Pages

15 Jun 2008

Sister in Islam @ Astora Jabat @ Islam sesat ?


Zaman sekarang pemikiran orang Islam turut diserang oleh Nasrani dan Yahudi. Mereka menubuhkan institut pengajian dan menjadikan umat Islam sebagai sasaran. Akhirnya orang kita juga akan 'menjadi patung' mereka dan menyebarkan fahaman songsang di tengah tengah masyarakat dalam rupa wajah Melayu...



Kita tidak perasan tetapi Sister in Islam dan Astoran Jabat adalah dari 'aliran' yang sama..Lihat gambar di bawah :








The forum on Saturday afternoon brought together (from left, below) Astora Jabat (deputy editor of Al-Islam and columnist for Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism) and Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam). blog asal klik sini ...

Di blog di atas juga ada desakan agar buku buku yang diharamkan KDN dibenar untuk dibaca. Mereka sangat tidak puas hati kerana KDN tidak membenarkan buku buku pro fahaman mereka diberi ruang untuk diedar di dalam masyarakat...

Tengok bagaimana Astora Jabat sendiri diberi ruang menyebarkan fahaman 'songsangnya' di Majalah Al Islam dan Utusan Malaysia satu ketika dulu... Hingga mencetuskan kekecohan seluruh negara dengan 'isu panasnya'...Bukti-bukti Astora melakukan perkara merosakkan aqidah:

1.Dalam Bicara Agamanya yang bertajuk Hukuman zina zaman Rasulullah, (Mingguan Malaysia 22 Ogos 1999), Astora telah mengatakan ‘…Ini bererti baginda (Rasulullah SAW) melaksanakan hukuman menyalahi yang diperuntukkan dalam al-Quran.’ Ini dinyatakan oleh Astora setelah memberitahu bahawa Nabi SAW telah menghukum isteri Hilal bin Umayyah dan pasangannya dengan 80 sebatan sehingga terjelir lidah kedua-duanya, setelah diadukan oleh Hilal kepada Nabi SAW bahawa isterinya telah berzina dengan pasangan kekasihnya itu. Sedangkan dalam al-Quran, hukuman ke atas penuduh orang lain berzina tanpa empat saksi sudah jelas iaitu haddul qazaf (80 sebatan) seperti dalam ayat 4 dan 5 daripada Surah al-Nur. Tetapi dalam kes ini–kononnya-penuduh (Hilal) tidak dihukum, bahkan yang dituduh tanpa saksi pula (isteri Hilal) yang kena sebat 80 kali. Jadi Astora buat kesimpulan mudah bahawa Nabi SAW telah melaksanakan hukuman menyalahi yang diperuntukkan dalam al-Quran. ( klik sini )

Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi tersebut juga, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulisperkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.. ( klik sini )

ada maklumat lanjut beliau di forum JAKIM di sini

Dalam blog http://www.muslim-brothers.org/ ada disebutkan di situ tentang Sister in Islam ini yang dilabelkan sebagai antara ajaran sesat :

PROGRAM BICARA ISU SEMASA 2 1428H/ 2007M Sep 12, 2007 at 09:02 AM SELASA, 11 September 2007 - Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Program Bicara Isu Semasa kali ke 2 yang bertempat di Dewan Annex, SUK Shah Alam. Program kali ini diadakan khas untuk guru-guru sekolah JAIS seluruh Negeri Selangor. Majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh Y. B. Dato' Hj. Abdul Rahman Bin Palil, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri Selangor.

Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan pagi ini oleh dua orang penceramah khas iaitu Yang Berbahagia Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi dari Institut Pengajian Darul Hijrah dan Ustaz Rasyidi Jamil Bin Muhammad Arrashid, Penolong Pengarah Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Kertas kerja pertama bertajuk Ahli Sunnah Wal Jama'ah telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi, Pensyarah di Institut Pengajian Darul Hijrah.

Ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wuudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang , keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Ini juga termasuklah golongan yang mengizharkan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syiah, Wahhabiyah, Hizbu Tahrir, Ikhwanjiyyah(Khawarij), Islam Liberal, Sister In Islam dan banyak lagi.

Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syariat). Ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang bermaksud:"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku(aqidah dan syariatku) ketika rosaknya ummat ku, maka baginya pahala syahid" . ,

Dalam Berita Harian ada disiarkan surat pembaca yang mengkritik panel Sister In Islam ini yang mengkritik poligami seperti yang disiarkan di link berikut :

http://www.sistersinislam.org.my/media/31012007-bharian.htm

Kenyataan Sisters In Islam dipertikai 31hb Januari 2007PADA 5 Januari lalu ketika menonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3, saya agak tertarik dengan topik dibincangkan iaitu isu poligami seperti yang kita ketahui poligami menjadi satu subjek hangat diperbincangkan atau dibahaskan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan agama Islam peringkat negeri.
Kebanyakan perbincangan berkisar bagaimana poligami ini dapat dilaksanakan dengan cara terbaik dan tidak akan menindas kaum wanita.

Saya berpendapat perbincangan harus diperluaskan demi kebaikan bersama dan paling utama ialah bagaimana ia dapat memberi kefahaman yang baik kepada semua bahawa poligami adalah satu perkara baik jika dilaksanakan dengan mengikut syarat termaktub dalam al-Quran.
Namun, apa yang menyedihkan saya ialah seorang ahli panel wanita dari Sisters In Islam iaitu Profesor Dr Noraini Othman ada mengatakan bahawa poligami satu perkara yang sudah ketinggalan zaman.

Saya beristighfar panjang apabila mendengar kenyataan itu daripada mulut seorang ahli akademik.

Dr Noraini seolah-olah terlupa bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan poligami.
Apakah ini cara dan mesej yang ingin dibawakan mereka yang menggelarkan diri sebagai Sisters In Islam? Saya tidak ingin menyentuh cara penampilan mereka di kaca televisyen yang tidak mencermin sebagai wanita Islam, apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah apakah mereka sedar sesetengah tindakan dan pendapat mereka boleh dianggap cuba menidakkan hukum al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Jika benar apa yang saya dengar daripada mulut Dr Noraini dalam rancangan itu, saya berharap agar beliau segera insaf dan ingat semula apa diperkatakan beliau untuk mengelak kecelaruan di kalangan masyarakat Islam.

Pada masa sama, saya berharap mereka dapat menampilkan imej diri wanita Islam sebenar.

PENEGAK SUNNAH
Kemensah Heights, Hulu Kelang, Selangor




Kesimpulannya ; banyak lagi ajaran sesat lain berdasarkan 'fahaman sesat' ciptaan Orientalis yang ingin memesongkan umat Islam selepas kita diserang dengan teruk dari segi sosial, politik dan akhirnya agama juga turut menjadi sasaran dengan mencipta fahaman seperti ini yang mendapat pula ruang yang luas di negara kita.

Usaha menentang 'agen yahudi' harus dilihat dari aspek politik, sosial dan agama agar kita bersedia dan tidak lalai dari menjaga Agama Bangsa dan Negara dari serangan serangan seperti ini yang mana jika sudah terkena 'virus' ini maka kita akan kehilangan 'iman' kita lantaran menolak nas nas agama yang jelas memperincikan tentang tohmahan liar mereka seperti kewajiban menutup aurat, Nabi silap menghukum, poligami, tiada azab kubur dan sebagainya...

Baik mati dimakan harimau dari 'dimakan' akidah dengan ajaran sesat ini yang pasti akan terus meneruskan usaha mereka dan kita pasti akan terkena jika tidak berhati hati dan menentang kembali serangan 'ganas' mereka ini...

Moga Allah merahmati kita dan menjaga kita dari 'dajal' yang memang akan muncul setiap zaman ini untuk menyesatkan kita dari akidah Islam yang sebenar.

1 ulasan:

  1. Benarkah Wujud Konspirasi untuk Meminggirkan Idea Presiden PMIUM? Siapakah Yang Menguasai Media Jamaah?

    Idea Presiden PMIUM Terpinggir di Laman Mahasiswa Pembangkang UM!

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.