Akhbar Online Malaysiakini melaporkan Anwar tidak mahu keganasan. Selepas dua insiden jurugambar dipukul semasa ceramah anjuran PKR ( baca : Pakatan Rakyat ) dan juga semasa penamaan calon yang dikatakan dipukul oleh juga ahli PKR.
Saya kesian juga kepada mereka yang bekerja sebagai jurugambar kerana menjadi mangsa keadaan dan ini mungkin akan dijawab oleh mereka juga bahawa ini kerja UMNO / Kerajaan ( MB Selangor ada beri komen sebegitu semalam )
Apa kata MB Selangor ? Kejadian tersebut meragukan.
Kata beliau "Saya kurang percaya kalau benar-benarlah mereka ini penyokong Keadilan dan Pakatan Rakyat sudah tentulah mereka tidak melakukan perkara yang tak sebaik ini," kata menteri besar Selangor, lapor Bernama.
Ye, jika terkena hidung mereka maka semua menjadi ragu. Bahkan mereka suka meragukan kewibawaan kerajaan dan perbuatan meragukan sesuatu kebenaran sudah sinonim dengan kerja PKR dan Pakatan Rakyat.
Kesian sesiapa jadi Menteri Kabinet kena berhadapan dengan mereka semua ni. Tiga penjuru serangan bertubi tubi atas nama Pakatan Rakyat mereka kena hadapi setiap hari.
Jika tak ganas sekalipun PKR memang sukakan keganasan. Berdemonstrasi dan melawan FRU, Polis yang terpaksa bekerja lebih masa demi menjaga keamanan negara. Kesian anak isteri mereka yang terpaksa ditinggalkan dan dalam kebimbangan kerana kerja suami dan ayah mereka yang berbahaya dan boleh terkorban nyawa.
Mungkin keganasan jenis mana perlu diteliti lebih panjang lagi, kerana Anwar ramai penasihat yang hebat hebat dan diimport dari luar negara....
Bahkan kempen Anwar diserikan dengan gambar gambar 'rakan baik' Anwar termasuk dari Amerika...klik gambar di bawah yang disalin dari blog Anwar Ibrahim sendiri di sini
Syabas Panglima;
BalasPadamteruskan usaha membongkar segala niat jahat golongan ini...InsyaAllah, kebenaran pasti menjelma!