanah air.


3- Perlunya memberikan kepedulian dan perhatian kepada berbagai media sosial, dan mengerahkan kemampuan dan keahlian yang diperlukan untuk ikut mewarnai dan memberikan dampak yang kuat di media-media tersebut.


4- Meningkatkan kadar perhatian dan kepedulian untuk mengajarkan semua bidang ilmu Islam, khususnya ilmu ushul fikih dan ilmu kalam (akidah) untuk meluruskan cara pandang dan pemikiran serta membantah wacana takfir dan ateisme.


5- Membangun Pusat Ilmiah yang kuat di Republik Chechnya untuk memantau dan mempelajari aliran-aliran kontemporer dan konsep-konsepnya, dan membuat data terpercaya untuk membantu membantah dan mengkritik secara ilmiah terhadap pemikiran ekstrem dan berbagai wacananya. Dan para hadirin di Muktamar mengusulkan pusat ilmiah ini bernama “Tabshir” (pencerahan).


6- Perlunya meningkatkan kerjasama antara berbagai lembaga pendidikan yang bergengsi, seperti Al-Azhar asy-Syarif, Al-Qarawiyyin dan Zaitouna, serta pusat-pusat ilmu pengetahuan dan penelitian, dengan lembaga-lembaga keagamaan dan ilmiah di Federasi Rusia.


7- Pentingnya membuka sistem belajar-mengajar jarak jauh untuk menyebarkan ilmu yang benar, di mana sistem itu akan dapat melayani orang-orang yang ingin belajar namun terkendala pekerjaan mereka dari mengikuti pendidikan secara formal.


8- Memberikan saran kepada pemerintah akan pentingnya mendukung lembaga-lembaga keagamaan dan instansi-instansi pendidikan yang moderat, dan memperingatkan akan bahaya apa yang dilakukan beberapa pemerintah yang bermain kebijakan dengan mengadu domba wacana keagamaan dengan wacana yang lain. Karena itu justru akan semakin menambah kecemasan masyarakat, dan memecah persatuan mereka.


9- Para peserta merekomendasikan instansi-instansi Ahlussunnah yang besar – Al-Azhar dan semisalnya- untuk memberikan beasiswa bagi muslim Rusia yang ingin belajar ilmu-ilmu syariat.


10- Para peserta merekomendasikan agar muktamar penting ini diselenggarakan secara berkala, untuk senantiasa mengkhidmah tujuan mulia ini, dan mengikuti berbagai tantangan yang muncul dan menghadapinya.


11- Pembentukan sebuah komite untuk memantau pelaksanaan hasil dan rekomendasi yang terkandung dalam pernyataan ini.


Para peserta muktamar menyampaikan rasa terima kasih yang sangat besar kepada Presiden Ramadhan Ahmed Kadyrov atas segala upayanya dalam berkhidmah kepada Al-Quran dan Sunnah. Mereka mendoakannya agar senantiasa sukses untuk melanjutkan perjuangan ayahnya al-Syahid Syaikh Haji Ahmad Kadyrov dalam berkhidmah kepada Islam dan kemanusiaan, serta membela Akidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Mereka semua secara khusyuk menengadahkan tangan kepada Allah, agar senantiasa memberikan rahmat dan rida-Nya kepada al-Syahid Syaikh Haji Ahmad Kadyrov yang merupakan kehilangan besar bagi umat Islam, serta memberikan kemuliaan kepada beliau di surga. Dan semoga Allah menjaga Chechnya dan selalu memberinya keselamatan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran.


Para peserta juga mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Kantor Kepresidenan untuk kerjasamanya yang baik dengan para penyelenggara, Yayasan Sosial Daerah atas nama Pahlawan Rusia Syaikh al-Syahid Ahmed Kadyrov, Yayasan Sosial yang mendukung budaya Islam, ilmu pengetahuan dan pendidikan, Yayasan Tabah, dan seluruh yang berpartisipasi dalam mengurus dan mengatur muktamar ini.


