Pages

11 November 2008

Apa dah jadi dengan kerajaan Perak, hingga polis desak tutup pusat maksiat ?

Patut la Nizar kata susah nak tutup pusat maksiat di Perak. Mungkin ini kerana kaitannya dengan tekanan kawan kawan dari DAP atau PKR yang heboh buat fatawai baru seks boleh jadi sedekah ?

Sebenarnya dah ada TempurPerak tanya dlm tulisan dia pada 23 April lepas ( kira kira dua bulan lepas menang di Perak ) namun berita terkini dari Malaysiakini hari ini perihal gesaan polis kerajaan Perak agar tutup pusat maksiat ( kira2 8 bulan selepas PRU )dah jelask kita nampak apa yang dah dibuat kerajaan Perak berkenaan isu tersebut.

Takkan geng Pakatan Rakyat termasuk lebai2 yg pakai ketayap tak nampak ?

Jika benar benar banteras rasanya dah hilang habis semua tempat tak elok tu. At least tutup jer yang haram dan tak berlesen.

Tempur Perak tulis macam ni :



PERTANYAAN BUAT MENTERI BESAR PERAK : AHLI PAS

1. DAHULU ORANG PAS KATA UMNO YANG MENYEBABKAN BANYAK PUSAT DISCO DAN PENJUALAN ARAK BERLELUASA DI KG KOH, SITIAWAN, SRI MANJUNG DAN SITIWAN.SEKARANG DAH HAMPIR 2 BULAN MEMERINTAH MENGAPA TIDAK TARIK LAGI LESEN PUSAT DISCO?

2. BAGAIMANA PULA DENGAN KEDAI SAMSU HARAM DI KAWASAN DUN PASIR PANJANG?

3. PUSAT KARAOKE YANG BERTABURAN DI BANDAR BARU MANJUNG RAYA DAN SITIAWAN?

4. PENTERNAKAN BABI DI KG KOH DAN KG SITIAWAN.

5. REMAJA BERPELESERAN DAN MELAKUKAN MAKSIAT DI SEPANJANG PANTAI LUMUT DAN SEKITAR HOTEL MURAHAN DI SITIAWAN.

WAHAI MB PERAK DAN SETIAUSAHA POLITIK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN (CIKGU MISBAHUL MUNIR), ORANG LAIN BOLEH KAMU BOHONG, TAPI ALLAH JANGAN KAMU NAK BOHONG.SEKARANG BUAT LAH.PENDUDUK ISLAM SITIAWAN DAN DI BAWAH DUN PASIR PANJANG MENUNGGU KUASA YANG ADA PADA KAMU WAHAI DATO SERI NIZAR.

blog dia korang klik lah sini


Lagi satu ada kawan aku nama PerakBangkit turut tanya apa kerajaan pakatan rakyat bikin. Pusat maksiat banyak tajaan kafirin tapi peliknya ramai budak dangadis melayu yang dok lepak.

Klik nama PerakBangkit di atas tengok gambar gambar dan komen pedas berapi beliau. Aku nak copy pun tak tergamak gambar botol arak tu...Hang pa tengok la sendiri kat sana.

Komen MB Perak pulak lagi lucu sebab dah macam komen orang UMNO yang mereka kutuk kaw kaw dulu. Rasanya sampai sekarang pun dok kutu jugak.

Baca dan sedialah untuk menekan perut gelak ramai ramai ... Dapat terguling guling lagi bagus. Ni baru betul kata orang tua : ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri hahahaha

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Memang betul dulu dok ceramah rata riti sana sini memang sedap cakap. Tapi bila dah jadi MB baru tahu.

Kalau jadi PM macam mana pulak ? lagi haru biru nak tadbir negara. kecuali diorang guna taktik kotor ugut dan penjara suka hati senanglah kerja. Tapi last sekali rakyat juga akan benci.

Tengok la DAP dah start nak bankrapkan Utusan Malaysia. Saman puluh2 juta. Tu perangai sebelum dapat kuasa. Lepas ni jika kita pilih dan sokong lagi apa nak kata ?

Kenyataan Nizar itu jika korang tak percaya sila klik berita asal yang disiarkan di sini

Aku tengok blogger Alhussyen51 orang kuat PAS Perak pun tak ada komen pasal ni.... malu kot hahahaha

Dia pandai tutup berita tu dan siar berita muluk2 manis2 sedap2 jer...Macam artikel terbaru dia tentang langkah berjimat cermat kerajaan Perak berjaya.

Biasalah ...mana orang PAS berani kritik orang sendiri.. Tapi aku tabik la dengan Roslan SMS yang sentuh isu ni...dia pun sentuh takat bab GRO tu jer. Sentuh jer tak berani kata apa apa.

Nak kritik memang jauh panggang la dari api.

Tu lah orang PAS dan aku rasa susah nak kata apa jika orang kuat mereka pun diam juga pasal orang mereka sendiri dalam bab2 maksiat ni...

Tak dosa ker diam diri tu ? Korang tanyalah pak lebai mereka.....

Mujur bukan Tajol Rosli jadi MB, jika tak sudah lama kena hentam sampai ke dinding. Sebab apa ?

Kerana dia dari parti lawan mereka, itu saja !!!

