Kesungguhan mereka SANGAT MENGHARUKAN SAYA memandangkan usaha menyatukan blogger ini tidak akan berjaya jika saya hanya bertepuk sebelah tangan semata mata..
Meskipun begitu beberapa blog yang lain yang sedia ada dalam list, belum sempat berbuat demikian. Harapnya kita dapat memahami kesibukan mereka atau mungkin juga pandangan dari 'body language' mereka terhadap usaha yang saya cuba capai ini.
Kerana pandangan sinis sesetengah pihak mengaitkan saya dengan sesetengah pihak adalah punca mengapa mereka barangkali tidak selesa untuk memberi sokongan barangkali kepada gerakan baru bernama Blogger Pembela Negara ini..
Saya tidak menyalahkan mereka kerana di sana barangkali mereka memerlukan sedikit masa melihat perjalanan kita ke arah mana dan setakat mana kejayaan dan kesan yang akan dan telah kita cuba hasilkan.
Namun tentu tidak sama orang yang berjuang dari saat awal ia diasaskan dengan orang yang hanya berpeluk tubuh melihat
Namun, dengan resolusi sidang maya semalam, ia ibarat langkah pertama ke arah menaikkan 'volume' suara suara blogger yang perihatin terhadap nasib negara dan ahli negaranya sehingga mereka berpakat dalam berbahas dan berbincang tentang isu isu yang dicadangkan oleh ahli sidang sendiri.
Jika disatukan dengan lebih ramai lagi, tidak mustahil suara kita akan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang sukakan keamanan dan kestabilan berterusan di dalam negara demi anak cucu kita yang akan terus hidup di dunia Malaysia ini selepas kematian kita.
Termasuk sidang semalam yang dicadang oleh Blogger Sumandak Bayu, dari negeri Sabah berkenaan isu harga barang terlalu mahal di sana..
Sesiapa yang belum mengikuti sidang harian ini yang bermula jam 9 setiap hari, anda diajak dengan penuh dada terbuka tidak kira dari apa jua parti dan fahaman politik anda sekalipun.
Namun, jika kita tidak bersedia menerima pendapat orang dan bersikap profesional, saya nasihatkan anda tidak perlulah datang dan membuat kacau di dewan parlimen bloggers ini.
kerana syarat masuk mudah dan syarat ditendang keluar dewan juga mudah.
Semudah ABC.....
Senarai blog yang telah siarkan Resolusi tersebut setakat jam 11 am hari ini 24.11.2008
- http://perakbangkit.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
- http://pilihan-anda.blogspot.com/2008/11/2008-resolusi-sidang-parlimen-blogger.html
- http://sejarahmelayu.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
- http://sedinginsalju.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
- http://sumandakbayu.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-blogger-23-november.html
- http://meetuncleshah.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
- http://waadat.blogspot.com/2008/11/resolusi-bloggers-pembela-negara.html
SENARAI BLOGGER YANG SUDAH BINA LIST TEAM BLOGGER PEMBELA NEGARA
1. http://perakbangkit.blogspot.com/
2. http://sumandakbayu.blogspot.com/
3. http://perigijernih.blogspot.com/
4. http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/
5. http://waadat.blogspot.com
6. http://pkrpasdap.blogspot.com/
7. http://medan-info-kita.blogspot.com/
p/s : Jika ada tercicir sila isi kotak komen yer...tq
2. http://sumandakbayu.blogspot.com/
3. http://perigijernih.blogspot.com/
4. http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/
5. http://waadat.blogspot.com
6. http://pkrpasdap.blogspot.com/
7. http://medan-info-kita.blogspot.com/
p/s : Jika ada tercicir sila isi kotak komen yer...tq
Salam Tuan,
BalasPadamMaaf, macam mana nak masukkan dalam senarai ni...
Sibuk sangat kebelakangan ni dan tercicir info2 terkini yang hendak tuan sampai kan...
Salam,
Add list dlm team BPN dan saya add blog u.
BalasPadamSemua akan refer senarai terkini di sini.
ada saudara datanglah masa conference maya dengan blogger yang datang, utk share info atau bahas tajuk tajuk tertentu.
tq
Salam....