Semoga shalawat dan salam senantiasa tercurah kepada Sayyidina Muhammad, keluarga dan para sahabat beliau semuanya.


Dirilis di Chechnya, Grozny, 24 Dzulqa`dah 1437 H, 27 Agustus 2016 M.


Diambil dari:


http://ruwaqazhar.com/11-rekomendasi-muktamar-ahlussunnah-wal-jamaah-chechnya.html





sumber http://akitiano.blogspot.my/2016/08/11-rekomendasi-muktamar-aswj-di-chechnya.html

28 Ogos 2016

Tuduhan Seksual Pelajar Disiar FB Wardina Safiyyah Cemar Nama Pendakwah Terkenal Dato Kazim Elias

Memang kita diharamkan menabur fitnah.

Atau membuka cerita kurang jelas untuk memburukkan nama manusia yang belum disabitkan kesalahan.

Jika kita sengaja menyiarkan cerita yang dihantar hingga diikuti media lain dan membuat andaian sehingga merosak reputasi pendakwah masyhur seperti DUKE dan pusat pendidikannya maka ia tidak jauh beza dengan fitnah.

Kita mungkin boleh menyiarkan cerita pihak dikatakan dianiaya anaknya namun selagi belum selesai siasatan polis maka sebarang andaian perlu dijauhkan untuk menjaga nama baik individu yang di tohmah terutamanya jika beliau seorang yang sangat dikenali di tv dan Alam maya.

Wardina atau Syed Azmi bukan hari ini menimbulkan kontroversi namun apakah motif tulisan mereka kali ini kita belum nampak lagi.

Bahaya jika kita menulis guna rasa hati bukan ikut akal pemikiran yang waras.

Dah ramai ditangkap apabila silap menggunakan media sosial dan kita tidak mahu kebebasan bersuara dibiar sehingga mengguris nama baik manusia yang tidak bersalah.

Bebas ada batas beb.....

Muktamar Antarabangsa #ASWAJA di Chechnya Dirasmikn Sheikh Al-Azhar






Muktamar antarabangsa dengan tema "Siapakah Ahlu Sunnah wal Jamâ'ah?" di Chechnya dirasmikn oleh Shekh al-Azhar Syekh Dr Ahmad Thayyib.

Muktamar ini bermula 25-27 Ogos 2016 disertai oleh 200 ulama dari pelbagai negara.

Antaranya Mufti besar Mesir Dr. Syawqi 'Allâm, Rektor Univ. Al-Azhar Dr. Ibrahim Hud Hud, mantan Mufti Besar Mesir Sheikh Dr. Ali Jum'ah, Habib Omar dll.

Malaysia diwakili Habib Ali Zainal Abidin.

Tempoh Melontar Dikurangkan 12 Jam #Haji1437


Riyadh: Ibadah melontar jamrah yang menyebabkan kematian kira-kira 2,300 jemaah tahun lalu akan dikawal lebih ketat pada musim haji tahun ini.

Akhbar Saudi Gazette dan Arab News melaporkan, tempoh untuk jemaah melontar akan dikurangkan sebanyak 12 jam.

Ibadah itu tidak akan dibenarkan dilakukan dari jam 6 pagi hingga 10.30 pagi pada 10 Zulhijah, dari 2 petang hingga enam petang pada 11 Zulihjjah dan dari 10.30 pagi hingga 2 petang pada hari terakhir, kata Kementerian Haji Arab Saudi.

Saudi Gazette memetik setiausaha rendah kementerian, Hussain al-Sharif sebagai berkata, peraturan baru itu diharap dapat memudahkan jemaah melontar dengan lebih mudah dan mengelak kejadian rempuhan akibat daripada kesesakan.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana langkah dapat mengurangkan kesesakan.

