Pages

21 Februari 2009

Update : Edisi Pagi : Husam bakal Presiden PAS Jun depan ? - Malaysiakini


Saya memilih tajuk berlainan dengan tajuk tajuk yang dipilih oleh sahabat sahabat blogger samada dari BPN atau bukan. Pemilihan tajuk: Husam bakal Presiden PAS JUN depan bertujuan memberi pandangan peribadi saya memandangkan isu muktamar PAS kali ini saya sangat pasti akan disorot oleh ramai pihak samada dari dalam atau luar PAS sendiri. Apatah lagi ura ura akan berlaku 'rampasan kuasa' oleh team Erdogan dari Hj Hadi pasti akan menarik minat kita.



Saya juga meminta maaf kerana semalam line internet saya ada masalah dan kebetulannya selepas itu saya ada hal ke ibukota dan tidak pulang ke rumah sejak semalam sehinggalah mengemaskini kembali blog saya pagi ini walhal ia sudah siap ditaip pada pagi semalam. Saya juga akan cuba memastikan edisi pagi dan petang saya akan berjalan biasa pada hari ini walaupun saya masih lagi berada di luar kawasan ' kediaman' saya.



Jika anda bertanya : kenapa saya sibuk sibuk dengan PAS sedangkan saya selalu mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat ? saya kata mudah bahawa PAS membawa imej dan berpengaruh di kalangan orang Islam termasuk di kalangan sanak saudara dan kawan kawan saya..Apatah lagi latar belakang saya juga dari Kelantan. Maka kritikan ini bertujuan membaiki kesilapan pada pandangan saya yang diharapkan dapat dijadikan satu usaha membaiki kepincangan yang berlaku dalam sebuah parti yang dulu pernah bersama dan bersatu padu membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional...



Tentang topik di atas, saya berkeyakinan Husam Musa seorang yang disenangi ramai kerana pendekatan beliau yang perihatin kepada orang bawahan. Beliau juga berjaya menjadi orang kepercayaan Nik Aziz yang sekarang tidak ubah macam 'boneka' sahaja dalam Kerajaan Kelantan. Kepimpinan Negeri Kelantan banyak dibayangi oleh Husam Musa samada suka atau tidak..



Meskipun begitu beliau juga tetap menjadi sasaran kecaman termasuk orang PAS sendiri... Antara lainnya orang kuat Nik Aziz sendiri iaitu saudara M.Sayuti Omar ( http://msomelayu.blogspot.com/) seorang penulis veteran dari Kelantan yang kerap menggelarkannya orang baju merah petak petak.


Banyak juga artikel mengkritik ( lebih tepat mengutuk ) Husam oleh MSO sebelum ini yang disiarkan dalam blognya yang dikunjungi ribuan pembaca setiap hari. Termasuk sebuah blog bernama anti-husam seperti mana yang didedahkan oleh portal berita online pro pembangkang Malaysiakini ( klik sini ). Meskipun dalam masa yang sama MSO nampaknya antara yang turut 'silau' dengan karisma Anwar yang pandai 'bertukar wajah' mengikut tempat dan suasana dan kerap memuji dan memuja beliau...




Saya tidak berniat ingin menaikkan kemarahan fanatik kepada Datuk Nik Aziz dengan menganggapnya sebagai boneka walau dia sendiri telah diangkat ke maqam 'tok guru' oleh orang PAS seMalaysia. Bagi saya gelaran tersebut terlalu tinggi untuk diletak kepada seorang manusia berpendidikan agama dari India dan Mesir yang menjadi ahli politik demi memperjuangkan 'Islam' yang diberi wajah mengikut selera politiknya dan politik partinya.

Banyak fatwa karutnya berjaya memporak perandakan pemikiran dan akidah ummah dan tidak perlulah saya ulas lagi di sini..

