Pengikut Blog Panglima

19 Oktober 2016

Rakan Terharu Ahmad @Zahid_Hamidi Tetap Prihatin Walaupun Dah Jadi TPM - MH Online

JOHOR BAHARU, "Saya berasa amat gembira kerana masih berpeluang berjumpa dengan sahabat baik saya.

"Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala jasa baik yang telah beliau berikan," kata Bani Abd Razak yang menerima kunjungan rakannya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas ketua Pemuda dan bendahari UMNO Bahagian Pagoh itu begitu terharu dengan keprihatinan Ahmad Zahid yang menurutnya masih tidak berubah dan tetap mengingati rakan walaupun sudah menjadi timbalan perdana menteri.

Dia mengenali Ahmad Zahid sejak awal 1980 yang ketika itu pengerusi Bank Simpanan Nasional (BNSN) sebelum kedua-dua mereka berjinak dalam bidang politik, katanya kepada pemberita semasa menerima kunjungan Ahmad Zahid di rumahnya di Kondominium Dwi Mahkota, Bukit Alif, Tampoi, di sini, hari ini.

Bani, 57, kini lumpuh selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat penyakit kencing, tinggal bersama-sama isteri Zarina Mohd Yunus, 41, dan seorang anak Mohd Izuddin, 13.

Ahmad Zahid pula berkata Bani juga merupakan kawan baik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kunjungannya hari ini adalah satu kelaziman untuk menziarahi rakan-rakan lama, walaupun agak mustahil untuk berjumpa dengan semua.

Dalam pertemuan hampir setengah jam itu, Ahmad Zahid berjanji untuk menyumbangkan kaki palsu kepada Bani serta akan membiayai kos perubatan ditanggungnya.

http://mhonline.com.my/rakan-terharu-ahmad-zahid-tetap-prihatin-walaupun-dah-jadi-tpm/

14 Oktober 2016

Senarai YDP Agong Malaysia Dulu hingga kini @Bernama

SEMBAH JUTAAN TAHNIAH KEPADA DYMM SULTAN KELANTAN ATAS PEMILIHAN SEBAGAI YDP AGONG KE 15.

SEBAGAI RAKYAT KELANTAN PATIK AMAT BERBANGGA DENGAN PEMILIHAN INI.

DAULAT TUANKU...

ALLAHUAKBAR !!!

10 Oktober 2016

TPM @ZAHID_HAMIDI TIDAK KECIL HATI DIKRITIK UCAPAN BAHASA INGGERIS #PBB KERANA MESEJ LEBIH PENTING

IPOH 2 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak ambil peduli atau berkecil hati berhubung kritikan terhadap beliau yang berucap dalam bahasa Inggeris pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-71 di New York baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau secara sinis berkata apa yang lebih memalukan adalah sekiranya rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di tanah air tetapi tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu.

"Sebagai orang Malaysia, perlu fahami bahawa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung," katanya ketika menutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menarik perhatian bahawa terdapat segelintir warga asing yang baru tinggal di Malaysia tetapi fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

"(Ini lebih baik) berbanding dengan rakyat Malaysia yang telah 25 tahun tinggal di negara ini tetapi masih tidak fasih berbahasa Melayu," katanya.

Jumaat lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, mesej yang disampaikan Ahmad Zahid pada Perbahasan Umum PBB itu diterima baik oleh negara anggota badan dunia itu.

"Adalah malang bahawa sesetengah rakyat Malaysia telah mengkritik dan memilih untuk menonjolkan cara penyampaian ucapan oleh timbalan perdana menteri daripada fokus dan mencerna mesej penting yang beliau sampaikan pada Perbahasan Umum PBB," kata Anifah. - BERNAMA

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/zahid-tidak-kecil-hati-dikritik-kerana-berucap-dalam-bahasa-inggeris-1.389811

Point saya isu ucapan bahasa Inggeris TPM :

1. Mesej disampaikan oleh DS Dr Ahmad Zahid Hamidi  lebih penting dari aspek sebutan bahasa Inggeris seperti Palestin, Pelarian dll.

2. Mesej TPM sebagai wakil Malaysia dapat difahami perwakilan PBB yang hadir membuktikan sebutan yang diguna adalah difahami oleh pemimpin dunia yang mendengarnya.

3. Jika tidak betul sudah tentu media tidak akan dapat membuat laporan yang tepat terhadap apa yang disampaikan.

4. Serangan dan kritikan hanya datang dari pembangkang dan serumpun dengan mereka membuktikan motif sebenar kritikan.

5. Selepas dilihat berjaya membawa mesej di PBB penampilan yang julung kali di pentas dunia TPM DS Dr Ahmad Zahid Hamidi berpotensi menjadi pemimpin ulung untuk dunia Islam dan kemanusiaan dengan berani menegur kegagalan PBB mengatasi konflik 7 dekad di Palestin yang berpunca kerana kuasa veto.

6. Kerana itu beliau diserang berbagai channel media sosial yang tidak mustahil mungkin menerima dana luar / Barat untuk menjadi suara tempatan walhal ia adalah suara musuh Islam dan musuh kemanusiaan dunia.

7. Ramai tidak tahu bagaimana usaha dilakukan oleh TPM untuk mendapatkan sebutan yang tepat bagi ucapan di PBB dengan mendapatkan pandangan banyak pihak.

Meskipun jika ada kesilapan ia bukan kesilapan peribadi Zahid kerana suara Zahid adalah suara Malaysia yang dihasilkan oleh ramai tenaga tempatan yang mahir dan berpengalaman dalam hal penulisan ucapan dan hubungan antarabangsa.