Pages

29 Julai 2008

Raksasa BN : Jangan peduli,jangan layan dan jangan ambil kisah desakan Karpal Singh


Blog : Raksasa BN

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)


RINTANGAN pertama, pertemuan antara Pas dengan Umno, ialah – suara Pengerusi Dap, Karpal Singh yang mahu Pakatan Rakyat – Gabungan antara PKR,Dap dan Pas, mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu.


Tentunya, ada sedikit kerisauan di dada Menteri Besar (MB) Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang dilihat, menjadi MB atas 'ihsan' Sultan Perak dengan persetujuan Dap – tetapi janganlah kerana 'kerisauan' itu, kepentingan Islam dan Melayu, secara keseluruhannya mahu dipinggirkan.


Umno, tidak perlu 'terkejut' dengan kenyataan Karpal kerana Karpal ini seorang 'manusia unik' yang tidak memerlukan sesiapa untuk menasihatkannya. Dia tidak nampak lain, kecuali kepentingan Dap yang telah meletakkan dirinya dan anak-anaknya di satu tempat yang cukup membahagiakannya.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentunya 'tidak akan tergamam' untuk meneruskan usaha-usaha pertemuan yang dinamakan sebagai muzakarah dan kemudiannya bertukar menjadi muqabalah, walaupun Karpal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula 'kedudukan Pas' dalam pakatan tersebut.


Umno dan Pas tentunya tahu, Karpal bukan Melayu dan bukan Islam. Jadi, kalau dia khuatir dengan pertemuan antara Umno dengan Pas, ia adalah perkara biasa. Yang luar biasanya, jika Karpal yang mencadangkan supaya Umno dan Pas mengadakan muzakarah.


Biarlah Karpal menentang. Biarlah Karpal curiga. Biarlah Kapal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu, yang pentingnya, aspirasi perjungan Umno dan Pas, bukan aspirasi Karpal. Kenapa Umno dan Pas nak pedulikan apa yang Karpal perkatakan.


Karpal mungkin tidak memerlukan sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam untuk memenangkannya dalam setiap kali pilihan raya. Begitu juga Abdul Hadi dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak memerlukan sebarang undi dari Karpal untuk menang pilihan raya. Maka, antara Hadi, Pak Lah dan Karpal – mereka berada di tempat yang berlainan dan kepentingan berbeza.


Karpal menganggap dia peguam yang cukup popular. Kadang-kadang, percakapannya seolah-olah orang lain tidak ada yang 'tahu undang-undang'. Jangan dilayan manusia seperti ini. Lagi pun dia bukan ramai, dia hanya seorang dua. Dia tidak boleh buat apa-apa kalau Pak Lah dan Hadi mahu terus berjumpa.


Pak Lah pula, tentunya beliau tahu yang beliau adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tanggungjawab Pak Lah bukan sahaja untuk membela orang-orang Melayu dan Islam di negara ini, tetapi juga kepada bangsa lain dan penganut agama lain. Maka, para pemimpin parti komponen BN yang lain tidak perlu 'risau' dengan tindakan Pak Lah – walaupun ia dilihat seperti 'perbincangan perkauman'.


Kebijaksanaan Pak Lah, tiada siapa boleh mempertikaikan. Jika Pak Lah melakukan pertemuan dengan Pas, Gerakan, MIC dan MCA tidak perlu risau. Tidak perlu dipertikaikan. Seperti kata Presiden MIC, Samy Vellu, dia akan menunggu penjelasan Pak Lah di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.


Dari kenyataan ini, ketika banyak pihak 'tidak puashati' dengan Samy Vellu, termasuk bekas anak-anak buahnya yang bertindak keluar parti – tetapi dalam isu muzakarah ini, jauh Samy Vellu menunjukkan kematangannya berpolitik. Samy Vellu tahu, calon-calon MIC yang bertanding, memerlukan sokongan semua kaum untuk menang.


Berbeza dengan Karpal, mungkin dalam kotak fikirannya, dia menang kerana pengundi mahu menolak BN – mengundi Dap. Maka, kita boleh menilai kenyataan Samy Vellu dengan kenyataan Karpal Singh. Samy Presiden MIC dan Karpal Presiden Dap. Walaupun kedua-duanya Presiden, tetapi kedua-duanya 'jauh berbeza' dalam melihat kepentingan politik di Malaysia.


Dap sebenarnya sebuah parti yang tidak boleh dihampiri. Kepentingan 'Malaysian Malaysianya' mengatasi kepentingan Melayu dan Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. Bagi Karpal Singh, Melayu dan Islam bukan 'urusannya' kerana itulah terlalu kecil orang Melayu dan Islam berada di Dalam Dap.


Jika ada pun, seorang dua, yang ibarat melukut di tepi gantang. Adanya mereka tidak menambah, tiadanya mereka tidak mengurang. Kita pernah dengar nama-nama seperti Abdul Muluk Daud, Ahmad Nor, Fadzlan Yahya, Ahmad Ton dan beberapa nama lagi, yang sukar untuk diingati. Ia bukan kerana Dap minat untuk meletakkan Melayu dan Islam di dalam parti itu, tetapi, sekadar 'menutup mata' dari disebut sebagai sebuah parti perkauman yang cukup tebal.


Apabila PKR menerima Dap sebagai 'sahabat' mereka, tidak ramai yang melihat Pas akan ikut sama. Antara Pas dengan Dap, ibarat langit dengan bumi. Namun, PKR adalah 'jambatan' yang menghubungkan Pas dengan Dap. Jika ditakdirkan PKR 'berkubur' – mustahil Pas dengan Dap akan bekerjasama, seperti mana mereka bekerjasama sekarang.


Dalam situasi politik sekarang, Dap perlu menunjukkan mereka 'boleh menerima Pas' kerana mereka tidak ada pilihan. Tetapi apabila mereka cuba menghalang 'usaha baik' yang hendak dibuat oleh pemimpin Pas dengan Umno, ia sesuatu yang boleh dianggap sebagai keterlaluan. Kalau kita tidak mampu berbuat kebaikan, kenapa harus kita tentang orang berbuat baik?


Jika Pas, mahu menghentikan pertemuan dengan Umno ini, bermakna Pas 'akur' dengan kehendak Karpal Singh sedangkan Pas sebenarnya masih ingat ayat yang pernah keluar dari mulut Karpal Singah 'langkah mayatnya dulu'…. apabila ada pihak menyebut mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. Noktah.

2 ulasan:

  1. Karpal tu mcm hantu. Ramai yg takut padahal belum pernah jumpa. Sebahagiannya takut sbb diorang rasa macam pernah jumpa. Ada juga yg takut sbb ada org cerita yg dia pernah jumpa. Tapi bagi ulama', ustaz-ustaz, tok bomoh, dukun, pawang dsbnya, diorang tak heran pun dgn hantu. Hantu yg takut kat diorang.

    Demang teringat kisah Karpal kena tempeleng oleh seorang kiai.

    BalasPadam
  2. hahahaha....

    Mujur dah tak ada perang...

    kalu tak dah lama kena 'pedang'

    Cuma kalu bagus Karpal masuk Islam ?

    apa macam ada, berani doa ka ?

    Pusing 360 darjah !!!!!

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.