Pages

05 September 2008

Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad : saya tidak akan minta maaf ! - Malaysiakini

Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

ahmad ismail umno bukit benderaIni merupakan reaksi pertamanya sejak tercetusnya kontroversi itu minggu lalu, ekoran ceramahnya sewaktu pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang didakwa telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Beliau didakwa berkata orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Menurut Ahmad, beliau tidak berkata atau melakukan sebarang kesalahan, dan oleh itu, tiada sebab baginya untuk memohon maaf.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di bangunan Umno Pulau Pinang Sabtu ini berhubung isu tersebut.

Sidang akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat badan perhubungan Umno negeri yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil menafikan bahawa kenyataannya itu berbaur perkauman, Ahmad berkata, beliau berkawan dengan orang Cina dan India sejak kecil lagi.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak pernah dan tidak akan menjadi seorang yang bersifat perkauman.

Ahmad turut mengecam laporan media yang menuduh beliau mengelak daripada bertemu dengan wartawan dan jurugambar yang menunggunya di luar balai polis Seberang Perai Pusat di Bandar Baru Perda sejak dua hari lalu.

"Saya tidak minta mereka tunggu. Jadi mengapa mereka tuduh saya lari dari mereka?" soalnya.

Ahmad telah memberi kenyataan di balai polis negeri di Georgetown malam tadi, ekoran beberapa laporan yang telah dibuat terhadapnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara minimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Berita asal


--------------------------------------------------------------------

Jika beliau tidak mahu meminta maaf tentu ada sebab kukuh beliau berbuat demikian. Siasatan sudah dijalankan dan ada pihak akan menggunakan isu ini samada untuk keluar BN atau mengutuk BN atau menjatuhkan Pak Lah selaku PM...

Jika berani kerana benar menjadi pegangan, kita akan sokong Datuk Ahmad jika dia tidak ada buat kesalahan...

Namun jika ada tersalah cakap beliau juga kena berani mengaku salah dan meminta maaf...

Soalnya kesalahan MCA perlu dilihat juga berhubung isu isu berkaitan hak hak istimewa Melayu yang cuba disentuh. Baru adil dan saksama.

Begitu juga DAP yang menghina tulisan jawi perlu disiasat akta Hasutan juga kerana menimbulkan kebencian terhadap tulisan rasmi Islam dan memperlekehkan azan.

Siapa lebih utama dikenakan akta Hasutan sekarang ?

DAP atau Datuk Ahmad ?

2 ulasan:

  1. Salam,

    Kalau Datuk Ahmad mengatakan, orang Cina adalah pendatang atau keturunan pendatang, itu adalah betul dari segi fakta sejarah.

    Sebelum orang Cina datang ke negara ini, negeri-negeri Melayu seperti Melaka, Pahang, Terengganu dan Kedah sudah ada raja-raja Melayu dan kerajaan Melayu. Rakyat asal negara ini ialah orang Melayu saja (campur orang Asli(?).

    Orang Cina datang kemudian, pada mulanya untuk sementara dan untuk mencari rezeki saja.

    Sehingga tahun 1946, mereka tidak mendukung faham kebangsaan Malaya, dan tidak turut menentang Malayan Union.

    Ini fakta sejarah yang sepatutnya semua rakyat Malaysia sudah tahu.

    Sama ada Datuk Ahmad bersalah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukan.

    Tapi beliau memang tidak perlu meminta maaf, jika beliau merasa beliau tidak bersalah.

    BalasPadam
  2. Ya...saya setuju..

    Maksud sebenar kenyataan beliau perlu dilihat dengan tepat...

    Dan tanpa prejudis.

    Fakta tetap fakta.

    Cuma cara ia disensasikan perlu dikawal untuk menjaga keharmonian antara kaum.

    hakikatnya tiada pihak sama taraf hak hak mereka dengan melayu.

    Kerana kita ada keistimewaan Melayu...

    Artikel 153.

    terima kasih atas komen anda...

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.