Pages

15 Julai 2008

Kata Blogger tentang Perpaduan PAS - UMNO dan kehancuran PKR - DAP ?

Sedikit tinjauan peribadi saya di blog blog UMNO PAS dan PKR tentang isu hangat di atas yang sudah mengatasi kekalutan isu liwat yang lewat kali ke dua dibaca di dewan kehidupan yang mulia ini.

Saya sorot blog anak Nik Aziz dulu sebagai pembuka bicara tentang isu ini kerana bagi saya, beliau tentu sependapat dengan bapanya atau sama tidak ada beza. Dalam artikel terbaru beliau bertajuk : Tahniah Presiden , ada komen isu perpaduan UMNO dan PAS ini . Katanya :

Langsung ke tak langsung, wujud usaha meminggirkan PAS dari tempatnya yang layak. Saya mengingatkan kerana saya tahu dan mendenyuti rasa itu. Seperti kata tuan pesiden, ” Orang PAS bukan bodoh!”

dalam artikel sebelumnya ekoran isu londeh melondeh di stadium, Nik Abduh memberi respon :

Untuk yang kedua, bagaimana jika perbincangan PAS-UMNO menghasilkan natijah yang lebih menguntungkan Islam dan dakwahnya berbanding tawaran untuk Islam dalam Pakatan Rakyat? Anda akan ditanya, Mana lebih menyelerakan iman, Islam atau Pakatan Rakyat?

Ini seolah oleh Nik Abduh dan para ahli PAS yang lain sudah merasa kecewa dengan tindak tanduk PKR DAP yang tidak ada' jati diri' Islam hingga merendahkan dan menyiat nyiat hati PAS yang telah termakan umpan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Jika benar PAS bekerjasama dengan UMNO, adakah PAS bersedia mengkhianati rakyat ? jawapan Nik Abduh :

Mengkhianati rakyat hanya berlaku jika PAS meninggalkan Islam. Selagi PAS bergerak dengan Islam, pengkhianatan tak mungkin berlaku walau ditinggal rakyat seluruhnya dan PAS terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk mendapat sokongan rakyat semula.

Perbincangan dan perdamaian adalah jalan Islam. Menutupnya atas sangkaan adalah jahil.



Ingatkan musuh Islam itu UMNO, namun baru sekarang PAS kenal musuhnya yang sebenar bukan UMNO tetapi DAP dan PKR yang tidak ada maruah agama sebaliknya ' kaki perompak' yang mempamerkan senyuman yang lebar di dalam memendam di dalam hati segunung ' dendam membara' mengejar cita cita walaupun mengorbankan apa sahaja termasuk ketuanan Melayu dan agama Islam..

Seterusnya kita tengok blog depa kata tentang isu ini :

14 July 2008

UMNO SAMBUT CADANGAN HADI

Nampaknya cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang dengan UMNO mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam disambut baik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Depa kata, benda-benda baik macam ni eloklah disegerakan. Tak payah dok banyak 'tapi', tak payah dok dengaq sangat dulu cakap orang nu orang ni. Prosedur pelik-pelik tu, kalau ada, letak la ke tepi. Masanya dah sampai kut untuk kita pakat-pakat duduk untuk mencari titik persamaan bukan dok pakat cari lubang perbezaan. - tamat -

Jika anda inginkan lagi pendapat orang orang tertentu yang relevan dan rapat dengan PAS, mari kita melihat blog Roslan SMS yang tidak salah saya adalah orang kuat Hj Hadi sendiri :

Memang kemenangan PAS kali ini bertenggek di atas kekuatan bersama melalui gagasan Pakatan Rakyat, namun sebagai rakan yang menurut Tuan Guru Presiden, telah memberikan sumbangan yang besar sehingga terbentuknya kerajaan di negeri-negeri baru selain Kelantan ini, sudah pastilah ruang dan peluang perlu diberikan dan dibuka buat PAS untuk melaksanakan tuntutan perjuangannya. PAS mahukan pengiktirafan dari kawan-kawannya, dan apakah pengiktirafan yang lebih besar bagi PAS selain dibenar menekankan kepada perlaksaan syariat Islam khasnya dikalangan rakyat yang beragama Islam.

Baca lagi :

PAS telah berkorban dan merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, melalui kekuatan jentera dan ahli-ahlinya. Walaupun dari sudut bilangan kerusi Parlimen PAS mungkin memegang saham yang terkecil tetapi dari sudut bilangan kerusi dewan undangan negeri PAS memiliki saham terbesar berbanding DAP dan PKR iaitu dengan 83 kerusi diikuti DAP 73 dan PKR 40.