Saya juga tidak ingin menghina beliau tetapi hakikatnya gelaran tok guru HANYA layak diberi kepada orang yang benar benar warak dan tidak mengeluarkan 'fatwa' yang bersimpang siur hala dan arahnya. Sekejap halal dan sekejap haram. Sekejap boleh dan tiga empat kali tidak boleh. Tengok sini ( klik ) fatwa lompat tak salah dan di sini (klik) pula dianggap salah dan digelar pengkhianat.

Semua sudah tahu tentang keuzuran Nik Aziz yang pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Dengan umur yang mencecah lebih 70 tahun tenaga beliau sebenarnya sudah tidak kuat lagi menerajui negeri namun kerana ketandusan pemimpinan sehebatnya dalam berfatwa maka PAS tidak ada lagi pilihan untuk meneruskan kepimpinan Kelantan di bawah 'ketiak'nya.


Sedangkan PAS sepatutnya membuat sedikit reformasi ke atas struktur pentadbiran dan jangan sahaja memikirkan kekuasaan. Kepentingan rakyat Kelantan yang menjadi amanah kepada parti PAS untuk melaksanakannya adalah lebih utama dan awla dari kepentingan selainnya. Tetapi PAS nampaknya tidak bersedia lagi membuat pembaharuan dan barangkali penggal hadapan perubahan mungkin akan terjadi jika benar orang harapan Anwar di atas berjaya merampas takhta Presiden parti..


Sebab itu tidak mustahil dalam senario sekarang Husam dilihat sebagai calon paling berpotensi di Kelantan. Bahkan menurut orang kuat dan arif tentang politik Kelantan yang saya temui dan sempat mendengar pandangannya baru baru ini turut mengiyakan persepsi tersebut. Kerana menurutnya Husam seorang yang pandai menjaga kebajikan dan 'kaya' untuk menghulurkan bantuan tanpa sebarang karenah birokrasi atau sebagainya.


Saya tidaklah dapat meneliti dari mana kekayaan Husam Musa dan tidak ingin mencuba cuba meneka dan membuat fitnah di blog ini tetapi sebagai orang politik beliau tentu sahaja tidak arif bab politik bahkan besar kemungkinan beliau juga pandai berniaga. Walaupun pernah dikaitkan dengan kes Loji Air di Pulai Chondong, Machang Kelantan namun saya tidak pasti status terkini kes tersebut yang dibawa oleh BN Kelantan.. Jadi saya boleh cakap : Wallahu A'lam.

Saya cuba mengulas isu Husam ini kerana saya ingin mengajak saudara saudari mengambil masa sejenak memikirkan apakah rupa PAS jika jawatan Presiden PAS akan bertukar di bawah Husam. Apakah kesannya kepada suasana politik negara kita dan juga bagaimana pula keadaan Islam di bawah beliau yang sudah dikatakan agak liberal dan terbuka sehingga PAS sudah makin pudar dan kelabu jati diri 'ISLAM' yang ingin dibawanya.


Semua sudah mengetahui Amerika akan cuba menghantar 'agennya' ke dalam mana mana organisasi yang berpotensi demi menjalankan agenda mereka. Mereka tidak akan membuat perubahan radikal tetapi sedikit sebanyak agenda memusnahkan Islam akan berjalan melalui agen mereka. Dan adakah agenda penyusupan masuk ini berlaku juga dalam PAS tanpa disedari ramai?


Sebagaimana Malaysia juga pernah dikatakan cuba dikuasai oleh agen mereka yang semua sudah tahu siapa dia. Agen yang diberi sambutan melebihi pangkat dan jawatannya. Hinggakan selepas dibuang pun Amerika juga masih lagi memberikan ruang dan peluang kepada si anu tersebut untuk bersama sama mereka demi proses Islam yang LIBERAL atau Islam yang terbuka dan tidak sama dengan asas jati diri Islam yang sebenar.


