Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Januari 2012

Moga Allah Beri Hidayat Kepada Nur Amalina Che Bakri (Jika Benar Gambar Ini ) !!!










semoga Allah memberi hidayat anak bangsa Melayu yang berjaya dalam pelajaran ini tetapi mengalami sedikit kejutan budaya ketika berada di luar negeri.

Jika benarlah gambar di atas. 

Hak untuk berpasangan kita tidak wajar dihalang namun perlu dilihat siapa calonnya.

Semoga tragedi Safiah pelajar genius yang turut berubah tidak berulang kembali.

sedikit maklumat tentang beliau yang disiar di blog YB Datuk Zulkifli Nordin pada 14 Disember 2009.



Salam 2 all.

Kebelakangan ini terlalu banyak berita idsebarkan konon cerita Nur Amalina Che Bakri telah gagal dalam pengajiannya.

Saya telah membangkitkan kesahihan cerita ini didalam Parlimen hari ini, kerana saya berharap isu saperti ini tidak diputarbelitkan. Tambah-tambah ramai yang menggunakan cerita ini untuk memperlekehkan keupayaan anak-anak Melayu bersaing diperingkat antarabangsa, dan memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan kita, sebaliknya terlalu mengagung-agungkan sekolah lain!

Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.

Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".

Pada bulan Mac lepas, Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.

Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc.

Oleh itu saya berharap kabar-kabar angin berkenaan dengan Nur Amalina tidak akan disebarkan lagi. Malahan kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan beliau dan mendoakan moga beliau bukan sahaja akan mencapai kejayaan cemerlang sebagai kejayaan peribadi, malahan menjadi ikon negara dan membuktikan bahawa anak Melayu juga berupaya menandingi orang lain dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa insyallah.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 zulhijjah 1430
14 Disember 2009




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pndai atas kertas aje bodoh dalam erti hidup hutang kena bayar semula itu semua duit rakyat

Tieah Madian berkata...

Kecemerlangan dalam akademik tak menjamin kejayaan dalam hidup.. Andai sentiasa memandang ke langit.. Sama macam kes Adam Adli dan kawan2.. Dapat masok UPSI tapi tak grad lagi dah tnjuk belang.. Padahal ramai dah graduan berjaya dengan kewujudan AUKU semasa mereka belajar di Universiti.. Nampak sangat Adam Adli n the geng dipergunakan..

Orang Dah Tau berkata...

Ada yang sembang saja lebih.Kononya duit rakyat. Kalau guna duit rakyat untuk belajar dan jadi orang berguna apa masalah hang.

Belajar tak habis lagi dah buat kerja bodoh sokong PKR buat rusuhan.

Itu baru perabis duit rakyat.

Anwar Al Juburi dengan macai2nya yang dok perabis duit rakyat.

Mungkin juga tak perabis duit rakyat sebab kroni2 yang dia telah rancang masa dalam kerajaan dulu sekarang dah kaya raya. Duit itu lah yang dok guna sekarang.

Cara dia buat dulu lagi lagi hebat. Tak perlu bayar balik.

Sekarang bagi pinjam berjuta2 pun kena bayar balik.

Putar kot mana pun orang dah tau.

Cari Blog Ini

Translate