Saya berborak borak dengan kawan blogger Jentayu Abaka ( di sini ) tiba tiba terlintas di hati dan saya suarakan kepada beliau, kenapa tidak Nalla bertanding melawan Anwar di Permatang Pauh.
Ini kerana selepas menubuhkan parti Parti Bersatu India Malaysia - MIUP - beliau masih lagi tidak membuat penampilan sulungnya di arena politik.
Spontan beliau memberi reaksi positif. Katanya lagi Nalla memang asal Pulau Pinang dan juga bekas teman rapat Anwar.
Bagi saya, Ezam masih terlalu awal dan percaturan politik lebih memberi kelebihan kepada Nalla yang mana rakan permainan tenis Anwar satu ketika dulu. Dengan kedudukannya sebagai pengasas dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) - berita sini - maka inilah detik sesuai Nalla mencuba jejak pertama di alam politik dengan mempamerkan kesetiaaannya menyokong BN meskipun parti MIUP beliau belum lagi dengan rasmi menjadi komponen BN memandangkan ada 'tangan ghaib' menghalangnya.
Ini tentu dapat melihat sejauh mana rakyat Malaysia bangsa India akan memberi sokongan samada kepada Anwar atau kepada Nalla.. Ini boleh memberi kelebihan kepada BN bagi mengimbangi sokongan India yang sangat marahkan Samy Vellu berhubung isu isu yang tidak memberi gambaran positif kepada kepimpinan beliau. Lebih lebih lagi isu Maika Holding yang masih lagi menjadi 'api dalam sekam' hingga beberapa kali dikhabarkan beliau dicemuah dan diboo oleh bangsa India sendiri ketika menghadiri majlis majlis bersama rakyat. Tentu rakyat India akan didedahkan dengan video klip Anwar yang dikatakan masih disimpan Nallakarupan dan menanti saat didedahkannya di hadapan rakyat piliharanya kecil Permatang Pauh nanti jika dipilih. Ini juga dapat meningkatkan lagi tahap kesungguhan BN memberi peluang bangsa India menjadi wakil bangsa mereka sendiri apatah lagi dengan kedudukan Datuk S Nalla yang sudah berjaya di dalam perniagaan dan juga kehidupan.
Dengan kebijaksanaan memanipulasi suasana oleh PKR, maka kemarahan tadi telah digunakan mereka bagi mengaut keuntungan politik dengan menarik sokongan bangsa India kepada PKR dan Pakatan Rakyat hingga mereka menjadi pembangkang yang kuat sekarang ini hasil usaha 'menangguk di air keroh tersebut'..
Apakah reaksi dan hasil percaturan BN meletakkan Datuk S. Nallakarupan akan dapat dilihat nanti dengan jangkaan awal penulis beliau akan dapat menggambarkan Anwar dengan jelas dan tepat sekali hingga ramai akan mudah menerima kenyataan beliau mengenai Anwar berdasarkan hubungannya yang rapat sebelum ini hingga sanggup dipenjara kerana isu Anwar.
S Nallakarupan sedar dan akhirnya tahu dia tidak akan dapat meneruskan lagi cita cita memperjuangkan nasib bangsanya jika terus bersama PKR. Kebencian Melayu terhadap usaha PKR meminggirkan hak hak Melayu yang termaktub di dalam undang undang akan menjadikan suasana politik akan punah dan perkauman menjadi isu menimbulkan pergaduhan di antara komuniti masyarakat..
Ia pasti membawa kepada keruntuhan kestabilan dan perpaduan yang selama ini telah dijaga dengan baik selepas 13 Mei 1969 oleh pemerintah dari parti berbagai bangsa agama bernama Barisan Nasional.
Apakah anda sama pendapat dengan saya ? Kita tunggu apakah hasil fikiran ini diteliti oleh pemimpin atasan yang saban waktu memikirkan kepentingan rakyat yang dibawah naungan pentadbirannya sebelum disoal Allah selepas meninggal dunia satu hari nanti.
Nalla tak sesuai. Kecuali selepas kehabisan calon.
BalasPadamTapi melawan anwar kena orang power juga.
Faktor Nalla jika diulang ulang tok percaya pengundi akan ingat bekas kawan anwar ini telah lari dari anwar.
Anwar tentu akan diamkan diri kerana 'video rahsia' ada di tangan nalla.
Mudahlah BN menang nanti.
tu pendapat tok lah.
salam cu
elok Nalla pecahkan undi dengan turut bertanding.....
BalasPadamBiar India akan sokong Nalla. Di samping UMNO turut letakkan calon.
Mcm mana kawan????