Saya membaca komen menghina YB ZUL KULIM oleh MSO MELAYU @ Sayuti Omar yang seolah olah mempertikaikan keikhlasan YB ZUL dengan kaitan pengguran petisyen oleh UMNO untuk Parlimen Kulim. Habuan RM 12 ribu sebulan diletakkan sebab kenapa ZUL KULIM tidak mahu meneruskan hubungan dengan PKR hingga sanggup mengkritik parti yang menjulangnya sehingga menjadi YB.
Yang pelik MSO tidak pula membangkitkan isu YB ZUL yang pernah saya baca berkata tidak menerima satu sen pun atas khidmatnya membela Anwar. Begitu juga YB ZUL tidak pula kecil hati meskipun tidak dipilih kembali menjadi peguam bela kes liwat terbaru Anwar. Dan YB ZUL sebelum ini memang ahli PAS ( tidak silap saya ) dan memang dia ahli PAS berbaju PKR yang mungkin memiliki kewargapartian dua parti iaitu PAS dan PKR.
Sikap tidak konsisten MSO membelasah UMNO dan tidak membela YB ZUL yang mempertahankan ISlam melalui NGO yang dipimpinnya, melambangkan sikap 'tidak jelas' MSO tersebut yang bagi saya nampak ISLAMIK tetapi masih lagi BUTA HATI walaupun sudah dicuci perutnya dengan air zam zam umrah di Mekah baru baru ini...
Sewajarnya jika tiada penulis lain menulis membela YB ZUL beliau patut menggunakan apa yang ada padanya dari segi pengaruh dan blog yang hebat, untuk menggesa dibela YB ZUL...Bukannya terbalik 360 darjah dengan menggenakan beliau kembali dengan plot plot gosip yang hanya layak untuk majalah artis hiburan, tidak untuk blog yang menjadi wadah rakyat menimba maklumat dan kesedaran secara berterusan di alam maya maha luas ini...
Moga kesilapan begini tidak akan berulang lagi dan tentunya saya ingin melihat tulisan MSO jelas mengkritik dengan berhikmah mana mana pihak yang salah samada dari PAS UMNO PKR mahupun DAP...
Dan yakinlah dengan nama Ar Razzaq yang boleh memberikan kurniaan tanpa disangka oleh manusia dan dari jalan dan arah yang sangat berbeza dari apa yang tergambar di fikiran kita yang gelap hati dan tiada pacaindera istimewa bernama basirah ini... Komen saya seperti di bawah :
saya tahu menganalisa dengan hati yang buta tidak sama dengan hati yang terbuka dan terang.
saya dapat menerima kekurangan tetapi membuat prasangka dan mengharapkan rakyat berperasaan seperti tuan hamba, adalah sangat tidak kena.
sepatutnya YB ZUL tidak dispekulasikan sebegitu rupa walaupun ia tentu sekali menjadi liabiliti kepada PR yang semakin kabur dan tenggelam hari ke hari.
Apa kata permainan politik ini jangan diletakkan asas prasangka tetapi biarlah berfakta ?
Selagi tidak keluar dari mulutnya maka eloklah dibiarkan sahaja perbuatannya dan kita serahkan nawaitunya kepada Allah Taala.
Saya juga boleh berprasangka bahawa anda menulis demi mendapat sesuap emas atau perak tidak ubah seperti penembak upahan bagi sesiapa sahaja asalkan di'keras'kan oleh wang ?
Di manakah pendirian saudara tentang Bar Council yang jelas cuba menyentuh Islam dan didiamkan sahaja oleh Anwar ?
Kenapa sukar sekali saya menemui tulisan saudara utk tajuk seperti itu ?
Sayang...saudara hanya suka mengikut rasa saudara yang sudah berat neraca timbangannya ke arah Anwar...
apatah lagi mungkin jualan buku saudara tidak sehebat yang disangka ?
Allah Maha Pemberi Rezeki dan saya tahu tuan hamba tidak tergolong dalam fuqara atau miskin.
Marilah kita membebaskan diri dan membiarkan fakta tepat menjadi asas penulisan kita semua Insya Allah selepas ini.
Salam..
bila hati dah diselaput setan prasangka dan prajudis lagu tu lah panglima. dia tu orang kampong dan baik dengan otai... tapi lihatlah yb tu macam orang dah nak jadi baik... dah kembali... allah dah bagi hidayah...salah ke?
BalasPadammacam kita ke mekah? tak kan kita pura2 bertaubat kot!
yb zul berani komen hipokrasi majlis peguam tentang forum tu... dan terkini lihatlah apa komen mereka kepada Tun Salleh Abas yang dulu mereka pejuang konon... bagilah orang tua tu nak kerja... boleh guna budi bicara... dah nak regit pulak...
marilah blog otai juga
ramlyotai.blogspot.com
aberamly.wordpress.com
tq otai..kita geng ok ?
BalasPadamaku cadang kita pergi letak artikel2 pasal anwar dan amerika di blog diorang..
BalasPadamkesian sebab diorang tak sedar dengan fakta2 hebat dari blog anwardotcom.
apa kata geng ? jom sekarang !
Failure
BalasPadam>> http://teampemudaumno.blogspot.com
ok chegu...sy setuju deklarasi tu!
BalasPadambagus komen tak ditapis..mudah sikit hehe.
BalasPadammmmmm....saya tak ada idea lg.
may be next time sy komen lagi.
first time cni.
chow dulu
YB Zul adalah orang yang susah kita nak cari.
BalasPadamSalam Blogger,
BalasPadamTERIMA KASIH sangat kerana sudi melawat dan memberi komen di blog saya.
SEMOGA perhubungan ini terus terjalin dalam ruang maya ini.
Salam ziarah dan terima kasih.
Ikhlas,
Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
sama sama...
BalasPadammari kita berkawan sama agama dan bangsa..
dan antara bangsa yg tdk anti agama kita.
atau bangsa kita.
Ya, itu adalah sangat bagus encik.
BalasPadamKadang-kadang tu, Pemimpin melayu kita hanya pandai berkata manis sahaja, tetapi dalam tindakan sangat mendukacitakan. Mungkin
BalasPadamagaknya Datuk Ustaz Nik Aziz meraskan satu tindakan yang betul membenarkan Syarikat pembalakan mengondolkan Tanah Rezab dinegeri Kelantan. Tetapi kepada majoriti melayu lain ini merupakan satu kesalahan yang sangat besar.
Begitu juga dengan kelulusan beratus-ratus ekar tanah di Selangor diluluskan untuk menternak Babi. Apakah betul pada perkiraan MB Selangor? Kepada saya dan sebahagian besar umat melayu di Malaysia, ia adalah satu kesalahan, lebih-lebih lagi penternakan Babi itu dipersekitaran Perkampongan Melayu.
Bercakap dan berpidato memang mereka pandai dan boleh masuk lalat kemulut kita yang ternganga luas mendengarnya. Tapi dalam tindakan sungguh keparat sekali.