Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Oktober 2008

PAS kecewa dengan MB Selangor terburu buru gantung tugas Timbalan Yang dipertua MPAJ

Exco Selangor kecewa pegawai MPAJ digantung tugas

SHAH ALAM 30 Sept. - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad terkejut dengan tindakan kerajaan campuran negeri menggantung tugas Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain berhubung isu merobohkan Kuil Sri Maha Kaliamman terletak di Kampung Tasek Tambahan baru-baru ini.

Beliau berkata, perkara tersebut sepatutnya dibincang terlebih dahulu di kalangan semua Exco sebelum membuat sebarang keputusan dan bukan dilakukan oleh individu-individu tertentu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka itu berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada sebarang mesyuarat atau perbincangan melibatkan semua Exco diadakan berhubung tindakan tersebut.

"Saya amat terkejut bila mengetahui Abdul Hamid digantung tugas berhubung isu kuil Hindu yang dirobohkan di Ampang.

"Setahu saya, tiada mesyuarat atau perbincangan di kalangan Exco diadakan bagi memutuskan tindakan disiplin ke atas Abdul Hamid," katanya dalam kenyataan akhbar yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan bahawa Abdul Hamid digantung tugas selama seminggu bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung kejadian merobohkan kuil Hindu oleh MPAJ, dua minggu lalu.

Menurut Ronnie, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Selangor yang dianggotai oleh tiga Exco, iaitu Teresa Kok, Dr. A. Xavier Jayakumar dan beliau sendiri telah pun memulakan siasatan mengenai kes itu.

Abdul Samad memberitahu, walaupun isu berkenaan amat sensitif, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjadikan pegawainya yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab sebagai mangsa.

Katanya, penggantungan Abdul Hamid hanya akan menyebabkan para pegawai kerajaan negeri berada dalam keadaan serba salah dan sukar untuk menjalankan tugas seharian.

"Sekiranya mereka berdepan dengan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang pada masa depan, adakah mereka perlu menutup sebelah mata kerana tidak mahu tindakan mereka dianggap tidak sealiran dengan politik semasa?" ujarnya.

Beliau khuatir tindakan disiplin itu akan menjatuhkan moral pegawai-pegawai kerajaan negeri yang sentiasa berusaha untuk mencapai objektif organisasi.

Iskandar berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin kerana beliau menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak yang menyuarakan kemarahan serta kekecewaan berhubung isu tersebut.

4 ulasan:

Tai berkata...

Dulu, mereka kata Umno tak betoi. la ni? Siapa yang lebih tak betoi?

Al-Yasar berkata...

Salam,

Bagus juga pemimpin PAS berani bersuara, dan tidak membiarkan saja apa yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin yang lain.

Panglima Perang Cyber berkata...

Lagu politik memang senang berubah lirik hehehe...

Bersuara tanpa ada reaksi tidak guna juga..

Ibarat menyalak tidak dapat menggigit.

Tentu tak ada yang takut.

kesian, sama sahaja 'menyalak atau tidak' kehebatan Islam sudah jauh dari mereka.

Mari kita insaf dan bertaubat.....

sumandak bayu berkata...

DORANG LABI tak Btoi....itu yang pasti dia..... Bagus gak tindakan dorang ni bukan ape kan penyokong kuat PKR di negeri ini dari golongan mana...

Jadi sape-sape yang bertindak mahupun menganggu golongan tersebut confirm kena 'gantung keja'....

Nilah nasib membel PKR kalo depa pilih BN ndak ba jadi macam ni.....Skang sape nak bagi anak bini makan bila dah kena gantung keja......

Cari Blog Ini

Translate