Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Januari 2012

Beberapa Pemimpin PAS Akan Bersama Dalam Sidang Akhbar Dr Hassan Ali Jam 11 pagi Nanti @NajibRazak @drhasanali

Blogger RBF melaporkan bahawa mantan Pesuruhanjaya PAS Dr Hassan Ali akan diadakan pagi ini di rumah beliau jam 11 pagi.

Adakah akan ada kejutan dalam sidang akhbar tersebut?

Kita yakin game plan DAP dan PKR berdasarkan konsep divide and conquer akan tercapai.Lebih tepat ia telah pun tercapai apabila Hasan Ali dipecat,

PAS AKAN DIMUSNAHKAN dengan bantuan geng Erdogan dan Anwarista dalam PAS yang sanggup menendang Dr Hassan Ali yang jelas mengutamakan Islam dari politik bukan seperti yang dipraktikkan oleh golongan tersebut yang mengutamakan politik melebihi agama.

Majoriti yang memutuskan pemecatan Dr Hassan Ali adalah rakan baik Anwar dan semestinya mereka akan buat apa sahaja kepada Hasan Ali yang telah memalukan God Father mereka.

Baca info tersebut di blog RBF di sini

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2012/01/siapakah-pemimpin-pas-yang-akan-bersama.html

Tambahan : semalam semasa sesi perbincangan di Ampang ada isu aurat ditimbulkan. MAAF PANGLIMA TIDAK SETUJU DENGAN KOMEN EN Z SEMASA SESI TERSEBUT.

Ikut hati mahu mencelah namun kerana tidak mahu memanaskan suasana maka teguran menggunakan blog dibuat untuk membetulkan kenyataan salah seorang peserta tersebut.

Perkara aurat adalah perkara agama dan jangan bercakap seolah aurat tidak wajib berdasarkan hujah akal.

Aurat wajib ditutup namun kita setuju bahawa setakat aurat yang ditutup belum tentu ia boleh menjamin syurga jika akidah dan agama digadaikan demi KUASA.

Rujuk kembali hadis perempuan yang taat beribadat namun masuk neraka kerana mengurung binatang tanpa diberi makan. Dan kisah pelacur yang masuk syurga kerana baktinya memberi minum anjing kehausan menggunakan kasutnya.

Begitu juga mustahil muslimat yang penuh dendam dan benci sehingga berperangai tidak senonoh menjerit MAMPUS UMNO SEPERTI YANG DIBUAT OLEH MUSLIMAT PAS SEMASA DEMO 901 DI MAHKAMAH Diketuai ATHIRAH AIMAN AL JUNDI adalah wanita pilihan untuk ke Syurga.

Selepas diperiksa Athirah ini pro Erdogan dan tidak mustahil tindakan beliau mungkin untuk merosakkan imej PAS dari dalam.
Satu lagi kenapa nama beliau tidak ada binti seperti muslimat Pas yang lain kerana sepanjang pencarian Panglima din Google banyak ditulis nama Athirah Aiman Al Jundi tanpa binti.

ADAKAH? ??

PAS perlu berhati-hati ramai tokoh akademik dalam PAS berbaju PAS berseluar dalam PKR kerana mereka ini adalah golongan yang ghairah mengejar kuasa walau PAS terpaksa menerima akibat tindakan mereka.

Kita tidak kesal jika PAS rosak kerana ia sebuah parti politik bukan agama, namun apabila ia turut merosakkan imej Islam maka semua umat Islam tentu akan marah dan pasti bangkit membantahnya.

HASIL LIBERALISASI POLITIK PAS JUGA Pejuang Islam seperti Dr Hassan Ali yang terpedaya selama ini, telah kembali sedar dan kembali bangkit selepas jelas melihat usia 15 beliau diperdaya dalam PAS hanya dibalas dengan ganjaran pemecatan selain dicabut jawatan Exco Agama selepas bermati-matian mempertahankan Islam.

Jika benar PAS pejuang Islam sudah tentu seluruh pemimpinnya akan bangkit mempertahan Islam walau hilang kerusi Parlimen akibat ditentang bukan Islam dalam Pakatan.

Jika semua ini sandiwara sahaja maka kita juga ingin tegaskan PAS akan semakin dihentam kerana menjadikan isu agama sebagai sandiwara untuk mendapat sokongan umat Islam.

Sekian, mohon disebarkan.



posted from Bloggeroid

1 ulasan:

REVOLUSI MELAYU berkata...

Mohon Pautkan blog pemuda.tq
http://hujahpemuda.blogspot.com/

Cari Blog Ini

Translate