Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Disember 2011

Lokasi Terkini Dan Pandangan Alexa Tentang Blog Panglima

Malam ini menuju ke Pahang untuk satu misi sulit untuk negara!

Maaf tidak sempat mengajak saudara pembaca bersama kerana kesuntukan masa. Hehe

Selesai misi Panglima akan kembali ke ibukota.

Bersama kawan yang membantu mengemudi kereta, dapatlah panglima mengemaskini blog facebook dan twitter sepanjang perjalanan.

Kesempatan ini diharap dapat membantu menambah lagi bahan di alam maya untuk rujukan tuan puan semua.

Sebentar lagi beberapa dapatan Alexa tentang blog Panglima akan diterbitkan.

Antaranya umur pembaca blog Panglima lingkungan 35 tahun ke atas. Adakah ia bermakna blog ini diminati ramai  golongan dewasa?

Harap komen membina saudara saudari semua dalam setiap artikel walau tanpa nama.

SUARA ANDA PENTING DALAM MENCARI MASALAH YANG BERLAKU DAN JALAN PENYELESAINNYA.

Setakat ini komen-komen dilepas tanpa ditahan atau dipadam sedikitpun.

Suara anda akan bebas bagai awan di udara untuk dibaca pelbagai peringkat pembaca blog Panglima.

Ini jaminan blogger YDP Blogger Pembela Negara.

2 ulasan:

hilbert berkata...

Salam bro Panglima,

blog Panglima sudah semakin mudah untuk dilayari sejak akhir November serta awal December ini, tidak seperti sebelum ini.,betapa susah untuk membaca atau meninggalkan sebarang komen diblog ini atas beberapa sebab agaknya.

Mungkin capaian sambungan internet yang saya gunakan terlalu rendah dan lemah sebagai puncanya ataupun liputan rangkaian internet ditempat saya agak kurang.

Atau juga mungkin disebabkan beberapa elemen-elemen diblog seperti ruangan iklan yang terlalu banyak sehingga memberatkan layaran dan ada yang sehingga memaksa saya untuk memutuskan sambungan internet sebelum menyambungkannya semula apabila komputer telah berada didalam keadaan stuck.

Harap bro kekalkan keadaan blog ini dengan keadaan seperti sekarang baru senang nak dilawati. Macam blog Dimensi, Dr MiM Novandri, Penghuni Gua, Azli Shukri Today, GAP dan beberap blog lagi yang masih saya lawati.

Namun ada juga blog yang sudah mulai sukar untuk dibuka atau dilayari seperti blog Papa Gomo, Bumi Yang, Gelombang Wangsa Maju dan beberapa yang lainnya. Mungkin blog mereka semakin canggih itulah pasal agak...

Panglima Perang Cyber berkata...

Bro : cadangan dan teguran selain pujian saya terima dengan dada terbuka.

Semuanya demi memastikan blog ini terus menjadi rujukan mujahidin siber utk pertahan Malaysia di alam maya.

Saya juga sedar masih banyak perlu dibaiki dan mengharapkan pandangan rakan seperjuangan.

Terima kasih atas kesudiaan hilbert berkongsi rasa seadanya di blog panglima.

Cari Blog Ini

Translate