Wednesday, September 24, 2008
Selepas disiarkan kenyataannya dia kata dia tak keluarkan statement macam tu. Makanan anjing bukan dari mulutnya. Dia tukar perkataan lain dengan harapan orang akan marah kepada Utusan Malaysia yang ultra Melayu namun tidak menghina kaum Cina mahupun India yang bercakap benar...Tetapi selepas Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Teressa di akhbar Sin Chew sama dengan laporan di Utusan, bahkan rakaman video TV3 mengesahkannya juga, Teressa terpaksa angkat bendera putih.
Dia tahu sukar lagi baginya menipu selepas satu negara sudah nampak 'tahi' yang cuba dicalitnya kepada pihak tidak berkenaan.
Namun, sikap sombong @ bongkaknya tetap dipertahankan dan nampaknya tekanan demi tekanan beliau sudah hampir 'rebah' dengan permainan liarnya sendiri di dalam mencari sesuap 'undi' bagi pilihanraya umum akan datang. Katanya: beliau sanggup disaman Utusan Malaysia. Apatah lagi sudah kena ISA tentu tidak ada lagi masalah untuknya jika di saman oleh Utusan Malaysia. Penuh bongkak !
Saya percaya tentu Cina juga tidak suka bangsa mereka yang suka menipu dan merosakkan kedamaian seperti Teressa ini. Mereka tentu gemarkan bangsa mereka yang suka berkawan dengan Melayu, yang faham dan tidak mengacau agama dan syiar Islam . Sebagaimana kita juga seperti mereka sukakan perpaduan dan tidak sesekali ingin merosakkan kepercayaan mereka amalkan serta kebebasan beragama yang mereka rasai sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang...
Baca berita KEMENANGAN bloggers mendedahkan pembohongan " Teressa Kok " ini yang disiarkan Utusan Malaysia ada di bawah ini....
Teresa mengaku buat kenyataan bercanggah
|
|
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.
“Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.
Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.
Teresa mendakwa “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.
Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”
Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.
Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.
Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.
“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.
Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.
salam bro..aku ada hantar email kat kau tadi. pasal blog aku.byk sgt spam...
BalasPadamapa lagi UTUSAN..kasi saman ini ULARRR...kuat belit punya....jgn kasi chance...nt dia putarbelit lagi kononnya UTUSAN takut dia plak...
BalasPadamok gap.aku dah reply...don wori
BalasPadambro..aku dah reply..tq
BalasPadamYahoo! Cina bongkak ni at last dia mengaku jugak. Wey cina, anjing la ni makan KFC lah oi. Makan kari kepala ikan, acar, sambal ikan, sambal udang, lagi hebat dari kita. Awat aku tak tau, abang ipak aku bela anjing. kak aku selalu mai ambik lauk anjing. Jadi aku taulah.
BalasPadam