Pagi ini calon bukit gantang dan selambau telah disahkan dan saya mendapat makluman dari saudara sekupangdua.even menerusi sms yang didahului panggilan telefon sebelumnya.Di mana tiga calon akan bertanding pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.Serta 15 penjuru
pula di Bukit Selambau.
Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.
BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48; Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Niza
Di Bukit Selambau pertandingan melibatkan 15 penjuru dan senarainya seperti di bawah:
1. Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional)
2. S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat)
3. Husaini Yaakob (Bebas)
4. T. Chandrarajan (Bebas)
5. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas)
6. M. Venason (Bebas)
7. Abdul Rahim Abu (Bebas)
8. S. Moganakumar (Bebas)
9. Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas)
10. Radzi Md. Lazim (Bebas)
11. R. Loganathan (Bebas)
12. L. Sarala (Bebas)
13. A. Jayagopal (Bebas)
14. Tan Hock Huat (Bebas)
15. Khamis Awang (Bebas)
Harapnya penderhaka Raja akan dimakan sumpah perbuatannya dan dikuburkan oleh pengundi di sana.Serta tiga PRK ini akan dimenangi oleh pemimpin baru kita demi mengalahkan mereka yang sudah gagal menghalang peralihan kuasa secara terhormat.
Pagi ini juga buat kali kedua saya menggunakan hp P1i Sony Ericsson yang belum pun satu perempat dijelaskan hutangnya, walaupun sahabat saya tidak kisah atau mendesak sebenarnya.
Pagi ini ramai sahabat BPN baru mengetahui kisah perang BPN dan BNM di mana sasaran mereka tiga buah blog iaitu parpu, garamanis dan faisalrohban.Khabarnya Rm 5 juta akan disaman kepada mereka bertiga atas dakwaan menyebarkan fitnah. Seperti dakwaan di blog Albanjari Online.
Yang saya nampak ialah pendedahan berani mereka bertiga sahabat bpn yang menggoyang kedudukan team merek bnm. Ye lah, siapa suka jika dirinya difitnah begitu rupa sebagaiman yang dibuat oleh BNM terhadap BPN sebelum ini hingga habis orang tidak berdosa turut terkena.Siap dengan no IC dan no Kereta dan saman trafik. Macam kisah Imam Ramlan Poringi yang kena tindakan sama sebelum dia naik pentas PKR malam pengundia PRK Permatang Pauh .
Pagi ini juga kita melihar sinar perpaduan telah terpampang di dada2 akhbar di mana dua mantan Presiden Umno iaitu Tun M dan Pak Lah telah berjabat tangan dan kembali menjalin hubungan akrab. .Sementara semalam gambar Tan Sri Muhyidin mencium tangan Pak Lah telah disiarkan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia.
Paling menarik ikrar Tan Sri Muhyidin yang benar benar jujur dan ikhlas untuk tetap Setia seperti mana Ds Najib lakukan kepad Pak Lah dan Pak Lah kepada Tun M.
Ahhh, kepala berdenyut2 pagi ni tak tahu kenapa.saya mohon berehat dulu. Apa2 komen sila tinggalkan di bawah.
Semoga dalam kita menjadikan blog sebagai medium perjuangan kita janganlah sampai melanggar undang2 atau mengaibkan orang.Pastinya kita kena jaga etika sebagai warga Malaysia apatah lagi sebagai seorang Islam.Kerana itulah juga Etika BPN selaku team paling digeruni oleh pembangkang setakat ini.
Hidup BPN! Hidup Melayu! Hidup Islam!
Dari segi kehadiran penyokong dalam penamaan calon tadi, memperlihatkan PR sudah menewaskan BN 1-0. Di Bukit Selambau, penyokong PR yg hadir tadi seramai kira-kira 15,000 berbanding 5,000 orang penyokong BN. Di Bukit Gantang pula 4,000 penyokong BN ditenggelamkan oleh 20,000 penyokong PR. Tapi mungkin benar, penyokong yang ramai tidak menjanjikan kemenangan mutlak. Kemenangan sesuatu parti juga dipengaruhi sejauh manakah proses ketelusan pilihanraya berlangsung, faktor kewujudan pengundi hantu, kebebasan media melapor berita dan sebagainya.
