Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Mac 2011

Lagi Blogger Pahang Meninggal Dunia dan Takziah dari Blogger Pembela Negara - Al Fatihah !!!


Datuk Azizan Yaakob, blogger Melayu Raya Daily (gambar bawah) telah kembali ke Rahmatullah kira-kira pukul 11.45 semalam, 28hb Februari. Beliau telah diserang strok pada malam sebelum penamaan calon yang diadakan pada Sabtu 27 Feb 2011. Selepas itu beliau telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum meninggal di sana. Beliau adalah mantan Adun Pulau Tawar


Blogger Pembela Negara (BPN) mengucapkan takziah atas pemergian blogger Melayu Raya Daily khasnya kepada keluarga Allahyarham yang tentu turut bersedih dengan pemergian yang tidak diduga ini. Kita milik ALlah dan kepadaNYA jua kita akan kembali secara paksa atau rela hati.Moga perjuangan kita yang jika didasari niat ikhlas akan menghasilkan ganjaran besar di sisi ALlah. Dan boleh menjadi syafaat di hari akhirat selagi tulisan baik itu dibaca oleh rakyat Malaysia demi menyedarkan mereka ancaman terhadap agama, bangsa dan negara kita. 

Semoga Roh Allahyarham akan ditempatkan bersama para Nabi dan Wali serta orang soleh Insya Allah. Perjuangan beliau mempertahankan agama bangsa dan negara akan diteruskan oleh tangan kita semua hingga nafas terakhir hidup kita.

sumber : alamat blog TSB  http://sribuana.blogspot.com/ 

Blogger lain yang mengucapkan takziah :







Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

Cari Blog Ini

Translate