BalasPadamTolong masukkan saya dalam list BPN,rugi rasanya berperang sorang2 sedangkan ramai juga yang berperang memerangi musuh2 laknat yang sama......
Tolong ya...
Tahniah atas usaha hebat ini, harap pakteh juga tidak ketinggalan untuk turut serta dan sama-sama memberikan impak kepada gagasan yang diperjuangkan.
BalasPadamboleh listkan blog pakteh dan pls berikan info2 terkini berkaitan aktiviti yang dijalankan.
www.betoika.blogspot.com
satu untuk semua...
BalasPadamhttp://aspirasi-bangsa.blogspot.com/
Encik, masukkan saya dalam senarai no? Bagus, mesti yakin, boleh berjaya.
BalasPadamsalam
BalasPadambagaimana nak join ni?
Salam,
BalasPadamTahniah pang5, usaha gerakan kita telah menampakan hasilnya, semakin ramai blogger yg jauh dan dekat berminat menyertai.
Disini juga kawan ingin meminta maaf kerana kegagalan menghadirkan diri dipersidangan pada setiap malam (cuma sekali). Ini bukanlah kerana kawan tak berkesudian atau tidak memberikan sokongan, cuma line yg kawan langgan ini kerap bergantung kepada cuaca. Inshallah bila semuanya lancar kawan akan cuba juga menghadirkan diri.
betul tu jomsama tuaran..rugi berperang sorang sorang...
BalasPadamkalau kita pakat bersatu dengan satu matlamat..insyaAllah berjaya.
oleh itu jadilah pengikut panglima perang cyber!!!tokleh jadi kapten pun jadi prebet ... jadilah....ha ha ha..
panglima..jengok kat blog kerdil ambo...ada ilmu al-maghazi kat situ untuk panduan pejuang pembela agama dan negara...hok molek tu ambik..hok tok molek tu jangan ambik..
ambo sibuk sikit seminggu dua ni,tak sempat lagi nak join parlimen blogger maya...apapun panglima ,ambo setuju apa apapun cadangan membina rakan rakan kita semua...
selamat berjuang!!!
wassalam.
Salam Tuan Pang5,
BalasPadamKawan baru habis melawat semua blog ahli BPN. Sambil melawat sempat juga kawan lontarkan komentar dan pandangan. Kawan telah menjalankan tanggungjawab sebagai ahli BPN sebagaimana saranan pang5. Ishallah dari masa kesemasa kawan akan meluangkan masa melawat ahli2 BPN lagi.
Teruskan usaha murni panglima ini, ishallah mudah-mudahan akan mendapat keberkatan.
Kenapa mesti gugurkan tulisan jawi? Adakah orang belajar jawi itu semestinya nak masuk islam? Terserlah bukan sikap mereka?
BalasPadamterima kasih komen hangat semua yang juga bersetuju satu perkara pokok :
BalasPadamkita rugi berperang seorang diri tanpa ada team yang mantap.
Itulah perasaan saya sebelum ini dan kita jangan peduli di manakah posisi kita dalam perjuangan.
Yang penting, kejayaan memerangi musuh agama akan dikongsi semua dan yang mendapat nama juga ialah kita dan agama kita.
Ia akan mengecutkan musuh siber kita dan menjadikan keizzahan Islam akan tinggi dengan berkat usaha kita bersama sama ini..
Tq dan saya akan add blog anda apabila dua syarat dipenuhi, menyiarkan resolusi dan juga membuat list ahli.
Itu syarat mudah untuk sertai team kita dan kita tidak memaksa ahli hadiri sidang harian kerana kita tahu tidak semua mampu ..
Sekian, wassalam.
Encik, apa kata saya setup satu mailing list untuk team kita? Tak apalah bincang dulu, kalau setuju, beritahu saya dan saya sanggup setup. Inilah sumbangan saya.
BalasPadamtq Sedingin Salju. Good idea. Malam ni kita bincang.
BalasPadamOk tak apa, buat pelan-pelan.
BalasPadam