-
Ertinya : PAS telah dipinggirkan atau terpinggir kerana gegak gempita bakal Perdana Menteri bekas banduan penjara kes salah guna kuasa dan liwat , hingga melupakan hasrat yang sama Hj Hadi dan Lim Kit Siang. Bagi DAP tentu mereka tidak bersungguh sangat kerana tahu susah orang Cina menjawat jawatan yang ekslusif tersebut namun mereka percaya Anwar dapat menjadi ' kuda tunggangan' mereka nanti..

Menariknya Roslan SMS turut menyalin kata kata Nik Abduh di blognya sebelum saya tiba di sana membaca isi artikel tulisan beliau... Mungkin inilah dikatakan bakat kewartawanan antara kami berdua hehehe ;)

Sekarang mari kita ke blog Penarek Beca yang selalu ' menaikkan kemarahan' penyokong fanatik PAS kerana pendedahan beraninya :

Abdullah telah mengarahkan Setiausaha Agung Umno menulis surat perletakan jawatannya pada malam keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Tetapi, dakwa sumber itu lagi, anaknya, Datuk Kamaluddin dan menantunya, Khairy Jamaluddin menentang hasratnya itu.

Setelah Datuk Seri Najib Tun Razak tiba dari Pekan (atau Kuantan, saya tak pasti), Abdullah mengadakan perbincangan empat mata dengan Najib dalam tempoh yang agak lama. Selepas itu, dia terus menjadi Perdana Menteri.

Bagi saya ; sumber ini memang benar. Kerana saya juga mendengarnya dari orang sangat dekat dengan PM.. Namun mungkin desakan dan juga permintaan ramai pihak menjadikan Pak Lah meneruskan lagi usaha membawa negara. Jika tidak tentu Pak Lah menjadi PM tersingkat di dalam sejarah mana mana PM di Malaysia. Apapun keterangan gosip di atas berkenaan tentangan dari anak beliau tidaklah saya tahu dan pasti pula.

Sekarang mari kita tinjau blog pro UMNO iaitu another brick in the wall tentang isu ini :


Macam ada tak kena PAS-PKR?

"... orang PAS bukan bodoh!", kata Dato Seri Haji Hadi bin Awang.


Begitulah antara perkataan yang terlafaz dari mulut Haji Hadi dalam temuramahnya dalam Harakah bertarikh Julai 8hb, 2008 baru-baru ini mengakui ada membuat perbincangan dengan pihak-pihak tertentu dari UMNO.

Masih teringat Haji Hadi menjawab soalan beberapa orang jurublog mengenai slogan Malaysian Malaysia DAP, Darul Islam dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat di Majlis Makan Malam Rakan Media pada Mei 13hb, 2008. Semasa itu mereka baru mengumumkan persepakatan Pakatan Rakyat. (Gambar di atas)

Katanya, itu semua hanya istilah dan perkara penting dalam pentadbiran adalah mengamalkan ketelusan, bersih dari rasuah, keberkesanan, dan lain-lain. Ramai yang biasa pergi mendengar ceramah PAS agak terperanjat dengan sikap keterbukaan baru PAS. Yang menyebut pun adalah orang yang sama mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO pada tahun 1986.

Dalam Pakatan Rakyat, umum mengetahui ideologi PAS dan DAP ada perbezaan fundamental dalam isu Islam. Jika dahulu, Semangat 46 yang menjadi gam antara mereka berdua, kini PKR, khususnya Anwar Ibrahim yang membolehkan mereka berkerjasama mengadakan persepakatan untuk pilihanraya umum baru-baru.

Tetapi mutakhir ini, pelbagai peristwia masakini menunjukkan ada yang semacam tidak kena antara PAS dan PKR. Belum lagi timbul kata-kata yang jelas antara mereka. Namun pelbagai peristiwa menunjukan sesuatu sedang menggelegak dan menunggu masa untuk meledak. - end -


Kita tunggulah nanti apakah Anwar akan lakukan di dalam menyelesaikan isu liwatnya dan juga PAS sendiri di dalam menghentikan kerjasama yang sudah 'lewat' dan 'terlambat' ini.

Moga perpaduan Islam di Malaysia akan kukuh dari hari ke hari nanti, Insya Allah !

3 ulasan:

  1. Batu Asas sudah kelihatan akan didirikan... Tapaknya yang msih belum kukuh itu, kukuhkanlah dahulu...

    Namun, setelah kukuh semuanya... Maka kebangkitan bangsa Melayu Islam di Tanah ini pasti akan menggegarkan seluruh dunia...

    BalasPadam
  2. bagilah peluang kita sama2 lihat,jangan meletakan 'KALAU' di depan....letakan ISLAM MENDAHLUINYA....Insyaallah selamat

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.