Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Jun 2011

PAS didesak juarai ketuanan Melayu !!!


Pas perlu juarai ketuanan Melayu, Islam

SHAH ALAM 2 Jun - Pas perlu mengambil pendekatan memperjuangkan isu-isu berkaitan ketuanan Melayu dan Islam sekiranya berhasrat mengetuai kerajaan pada masa depan sungguhpun sekutu politik mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP enggan mengiktiraf perjuangan itu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Mior Hassan Sazali Mior Hajjar berkata, ini kerana sentimen ketuanan Melayu dan Islam adalah dekat di kalangan pengundi muda daripada kaum itu yang menjadi kumpulan sasaran Pas.

Katanya, sentimen itu sangat dirasai di kalangan kira-kira empat juta belia yang masih belum berdaftar sebagai pengundi khususnya daripada golongan profesional Melayu.

"Walaupun mereka ada kesedaran berpolitik, tetapi mereka lebih terkesan dengan sentimen ketuanan Melayu Islam.

"Ramai di kalangan mereka yang masih kurang faham dengan pakatan pembangkang dan di mana peranan kita sebagai Pemuda Pas dalam menangani isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Dewan Pemuda Pas Perlis membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Tambahnya, Pas dilihat terkebelakang dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam sejak akhir-akhir ini berbanding Pergerakan Pemuda UMNO sedangkan perkara itu perlu menjadi keutamaan parti tersebut.

"Seperti isu kalimah Allah, pimpinan kita dilihat bercanggah pandangan sedangkan isu itu penting untuk menarik pengundi kalangan Melayu Islam kerana mereka adalah sasaran kita," tegasnya.



Jika PAS didesak mempertahankan ketuanan Melayu selain ketuanan Islam maka ini bererti mereka sudah bimbang dengan kegersangan sokongan dari golongan Melayu kepada PAS.

Tunjang PAS dari golongan Melayu sudah lari selepas melihat satu persatu isu berkaitan hak MElayu didiamkan sahaja oleh pemimpin mereka.

Perkara ini bagi Panglima - adalah perancangan halus pihak PKR DAP untuk melemahkan PAS. Bak kata orang tua : " Jerat tidak pernah lupakan pelanduk tetapi pelanduk selalu melupakan jerat."

Maka semua ahli PAS harus bermuhasabah dalam hal ini. Dahulukan ISLAM dari orang bernama Hj Hadi Awang atau Nik Aziz Nik Mat.

Dahulukan Al QURAN yang menyuruh orang beriman bersatu padu. Dahulukan Sunnah yang menyebut umat Islam Beriman seperti satu jasad yang akan sakit jika bahagian lain sakit.

Mari kita semua pakat muhasabah diri dan perjuangan kita sempena 1 Rejab 1432 yang disambut hari ini....

2 ulasan:

Lee Sam Bung berkata...

salam panglima..

saya dh link blog tuan..tlg link blog saya http://theoutsider81.blogspot.com

UMNO PARTI PENJARA berkata...

sapa-sapa pun boleh jadi juara :-)







---------------------------------------------------------
Transformasi FELDA olok2 - Hukum Karma dan Pengkhianatan. Undi BN Undi HARAM. Risiko berganda yang pasti buat generasi baru jika mengundi BN
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Cari Blog Ini

Translate