Tragedi rempuhan tahun lalu adalah yang terburuk dalam sejarah haji.

Ia berlaku di luar jambatan jamrah yang setinggi lima tingkat.

Menteri Dalam Negeri yang juga pengerusi jawatankuasa haji, Putera Mahkota Mohammed bin Nayef mengarahkan siasatan dilakukan sejurus selepas bencana itu tetapi sehingga kini, hasil siasatan tidak diumumkan.

Sekurang-kurangnya 2,297 jemaah terbunuh dalam kejadian pada 24 September itu, menurut data pegawai asing.

Bagaimanapun, Arab Saudi berkata, hanya 769 mati.

Dalam satu lagi usaha menangani kesesakan, pihak berkuasa haji Saudi melarang jemaah melakukan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) ketika hampir masuk waktu solat.

Menurut pegawai, jemaah dilarang melakukannya kira-kira sejam sebelum dan selepas waktu solat.

Musim haji tahun ini bermula 9 September depan. Bagaimanapun, ratusan ribu jemaah dari seluruh dunia sudah pun berada di tanah suci.

Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Makkah mengerah 23,050 kakitangan, pekerja sambilan, kakitangan Kementerian Hal Ehwal Bandar dan Luar Bandar, pengakap serta sukarelawan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah itu.

Mereka termasuk 13,000 pekerja pembersihan yang dilengkapi dengan 600 hampagas untuk bersihkan Makkah dan tempat suci lain.

Kedai gunting dengan 1,110 kerusi juga disediakan di Mina.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 7:38 AM

http://www.hmetro.com.my/node/161687

27 Ogos 2016

Gempar !!! Gambar Lelaki Tanpa Wajah di Raudhah #masjidNabawi

Panglima menerima gambar dari seorang rakan yang dirakam di kawasan Raudhah masjid Nabawi Madinah.

Menariknya sosok tubuh seorang lelaki solat tanpa wajah dirakam tidak sengaja.

Lelaki tersebut berserban merah dilihat bersolat namun gagal dilihat wajahnya dalam gambar.

Lelaki yang merakam gambar lelaki pelik tersebut dikatakan hanya menyedari keganjilan lelaki berserban merah itu selepas melihat kembali gambar yang dirakamkannya.

Kenalan Panglima di Kedah memberitahu lelaki yang di hadapan lelaki ganjil adalah rakannya dan ia adalah gambar asli bukan diedit.

Wallahu 'lam.

Kemungkinan malaikat atau hamba Allah yang soleh yang dirakam dalam gambar tersebut.

06 Ogos 2016

Lawatan kerja TPM @Zahid_Hamidi Ke #Thailand #harikedua #azh

BANGKOK 5 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan lawatan kerja hari kedua dengan mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam di Kompleks Kerajaan, di sini.

Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam itu turut dihadiri Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan para delegasi dari Malaysia.

Beliau seterusnya menghadiri satu lagi mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di Kementerian Pertahanan.

Selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Haroon beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Iman Besar Abdul Ahad. - UTUSAN

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ahmad-zahid-hadiri-dua-mesyuarat-kerja-di-bangkok-1.366833#sthash.unpugMuO.dpuf

03 Ogos 2016

TPM @Zahid_Hamidi Ziarah KB Ipoh Timur Dijangkiti Denggi

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dalam perjalanan menghadiri Majlis Kesyukuran dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO dan Barisan Nasional Perak di Kuala Kangsar malam ini mengambil kesempatan menziarahi Pengerusi Giat Mara, Datuk Azian Osman yang sedang dirawat di Pusat Pakar KPJ di Ipoh, Perak petang tadi.

Azian yang juga Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur dirawat di pusat pakar berkenaan selepas dijangkiti denggi sejak lima hari lalu.
Beliau kini beransur pulih. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tpm-lawat-pengerusi-giat-mara-di-kpj-ipoh-1.366145#sthash.E7MoL4ap.dpuf