Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.
Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.
"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.
Apa maksud MCA ini ? inginkan bangsa mereka jadi Tuan dan menidakkan fakta Melayu tuan dalam perlembagaan Malaysia?
Amerika tidak sama dengan Malaysia kerana mereka negara yang telah berjaya mengenepikan peribuminya sendiri. Hingga bangsa lain menjadi tuan di sana. Termasuk Obama sendiri.
Tetapi di negara kita hak bangsa Melayu yang ditakrifkan Beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan beradat istiadat Melayu dalam perlembagaan, tidak boleh disentuh sama sekali meskipun melalui kiasan seperti kata Ong di atas.
Akhir saya temui berita bajet tambahan tersebut di Suara Keadilan klik sini
( peringatan : hati hati membaca berita dari laman ini kerana Suara Keadilah pernah menyiarkan laporan palsu berkaitan kesihatan Ketua Polis Negara tempoh hari klik sini)
oleh Syukree Hussain PARLIMEN, 5 November (SK) - Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan 700 juta untuk menyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Menteri Kewangan Najib Razak semalam dibatalkan. Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan. [Berita dan komen pimpinan PR akan disiarkan esok] Najib langgar peraturan, perbahasan bajet ditangguhkah Cuma mana satu yang benar? 7 bilion atau 700 juta ? jauh bezanya antara 7 bilion dengan 0.7 bilion. Perbezaan 10 kali ganda. Selepas membaca komen di ruang blog pinkturtle barulah saya sedar Suara Keadilan selaku suara rasmi PKR telah salah taip beritanya. Tetapi adakah ini disengaja seperti isu kesihatan Ketua Polis Negara tempoh hari ?Bajet: Suntikan 700 Juta Dibatalkan - Tim. Speaker
Rabu, 5 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Ekonomi, Nasional, Parlimen
Tetapi laman Utara Online pun tulis 700 juta ! mana satu ni yang betul ? atau mereka geng pembangkang ini sebenarnya tidak betul dalam melaporkan berita hingga salah tulis dan meragukan kita ?
Namun yang jelas dari pertelingkahan ini antara cadangan bajet tambahan dan tentangan pembangkang ialah :
rakyat ibarat pelanduk yang akan mati di antara 'dua gajah' yang bertelagah ! kerana manfaat 7 bilion ini akan membantu rakyat sebenarnya dan jika rakyat mendapat tentu Anwar dan pembangkang akan semakin dijauhi dalam pilihanraya akan datang.
Itulah sebenarnya ' tentangan' mereka kerana tidak mahu sokongan rakyat kembali memihak kerajaan dan malangnya kita semua yang jadi mangsa.
Lihat senarai langkah tambahan yang dibentangkan Datuk Seri Najib sebanyak RM 7 bilion ada dilaporkan di sini dan yang lain ANDA FIKIRLAH SENDIRI.
Salam Bro...
BalasPadamJelas sekali sasaran utama pihak pembangkang adalah kepada Najib dan isteri..... kita doakan mereka selamat dari segala fitnah dan hasad dengki daripada insan yang sentiasa mencemburui keamanan negara.
salam
BalasPadamdapat lihat di wajah anwar,ketakutan menghadapi najib..persediaan telah rapi menjatuhkan najib..kita hanya tunggu dan lihat..najib dah terlibat politik sejak umurnya 24 tahun...dia pun sudah arif..naik sahaja jadi perdana menteri..anwar akan ditentang habis-habisan..tunggu sahaja..najib bukan sebarangan pengalamannya melangkaui anwar dan rekod bersih...di blog pembangkang sahaja ada andaian dan gambar super impose sebab kurang modal...
wassalam
p/s:anwar dah cuak tu bro hehe..nampak sangat
Buku bertemu Ruas...
BalasPadamtq komen Kumbang and Sedingin Salju.
ada masa kita YM !
oppsss salah tulis..sumandak bayu sbnrnya.
BalasPadammaaf tersyasyul.