Setakat ini antara orang paling rapat dengan 'si anu' tersebut ialah HUSAM MUSA dan anda dapat lihat bagaimana Husam bersama Anwar dan MB Selangor di DUBAI seperti gambar di bawah. Adakah ia satu cara Anwar menjalin hubungan lebih rapat dengan bakal Presiden PAS tersebut dan mempengaruhinya ? Lihat gambar mereka yang dipetik dari blog Anwar di bawah:


Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Dubai

Sehingga hari ini Husam dilihat calon paling berpotensi dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden PAS yang hanya menunggu peluang keemasan untuk 'merembat' ke gawang untuk menjaringkan gol kemenangan sebagai Presiden PAS seterusnya selepas Hadi Awang. Meskipun Husam pernah didedahkan oleh Ezam sebagai seorang yang tidak memegang prinsip perjuangan Islam yang sebenar.


Kata Ezam semasa berceramah di Kuala Terenggau tahun 2008 ( sumber klik sini ) :

“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan...nak tahu apa jawapannya, Husam kata : " kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.


Rupa rupanya calon Presiden PAS ini tidak dapat dijamin 'kesucian' perjuangannya. Matlamat menghalalkan cara nampaknya sudah menjadi 'menu' politik Husam Musa barangkali...Sanggup apa saja walau membuat pakatan politik bersama seorang tokoh yang jelas tidak 'suci' lagi idealismenya dan sukar diterima bagaimana akhlaknya.

Jika beliau sendiri secara terang terangan jelas berhasrat ingin menipu rakyat dan terus bersama dengan Anwar sebagai de facto Pakatan Rakyat walhal sudah diberitahu siapakah Anwar yang sebenar oleh saudara Ezam maka apakah dapat rakyat khasnya penyokong PAS untuk mengharapkan beliau sebagai Presiden PAS pada pemilihan JUN depan ?

Husam sering hadir majlis Anwar berbanding pemimpin PAS yang lain


Apakah penyokong PAS masih dapat menerima beliau lagi dan ingin membiarkannya mengetuai team Erdogan dalam PAS yang jelas pro Anwar semata mata demi pangkat dan kuasa tanpa mengira halal haram dan juga maruah Islam ? Apakah akan semakin jauh dari 'persaudaraan' sesama Islam seperti mana ketika kita gempar dengan muqabalah @ muzakarah satu ketika dulu yang ditentang keras oleh golongan Husam dan kawan kawannya yang digelar team Erdogan? Hinggakan Nik Aziz juga 'bernada dan berlagu' yang sama dengan suara mereka sehingga menggamit kedatangan Ahli Dewan Syura PAS datang 'mengadap' Nik Aziz di Kelantan !



Jelas di situ kita dapat melihat bagaimana suara Nik Aziz sudah berjaya mengalahkan suara Hj Hadi, Haron Din, Nasarudin Mat Isa dan lain lain. Padahal kedudukan Nik Aziz di bawah kedudukan Hj Hadi sebagai Presiden Parti Islam seMalaysia !!! Husam ketika itu telah sangat berjaya menjadikan Nik Aziz sebagai penghalang perpaduan Islam berlaku di Malaysia dan tidak mustahil perpecahan akan semakin meruncing di bawah kepresidenan Husam Jun depan ?



Rasanya kita perlu fikirkan kembali dan anda jika berpeluang memilih pemimpin PAS dalam muktamar akan datang, anda perlu membuat undian yang betul sebelum PAS akan jadi kuda yang ditunggang Anwar, bukan penunggang seperti mana yang dimaksudkan oleh Husam berdasarkan kata katanya di atas.
Jika anda tidak memberi peluang minda anda membaca dan memahami suara hati saya ini, anda mungkin akan membuat keputusan yang akan memudaratkan Islam walaupun anda mungkin berfikir analisa saya ini tidak akan memberi manfaat sedikitpun kepada parti anda.


Walau apa pun jua alasan untuk membenarkan Husam dan menyokongnya, namun bagi saya HUSAM perlu dihalang dari mengganti Hj Hadi demi menjamin PAS tidak akan tunduk dan dikudakan oleh Anwar , Lim Kit Siang atau Karpal .......


Jika tidak tidak akan ada perpaduan antara UMNO dan PAS dan itulah yang diharapkan oleh Musuh Islam samada bernama Amerika atau nama seperti orang sebangsa dengan kita juga...


Sama-samalah kita tunggu dan lihat siapakah akan tunggang siapa selepas pemilihan PAS Jun akan datang !!!

5 ulasan:

  1. Tambahan : Husam Musa juga turut dipertahankan Malaysiakini walaupun semua tahu siapakah di belakang Malaysiakini tersebut.

    Keistimewaan yang tidak dimiliki oleh pemimpin pas yang lain.

    Adakah ia bermakna perancangan menaikkan Husam mendapat sokongan dan mandat 'hantu hantu' yang berkeliaran ingin menjatuhkan Islam dengan menggunakan orang Islam juga ?

    fikirlah wahai umat Islam ...

    BalasPadam
  2. kita suruh hussam singkir abdul hadhi...macam anwar ibrahim singkir ghafar baba...kemudian orang PAS kata- kalau macam nie PAS, lebih baik sokong UMNO..

    siapa untung?

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Saya ahli UMNO. Saya bangga jika UMNO dapat memerintah Malaysia. Tapi saya lebih berbangga sekiranya semua umat Melayu Islam dapat bersatu di Malaysia. Saya tidak kisah sekiranya UMNO dapat bekerjasama dengan PAS demi untuk kesatuan umat di Malaysia. Saya tidak kisah sekiranya Presiden UMNO dan Presiden Pas bergilir-gilir menjawat jawatan PM dan TPM.

    Tapi saya tidak boleh terima jika DAP menjadi Menteri Besar atau TPM. Saya juga tidak boleh terima jika orang Islam lebih memuliakan DAP berbanding UMNO. Bagi saya mereka ini telah tertipu oleh permainan politik yang halus oleh golongan yang ingin memecah-belahkan dominasi Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini.

    Jadi saya memberi harapan yang amat tinggi kepada Datuk Seri Najib untuk meneruskan usaha yang pernah dibuat oleh Pak Lah. Iaitu usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS. Buatlah hukum hudud sekiranya itu merupakan pra-syarat utama PAS untuk penyatuan. Terimalah apa sahaja syarat asalkan ia tidak merugikan UMNO dan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia.

    Kepada ahli-ahli Pas janganlah sombong dengan nikmat kejayaan yang Allah kurniakan kepada anda semasa PRU yang lalu. Anda sebenarnya kehilangan kuasa politik kerana menjadi parti paling junior di Parlimen. Ambillah perkara tersebut sebagai peringatan dari Allah dan sambutlah salam penyatuan dari UMNO.

    Hidup Melayu! Takbir!

    BalasPadam
  4. Kemungkinan yang berlaku sekiranya Husam berjaya merampas takhta Presiden PAS ialah perpecahan dikalangan ahli-ahli PAS. Tetapi Husam mungkin sudah menjangkakan perkara ini bakal berlaku dan dia telah mengambil strategi sewajarnya.

    Husam sudah bereksperimen di Kelantan, dimana pengaruh Nik Aziz telah berjaya ditaicikannya dengan cemerlang sekali bagi tujuan politiknya. Antaranya kes ijmak mengikut kaedah ‘standing ovation’ dan banyak lagi yg org2 Kelantan sendiri tahu.

    Antara strategi tersebut ialah menggunakan pengaruh Nik Aziz dan ulama2 PAS lain yang boleh dilihat sebagai satu team dengan Nik Aziz. Ini kerana Nik Aziz mampu mempengaruhi ahli2 PAS. Sekiranya Nik Aziz keluar fatwa taat kepada pemerintah (Husam), ahli-ahli PAS mau atau tidak akan terpaksa akur. Ini meminimakan kerosakan yang disebabkan oleh ahli2 yg x puas hati dan ingin keluar parti.

    Oleh itu Husam akan cuba melakukannya ketika Nik Aziz masih lagi hidup.

    BalasPadam
  5. saya cadangkan tokoh kelantan ibrahim ali di masokan semula kedalam UMNO dan terus jadi MB jika menang.

    Anwar Musa boleh jadi timbalan.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.