8 ulasan:

  1. Baru 8 bulan, ada juga tak sudah2 latahnya. Kasihan sungguh. Nak hapuskan benda-benda yang haram yang terbina dengan restu UMNO selama LIMA PULUH TAHUN dalam masa katakan le LIMA tahun, memang le payah. Cuba bagi LIMA PULUH TAHUN juga, tengok, boleh ke agaknya dihapuskan.
    50 tahun = 18 250 hari
    8 bulan = 240 hari
    18250 hari = 438 000 jam
    240 hari = 5 760 jam
    Sekiranya seseorang nak banding kerja dengan berpandukan tempoh masa di atas, nampak sangatlah (maafkan bahasa saya)kurang cerdiknya.
    Berfikirlah dengan kewarasan dan kematangan.
    -Guru Matematik-

    BalasPadam
  2. Agaknya si panglima yang seorang ni rasa dia hidup zaman purba ke? Perak ni negeri berdaulat ada undang-undangnya. Lesen arak, judi dan segala yang haram tu, kerajaan pusat pimpinan UMNO yang bagi. Kerajaan negeri hanya berkuasa atas lesen permis. Perlahan-lahanle kalau nak dihapuskan atau dikurangkan. Kelantan yang kafirnya, tak seberapa ramai pun, makan masa bertahun. Inikan pula di Perak, yang kafirnya separuh. Biorle ada kebijaksanaan bila nak berkata-kata. Tidakle dikatakan merapu-rapu. Bila orang kata kita, kita marah sedangkan kita sendiri yang bagi laluan untuk dikata. Elak-elakkan le.

    BalasPadam
  3. Tak komen ke part Nizar kata tu macam orang Umno kata ?

    pointnya ialah jika benar2 nak buang judi arak, buat je jangan tunggu apa apa lagi.

    dah nyata polis pun suruh tutup nak komen apa lagi.

    Tq dtg bg komen.

    Nampak dah ada pemerhati selalu datang.

    BalasPadam
  4. Inilah bala dari tuhan yang telah ditimpakan ke atas Pas. Dulu, dia kutuk, hina dan caci-maki orang. api nah sekarang? Jilatlah balik apa yang dia perkatakan dulu.

    BalasPadam
  5. Baru 8 bulan, ada juga tak sudah2 latahnya. Kasihan sungguh. Nak hapuskan benda-benda yang haram yang terbina dengan restu UMNO selama LIMA PULUH TAHUN dalam masa katakan le LIMA tahun, memang le payah. Cuba bagi LIMA PULUH TAHUN juga, tengok, boleh ke agaknya dihapuskan.
    50 tahun = 18 250 hari
    8 bulan = 240 hari
    18250 hari = 438 000 jam
    240 hari = 5 760 jam
    Sekiranya seseorang nak banding kerja dengan berpandukan tempoh masa di atas, nampak sangatlah (maafkan bahasa saya)kurang cerdiknya.
    Berfikirlah dengan kewarasan dan kematangan.
    -Guru Matematik-

    ---------------------------------

    guru metematik bodoh tahap cipan.Orang bincang ape yg Nizar cakap dan ape yg die telah akui tentang pusat2 hiburan judi dan arak bukan pasal nak tutup benda2 ni yg tak akn mampu ditutup selagi seluruh rakyat negeri perak ni belum islam.

    BalasPadam
  6. Yob'bute', udahle tu. Udahle bodoh, sombong pula tu. Cerodik buah pel**r. Di kelantan, ada juga kapiornya. Selepas beberapa lama dijelaskan secara terbuka, tutup semua kedai judi. Kedai arak dikurangkan. Minum secara terbuka dilarang. Nak minum, kena beli di kedai yang tak seberapa ni, lepas tu minum le di rumah atau di kelab. Udah tahu di Perak ni ramai kapior, makan masa lebih le dari kelantan. Kalau mike kata mustahil, maka mike tak yakin dengan Allah Taala. Yang pentingnya mike nak berserta dalam usaha berdakwah kepada orang kapior ke tak ndak. Kalau mike tak ndak buat keroje tu, janganla kata orang lain tak boleh buat. Teman tak tahu le, kot2 mike sanggup mengumpul dosa bebanyak tapi teman idak le sanggup. Bior le teman usahakan, masalah berjaya atau tidak, itu urusan Allah Taala. Rasulullah kata bila kita nampak maksiat wajib tegur. Memola dengan mulut, lepas tu dengan tangan dan akhirnya baru dengan hati. Ceritanya kena ikut peringkat, bukan boleh main ikut suka-suka je terus ke hati. Mike paham ke maksud kapior? Antara maknanya ingkar atau mudah kata tak ndak. Kalau Rasulullah dah perintah dan mike ingkar/tak ndak, apa hukumnya? Bukan teman mereka hukum wei, tapi tanyale guru2 pondok yang tak ada apa kepentingan di dunia ni.

    BalasPadam
  7. soalnya kenapa tak minta maaf selama ni dok kutuk umno yg jaga 13 negeri seluruh malaysia hampir 26 juta ?

    susah sgt nak mengaku salah kutuk umno ?

    tu lah bodoh sombong org kata. tak mengaku kelemahan diri.

    nampak org lain jer lemah dan tak kuat..

    BalasPadam
  8. Itulah, mengutuk memang senang. Bila terkena batang hidung, barulah padan muka.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.