Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Disember 2011

Sah Gila : Nik Aziz Tidak Dukacita/Marah Digelar Nabi - Ahli Pas Patut Maki Mursyidul Am Mereka Ini !!!

Kalau kisah sudah tentu Nik Aziz marah.


Kalau dulu dia marahkan blogger dengan gelar Celaka Celaka Celaka, kenapa bila timbul isu dia dianggap Nabi tiba-tiba dia tidak marah ? 


Pelik tetapi itulah yang berlaku sebenarnya. Kenapa ketika marah isu Setiausaha Akhbar Annual Bakhri beliau sanggup menyumpah seranah blogger tetapi kali ini diam sahaja ?




Bahkan beliau juga tidak mahu menasihatkan penyokong Pas agar jangan taksub kepadanya. Adakah ini bermakna "assukut alamaturridho" - diam tanda setuju ???


Bertaubatlah wahai Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Meskipun anda tidak layak digelar Tok Guru tetapi demi kebaikan anda sendiri tolonglah bertaubat demi menyelamatkan akidah umat dari menerima kenyataan bahawa anda adalah Nabi yang muncul di akhir zaman selepas Nabi Muhammad saw menafikan akan wujud nabi selepas baginda.


Sila baca kenyataan yang disiar oleh Utusan Malaysia di bawah :



Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab

Nik Aziz


KOTA BHARU 5 Dis. - Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal,detikperubahan.com.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah"

Tapi depan DAP cakap lain. Dan dia bertanding pilihanraya, itu pun bawah demokrasi. Dia juga menyertai perarakan BERSIH yang mendukung pilihanraya bersih mengikut DEMOKRASI.

pabende ni tok guru, cakap belit2

P.S. Sebenarnya dia kembang idong tu...orang puji dia melangit

ISAC berkata...

Bro... Marah betul nampak...

Pas pun bukan menolak negara Islam ke?

Negara berkebajikan...

Agak2 kalau soklan nungkar dan nangkir nanti bila ditanya, "siapa saudara kamu?".

Boleh ke kalau X jawab umat Islam, jawab umat berkebajikan???

faiz berkata...

hanya melihat, mendengar sambil berfikir

Cari Blog Ini

Translate