Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mac 2011

Sah - Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak Isnin Ini & Siapa Bakal Ketua Menteri ???


DUN Sarawak bubar Isnin



2011/03/19

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan. 

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berlepas pulang selepas lawatan sehari ke Sarawak sebentar tadi.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu.


Sah Ketua Menteri Sarawak akan diganti muka baru. Siapakah yang bertuah akan dipilih kita tunggu. Nama sudah tersimpan dalam kepala penganalisa dan penyimpan rahsia politik tempatan. Harap tidak akan berlaku pergaduhan untuk menjadi Ketua Menteri sesama sendiri seperti mana yang diharapkan oleh PM.


Jasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekarang pasti akan dikenang sampai bila-bila oleh rakyat Sarawak meskipun tidak lagi menjadi Ketua Menteri. Jelas beliau berhak dipuji kerana berjaya membawa Sarawak begitu hebat pada hari ini. Orang lain belum tentu dapat menjana kestabilan politik dan ekonomi di negeri yang berbagai suku dan adatnya.


Gambar pembangunan pesat Sarawak akan Panglima siarkan dalam siri seterusnya.


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate