Pages

10 Oktober 2008

Lagu : Pemergian ( sempena pengunduran Pak Lah 6 bulan lagi )

http://kelantankini.com/blog/wp-content/uploads/2008/04/pak-lah.jpg

Pemergian

Artist: Jay Jay

Tiada lagi gemersik
Suara sibuluh perindu
Tiada lagi pujukan
Untuk seorang perindu

Tiada kata-kata
Dan sanjungan bagai dulu
Segala keagungan
Kini sejarah yang pilu

Semenjak kau pergi
Meninggalkan ruang kesepian
Kekosongan ini
Bagai malam gelap berpanjangan

Satu demi satu
Yang berlalu tidak sepertimu
Suatu hari
Pasti dikau kan kujejaki

Kehadiranmu dulu
Bulan menyinari alam
Pemergian dikau sayang
Bagiku satu kehilangan






6 ulasan:

  1. salam panglima...
    jjiwa nyo demo ni...
    biar la poklah gi...banyak rakyat nak dia pergi....kalau boleh bawak anak menantu dia sekali pergi...

    demo ni kuat bodek paklah-khairi nyo...demo ore pekida ko???
    demo jangan la bagi sokongan yang membawa rebah....
    hebat sangat kah paklah dimata demo berbanding dengan tun mahathir hok demo dok keji tu...

    apa jasa paklah untuk perjuangan Pattani,MORO di filipina,palestin dll yang seluruh dunia mengakui yang tun mahathir adalah juaranya.

    apakah mentaliti dan daya fikir paklah menyumbang kepada kebangkitan dan daya saing bangsa melayu berbanding tun mahathir???

    pakloh bagi kawe hanya layak jadi tok ngulu di kampung atau tok batin rumah panjang saja.dia biasa saja...cakap pun banyak merapu dan batuk batuk sokmo.

    kalau paklah pergi slalu lagi molek...bagi org lain pulak...

    ko gua gu....

    BalasPadam
  2. Wokyoh bela orang dia suka, tak apalah..

    Baca lah apa jasa Pak Lah hok demo kata tu layak jadi tok ngulu atau tok batin...

    Rasa tok batin tak reti utk buat program kawe nak demo baca bawah ni..ingat moleh hok pok loh buat bawah ni ..bukan hok mahathir.


    " Hishammuddin berkata kini 3,703 buah sekolah menawarkan program j-QAF manakala guru yang terbabit ialah 10,985 orang dan murid yang mendapat manfaat daripadanya kini mencecah 644,419 orang. Katanya kementerian akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM222.4 juta bagi menambah, mengganti, mengubah dan menaik taraf kelas berkaitan j-QAF. Selain itu, katanya kementerian merancang untuk mengadakan makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan selesa. “Makmal j-QAF akan dilengkapi dengan alat pandang dengar serta bahan bantu mengajar yang akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan yang paling penting berkesan dan menyeronokkan,” katanya. Katanya pendedahan awal terhadap pengetahuan al-Quran dan Fardu Ain yang selari dengan pendekatan Islam Hadhari akan membolehkan kerajaan melahirkan generasi yang seimbang peribadi dan akhlaknya dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Pada majlis itu seramai 2,560 pelajar khatam al-Quran berbanding seramai 1,800 pelajar pada tahun lalu. — BERNAMA

    http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286824

    Nak tahu lagi ? Islam hadhari pun tak ada orang lawan lagi. Nak buat ada saja orang kacau macam manusia nama mahathir tu. PAS takut dgn imej alim Pak Lah. Sbb tu habis gambar super impose.

    Sayangnya orang umno pun termakan juga... gambar ejah sikit pening palo doh...dok salah pak lah.

    wokyoh kena nasihat mahathir tu...

    Kalu orang lain nak mati banyak buat ibadat.Bukan lobi untuk politik anak jate dia..

    Biar tiru Pak Lah. Tak ada serang mahathir pun. Walaupun tahu anak menantu dia lawan dgn anak tun mahathir.

    kalu jenis hati hitam memang dia akan balas dendam bagi kalahkan anak mahathir.dengan kuasa jadi PM macam macam boleh kenakan Mahathir.

    tapi anak orang baik ni tak buat gitu...

    gilo benar demo kata Pak lah layak jadi ketua rumah panjang jah.

    Kawe pun tak sanggup nak kutuk gitu mo sekali ko hero demo.

    Demo jangan buang masa lah. Sebab kawe nak tulis gapo pun pendapat kawe...

    Cuma kawe reti bahasa juga tak nak gelar orang hingga perlekeh gitu mo gamok ko setaro tu.

    ( maaf loghat kelate pekat ini hanya boleh difahami dengan bantuan kawan kawan kelate anda sahaja )

    Salam dan HIDUP PAK LAH !!!!!!!!!

    - akan datang artikel jasa jasa pak lah selama ini...

