Di bawah ini surat Anwar @ Pakatan Rakyat kepada Pak Lah mahu membuat pertemuan bagi membolehkan perubahan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat dibuat dengan sempurna( ikut dakwaannya ).
Di tengah orang sibuk peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najin, Anwar pula menyibuk. Dan menipu kita bahawa mereka sudah siap untuk menumbangkan BN dan surat sudah dihantar bagi membincangkannya...Sedangkan hakikatnya ialah TIPU DAN FITNAH semata mata...
Adakah semua ini kerana Anwar merasa dia lebih berhak memandangkan kedudukannya sebagai TPM 10 tahun dahulu ? Adakah 16 tahun dalam kerajaan tidak cukup lagi bagi 'pejuang Islam' satu ketika dulu ini hingga ramai masih yakin dia berjuang untuk Islam lagi hari ini ????
Moga dia akan sedar kuasa Allah lebih besar dan usaha jalan belakang tidak akan diberkati dan boleh musnah bila bila masa.
Ingat bahawa ramai orang kehilangan rumah terbakar kerana ada harta tidak halal, kemalangan hingga hancur kereta kerana duit tidak halal. Maka adakah jawatan TPM diperolehi secara tidak halal dulu - sehingga Tun Ghafar berundur kerana permainan politik Anwar - menghancurkan kuasanya sehingga dibuang begitu sahaja dari Kabinet oleh Tun Mahathir ???
Tun Ghafar ketika berundur tidak pun melatah dan diam sahaja tanpa tergila gila nak cari sokongan lagi untuk menaikkannya sebagai PM. Dia tidak kenal dan reti demonstrasi dan dia juga tidak pandai mengutuk orang atau menimbulkan huru hara seperti perbuatan Anwar sekarang ini...
Sikap pejuang sebenar seperti Allahyarham Tun Ghafar inilah yang sukar ditemui zaman ini. Yang ada hanya sikap gilakan kuasa ( baca : bukan saja Anwar tetapi ramai lagi yang sibuk berkempen cari jawatan lebih tinggi ) kerana matlamat mereka bukan saja jawatan tetapi dunia yang bakal diperolehi jika mendapat kuasa lebih besar dan jawatan lebih tinggi.
Sedangkan matlamat memperjuangkan dan mempertahan agama bangsa dan negara adalah matlamat utama perjuangan politik kita. Dan semestinya niat yang betul dan baik akan memberkati setiap langkah kita dalam mendaki tangga seterusnya...
Lihatlah sendiri surat di bawah dan fikirlah sendiri bagaimana penipuan Anwar hingga dijaja ke seluruh dunia.
Panglima,
BalasPadamAda lagu raya tak? macamana nak masukkan lagu dalam blog?
Nengokkan tandatangan para-para presiden kat surat tu, rasa sedih jugak apabila Presiden PAS di tempat ketiga, di belakang Presiden DAP.
eh! apa punye surat nihhh!
BalasPadamkata anwar surat peralihan kuasa?
kok jadi gini ya pak?
sandiwara kah?
ini macam surat meeting biasa saja.
jawapan Chegu ada ruang posting.sini tak leh letak skrip.tak dibenarkan.
BalasPadamEncik, aku tak boleh bacalah sebab surat tu dalam imej. Screen reader tak boleh baca. Apa isinya encik?
BalasPadamTekan surat nanti dia akan besarkan imej...
BalasPadamtq sedingin salju...