YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Pages
▼
21 Oktober 2008
Biarlah bukan Melayu benci Khairy, kerana dia mempertahankan Melayu
DATUK Mukhriz Tun Dr. Mahathir mungkin sedang tersenyum panjang sekarang kerana dari 70 bahagian (setakat rencana ini ditulis), dia sudah mendahului calon-calon lain dari segi pencalonan yang mengambarkan seolah-olah jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, adalah miliknya.
Begitu juga Razali Haji Ibrahim, yang bersaing dengan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, jelas mendapat pencalona yang mencukupi untuk mereka bertanding.
Mukhriz bukan sahaja mendapa sokongan dari orang-orang hebat dalam Umno, malahan, kehadiran bapanya, Dr. Mahathir dengan kenyataan-kenyataan yang menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedikit sebanyak, dapat membantu Mukhriz mendapatkan sokongan.
Lebih-lebih lagi, pencalonan dari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh, (yang ketua bahagiannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin) terhadap Mukhriz banyak membantu Mukhriz, sedangkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terpaksa bersendirian ketika ini kerana namanya dikaitkan dengan Pak Lah, yang mahu dijatuhkan.
Beberapa laman web pembangkang, termasuk Harakahdaily melaporkan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa turut ‘boo’ nama Khairy apabila dicadangkan untuk mendapat pencalonan, manakala Mkhriz seolah-olah ‘anak emas’ kepada pihak media, termasuk yang pro kerajaan – dengan mengambarkan dia sebagai seorang bakal Ketua Pemuda yang perlu disokong.
Terbaru, seorang perwakilan MCA dari Perak, Ting Tai Fong ketika berucap dalam mesyuarat agungnya mencadangkan supaya Khairy ditahan di bawah ISA kerana mempersoalkan nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.
Jika saya berapa di dalam kepimpinan Pemuda bahagian hari ini, saya sendiri akan bersama-sama Khairy dalam situasi begini. Pertama, perjuangan Khairy mempertahankan hak Melayu terpaksa berdepan dengan serangan bukan Melayu tetapi calon-calon lain, berdendang sayang kerana mereka boleh tidur sebantal dengan bangsa lain, tanpa mahu bersusah payah.
Kenapa masih ada kepimpinan Pemuda di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian mahu menafikan komitmen Khairy dalam soal mempertahankan hak bangsanya? Apakah Pemuda tidak nampak, bakat dan kebolehan Khairy dari segi ini? Kenapa, orang seperti Khairy yang menjadi sasaran MCA, turut menjadi sasaran orang-orang Melayu, khususnya Pergerakan Pemuda Umno?
Masalah Umno, ialah mahu menyekat kemaraan anak-anak muda yang kelihatan cerdik. Mereka sedaya upaya akan mencantasnya kerana bimbang kebijaksanaannya akan menyebabkan kedudukan mereka terjejas. Padahal, pendirian Khairy ini sepatutnya disokong ketika orang-orang Melayu sudah Nampak, Umno tidak mempunyai barisan pelapis yang mempunyai keberanian dan kecerdikkan.
Ting Tai Fong turut ‘mendoakan’ Khairy agar kalah teruk dalam pemilihan Umno akan datang. Mungkin bagi Ting Tai Fong, kehadiran Khairy akan menguntungkan orang-orang Melayu. Maka, lebih baik kalahkan orang yang memperjuangkan orang Melayu supaya bangsa lain tidak tergugat.
Jika ada Pemuda Umno yang berusaha untuk melihat Khairy tewas, pemikiran dan semangatnya sama dengan pemikiran dan semangat Ting Tai Fong. Malahan, orang-orang yang hendak bersaing dengan Khairy bagi merebut kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno mungkin mempunyai semangat seperti Ting Tai Fong, yang sama-sama mendoakan supaya Khairy kalah dalam pemilihan kali ini.
Jika Khairy kalah, Khairy mungkin tidak merasa apa-apa kerana, pendiriannya untuk bertanding tentulah dia sudah bersedia dari segi mentalnya, untuk menang atau kalah. Memang sudah menjadi adat, setiap pertandingan, akan ada yang menang dan ada yang kalah.
Yang ruginya, orang-orang Melayu yang tidak mempunyai seorang pemimpin yang ‘menjadi kebencian bangsa lain kerana memperjuangkan nasib orang-orang Melayu’. Apakah pemimpin-pemimpin Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian tidak terdorong untuk sama-sama menyokong dan melahirkan seorang pemimpin muda yang ‘berani dan gagah’ berdepan dengan sesiapa sahaja, khususnya bangsa asing yang semakin berani mencabar ketuanan Melayu?
Ada mata, lihatlah sendiri, bagaimana Khairy menjadikan sesuatu yang tidak ada apa-apa, akhirnya menjadi apa-apa. Antaranya, pasukan bolasepak Myteam. Walaupun sukan bolasepak bukan disukai semua orang, tetapi antara sukan yang murah dan paling popular di Malaysia ialah bolasepak. Kini, Myteam yang hanya berstatus kelab sudah boleh menjadi pencabar kepada pasukan negeri, malahan sudah pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Kebangsaan.
Jika kita ada otak, tentulah dapat kita fikirkan bahawa kemampuan orang muda ini, jika diterjemahkan dalam bidang-bidang lain, selain bolasepak seperti apa yang dia lakukan terhadap Myteam, akan beruntunglah orang-orang Melayu, khususnya yang muda-muda, jika Khairy mereka angkat menjadi pemimpin mereka.
Ketepikanlah sentimen ‘kebencian’ yang ada, hanya kerana terikut-ikut kebencian yang ditanam orang-orang tertentu terhadap Perdana Menteri, hingga mengaitkan nama Khairy kononnya kerana Khairy adalah menantu Perdana Menteri. Ketika Karpal Singh menjadi Pengerusi DAP, ada dua anaknya dapat bertanding dalam pilihan raya, ketika Lim Kit Siang berani meletakkan anak dan menantunya bertanding, kenapa ‘kebencian’ hanya ada pada orang-orang Melayu, tetapi tidak kepada bangsa asing?
Untungkah kita ‘mengenepikan’ Khairy hanya kerana kebencian yang tidak bersebab? Ketika MCA membenarkan Ong Ka Ting dan Ong Ka Chuan berada di dalam hirerki tertinggi MCA, kenapa kita mahu ‘membunuh’ Khairy hanya kerana kita terikut-ikut ‘kebencian’ yang melulu.
Saya sedia menerima kecaman dengan tulisan ini kerana saya tidak sanggup berdosa kepada bangsa saya sendiri, yang tiba-tiba buntu otaknya, sebu perutnya dan pekak telinganya daripada mendengar cerita sebenar sebaliknya dengan mudah menafikan kebenaran!
Oleh Zainal Yusof ( KPMU )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.