    BalasPadam
  3. Hadhari adalah ajaran sesat macam ayah pin juga ...nak disanjung. Hoi lu punya nenek pun pun tak hadhari ..... nanti kena masuk nerakalah (sebab tak ikut ajaran sesat pok loh)

    !@#$%^&*(Nak tahu lagi ? Islam hadhari pun tak ada orang lawan lagi. Nak buat ada saja orang kacau macam manusia nama mahathir tu. PAS takut dgn imej alim Pak Lah. Sbb tu habis gambar super impose.
    )

    BalasPadam
  4. salam,

    mmg betul pak lah ada menyumbang dlm pembangunan islam..tapi jasa mahathir lagi byk pd islam...dia bawa malaysia ni sbagai negara islam yg berjaya di mata dunia ye...ko jgn lupa tu..ada lagi..penubuhan UIA pun atas idea mahathir gak...dan mcm2 lagi..aku rasa ko blh carik sendiri...mcm biasa mahathir ni x suka bising bgtau satu m'sia n satu duni apa dia buat utk islam..tapi hasilnya nampak.

    ko kata "wokyoh kena nasihat mahathir tu...

    Kalu orang lain nak mati banyak buat ibadat.Bukan lobi untuk politik anak jate dia..

    Biar tiru Pak Lah. Tak ada serang mahathir pun. Walaupun tahu anak menantu dia lawan dgn anak tun mahathir."

    org yg baik bukannya nak menunjuk2 apa amalan yg dia buat. dia gi umrah n haji byk kali pun tak bising2...kengkawan sekuliah aku yg international semua kenal mahathir n kata m'sia adalah negara islam yg sgt bagus....pak lah..sape ek??

    ello..mahathir serang pak lah pon ada sebabnya..sbb dia tak pandai memerintah..abes projek dibatalnya..smpai ada satu projek m'sia kena bayar ganti rugi kt engineer jepun pasal cancel jambatan bengkok...jual pasir lagi..kerajaan 3 branak dia lah..batal projek ketapi yg sbbkan cost nya dah naik berganda2 skrg...

    kalua ko kata mahathir bawak buat ibadat dr promote anak..baik ko kata mcm tu kat pak lah..

    baik lah pak lah buat ibadat byk2 drp jadikan keri anak hantu dia jadik timbalan pemuda tanpa bertanding..sebelum ada pak lah..sapa si keri ni? tak pernah kenal pon..

    sbb ada pak lah juga lah adalah ECM libra n scomi...

    kasik kembong perut ecm libra n scomi lah....wah2....

    aku nak tergolek2 gelak bila ko kata pak lah tak serang mahathir..aku rasa otak ko dah skru longgar kot....

    yg ganti rugi pada tun saleh tu apa ke hei nye..kan dah diketahui tun saleh tu dibuang sbb dia tak dtg bela diri utk tunjuk sbb kurang ajar dgn sultan.marah sultan sbb bising dr istana yg tgh buat construction..

    sbb time tu berlaku kat zaman mahathir jadik pak lah dgn penuh gembiranya baya ntah bape juta ganti rugi..nak serang mahathir lah apa lagi..n byk lagi..penat lah aku nak tulih...

    dan harus aku tekan kan..mmg mahathir pun bukan perfect n apa pun aku akui lah sumbangan pak lah tu..tapi realitinya lebih byk kerosakkan dr kebaikan yg pak lah lakukan.sudah2 lah tu. berkatalah yg benar walaupun ianya pahit

    BalasPadam
  5. salam panglima...

    kawe tokse baloh dengan demo...
    kawe pun selalu masuk blog demo...
    cuma kawe komen...demo jange la dok angkat paklah-khairi lebih lebih..
    kawe pun ore umno jugak...

    paklah meme tak layak jadi PM gu...
    dio nak kecek kat ramai pun kalu takdok teks salah haboh gu...batuk-batuk...dia meme baik tapi dia tak boleh buat keputusan sendiri dan kenyataan dia berubah-ubah...flip..lepas tu flop....

    kawe pun bukan suka atau taksub sangat kepada tun mahathir...kalu demo baca komen kawe dalam blog chedet.com demo tau la...hok mana betul tu kita sokong la..hok mana tak betul kita komen..banyak komen kawe sejak akhir akhir ni dia tak siar...kawe tak suka dia komen dari luar umno.

    tapi minta maaf la gu...paklah bukan tandingan tun mahathir...itu saja.
    kalu demo fikir tun nak naikkan anak dia lo ni demo silap...kalu tun nak ..dari dulu lagi dia dah buat...bagi kawe khairi akan menang sebab dia lebih culas dari mukhriz.lagipun orang orang kuat mace demo ni lah yang banyak bantu khairi...

    sama sama lah pilih khairi sebagai ketua pemuda untuk melingkupkan bangsa dan jual malaysia kepada singapura.

    BalasPadam
  6. Terima kasih Wokyoh....

    Kawe rasa suka sebab banyak respon kawe terima.

    Cuma jika kita sokong seseorang kita kena sokong sepenuh hatilah.

    Baguslah jika demo pertahan orang demo sokong.

    Kawe mungkin berubah juga. Mana tahu?

    Cuma setakat mana info kawe itulah yg akan tentukan pendirian kawe.

    Cukuplah kita bicara ttg orang dah nak pergi mcm Pak Lah...

    Mari kita lawan orang mcm pembangkang lah pula...

    Lagi bagus. Cuma jika orang Umno pun berbalah, tentu susah nak lawan orang tentang kita.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.