Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Oktober 2011

30,000 pelajar Kelantan terjejas putus bekalan air - Syabas Tok Guru Nik Aziz !!!


30,000 pelajar Kelantan terjejas putus bekalan air
02/10/2011 7:32pm


TUMPAT 2 Okt. - Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.

Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.

"Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.

Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.

Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.

"Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain,” katanya.

Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. - Bernama

Panglima : syabas kepada Tok Guru Nik Aziz atas 'kejayaan' ini


info : http://www.utusan.com.my

Terkini bayi dibuang dalam perigi juga di Kelantan

http://www.kosmo.com.my/

Macam macam ada di  Kelantan sekarang.








Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

2 ulasan:

Unknown berkata...

tu ka akibatnya bila sibuk pada yang kurang penting sampai benda yang paling penting pun tak nampak..sibuk dengan hudud..padahal ada yang lagi penting..contohnya macam kes air ni

Tukang Komen berkata...

Kerajaan Tok Guru melaksanakan program 'MENGUJI KESABARAN'. Ibu bapa,murid dan guru2 wajib faham program ini dan memberi kerjasama sepenuhnya. Sekiranya rakyat Kelantan lulus ujian ini insya'allah progaram Fasa II akan diperkenalkan.

Fasa II dalam program 'MENGUJI KESABARAN' bekalan api akan dicatu.Bekalan letrik akan dibekalkan hanya 4 jam sehari.

SABAR JELAH.

Cari Blog Ini

Translate