Tepat jam 4.15 petang tadi Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.
Beliau yang juga timbalan presiden Umno memperolehi pencalonan ke-133 pada jam 4.15 petang tadi dari bahagian Cameron Highlands.
Sokongan tidak berbelah bagi dari perwakilan mencerminkan ketaatan akar umbi kepada saranan Presiden Parti agar peralihan kuasa akan berjalan lancar seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat dan ahli Umno sendiri.
Dengan memperolehi pencalonan tersebut, Najib sekaligus menutup peluang ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan tersebut.
Tengku Razaleigh memerlukan sekurang-kurangnya 59 pencalonan untuk layak bertanding jawatan presiden.
Kita gembira dengan kemenangan mudah ini kerana ia akan menjadi titik tolak yang baru kepada hala tuju Umno yang sudah dicabar dari arah kiri kanan depan belakang serta dari dalam dan luar BN sendiri. Ia sangat mencabar dan cabaran itulah yang akan dilunaskan 'hutang'nya oleh Datuk Seri Najib selepas sah menjadi PM sekaligus Presiden UMNO tidak lama lagi.
Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang, hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya semalam. Maknanya Ku Li hanya dicalon oleh bahagiannya sendiri dan Ku Li tidak dapat beraksi di pentas nasional dengan sokongan yang lebih kepada 'syok sendiri' tersebut.
Mungkin kerana kredibiliti Najib serta keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden parti oleh Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, maka 'nafsu' Ku Li telah turun mendadak, tidak seperti mana pada detik awal pengumumannya untuk menjadi calon bertanding jawatan tertinggi parti.
Walau bagaimapun, penolakan akar umbi di pentas politik bukan bermakna kehebatan Ku Li tidak dapat digunakan untuk memperkuatkan kerajaan. Mungkin selepas ini ada peluang menjadi 'orang kuat' dalam kabinet jika ada rezeki ?
tahniah untuk beliau!
BalasPadamYa, tahniah buat Tok Najib dan diharapkan, agar dapatlah menunaikan tanggungjawab yang diberi.
BalasPadamSokongan padu akan menjadikan tugas melaksanakan tanggungjawab akan lebih mudah.
BalasPadamMoga Malaysia akan lebih cemerlang di tangan dato Jib.