Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Disember 2008

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA (BPN) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM



KENYATAAN MEDIA


BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM


BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..


Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..


BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.


BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..



Yang Benar,


PANGLIMA PERANG CYBER

http://penembak-tepat.blogspot.com


Yang Dipertua,

Blogger Pembela Negara ( BPN )


Blog rasmi BPN : http://parlimenbpn.blogspot.com

5 ulasan:

ahlang berkata...

salam bro,

sy raser sudah tiba mase nyer BPN bertindak ngan blogger penghina islam nie..

jgn biar kan mereka memburuk2 kan islam...sila laku kan sesuatu...

salam setiakawan
-ahlang-

abdrahim kassim berkata...

Selamat berjihad panglima. Demi agama dan kesejahteraan manusia..

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih kepada semua..

kita akan lawan dan tentunya sokongan sahabat akan menjadi dorongan kepada team kita untuk terus berjuang...

terima kasih..

salam

Pemuda Malaysia berkata...

salam penembak tepat...saya memang berminat sangat untuk join team BPN..
cuma tidak tahu caranya..

Amz CamPro berkata...

assalamualaikum
roger aku jika ada perhimpunan BPN
aku hanya mampu online di ofis sahaja...harapkan aku dpt turut serta dgn BPN...cadangkan aku dlm excp BPN Pahang! heheh

Cari Blog Ini

Translate