BalasPadamAda yg membuat andaian perubahan kepimpinan UMNO yg bakal menyaksikan pemimpin-pemimpin yang banyak kes korup memegang tampuk pemerintahan pada awal bulan depan akan menyebabkan rakyat yang menyintai korupsi akan menyokong UMNO juga meragukan. Berapa ramaikah sangat rakyat pencinta korupsi di negara ini yang masih sudi menyokong kepimpinan baru yg korup itu?
Sebenarnya yang bakal berubah bulan depan hanyalah UMNO, berubah dari kepimpinan yang lemah kepada kepimpinan perasuah. Persepsi rakyat kepada UMNO tidak juga berubah - ia tetap dipandang parti korup kerana pemimpin korup terus diamanahkan kuasa. Jika hanya ahli UMNO yg dibenarkan mengundi pada 7 April ini, BN pasti menang, kerana ahli UMNO memang menyokong perubahan UMNO. Tapi yg mengundi pada 7 hb ini bukan saja ahli UMNO/BN. tapi ahli PKR, PAS, DAP dan yg bukan ahli mana-mana parti. Mereka peduli apa UMNO hendak berubah jadi semakin buruk atau tidak, yg penting UMNO yg buruk tetap buruk!!
Salam Tuan.. saya blogger baru (lama tak menulis).. saya mahu join BPN.. Sekian..
BalasPadamumnopengkalankubor.blogspot.com
bt gantang aku rasa BN boleh makan. jangan kj pergi campur tangan sudah.
BalasPadamAda satu peristiwa yg paling menarik berlaku ketika waktu maghrib sebentar tadi di Masjid Simpang, Taiping. Antara jemaah yg ada ketika itu ialah Zambry, Ismail (calon BN) dan Muhyiddin. Tiba-tiba Nizar datang dan jemaah meminta Nizar jadi Imam solat maghrib. Muhyiddin, Zambry dan Ismail menjadi makmum.
BalasPadamBegitulah dalam rumah Allah, hanya ada seorang kapten dan yang lain adalah pengikut. Akhirnya Muhyiddin, Zambry dan Ismail terpaksa akui dalam hal-hal agama mereka terpaka menerima Nizar sebagai kapten. Allahuakbar!!
Salam Panglima,
BalasPadamPerbuatan menamakan seseorang sebagai pemilik blog sedangkan belum tentu lagi beliau yang terlibat adalah fitnah yang amat bahaya. Ia akan mengundang kes 'salah pukul' dan 'silap orang'.
Apapun saya bersetuju para bloggers menjaga etika dan tatasusila, lebih-lebih lagi sebagai orang Islam.
Semutapi,
Kehadiran semasa pencalonan tidak boleh dijadikan kayu ukur kemenangan seseorang calon. Hari ini Ahad dan sudah dijangka penyokong luar akan membanjiri tepat pencalunan.
Mengenai Nizar menjadi imam, bagi saya itu menunjukkan betapa pemimpin UMNO berfikiran terbuka dan faham bahawa politik sekadar wadah perjuangan dan bukan sekali-kali sebuah agama. Jangan dimanipulasi kenyataan bahawa agama dan politik boleh atau tidak boleh dipisahkan dalam konteks negara kita.
Semoga kita lebih jujur dan adil dalam menilai.
Wallahu'alam.
Kepada umnopengkalankubor.blogspot.com,
BalasPadamBagi saya saudara tiada masalah untuk menyertai BPN malah keahlian dialu-alukan untuk siapa sahaja. Apapun, Panglima dan MT BPN akan memutuskannya.
Selamat berjuang.
Saya bersetuju dengan Cheguman. Itu lah jawapan paling tepat.
BalasPadamLagi satu, jika saya berada di sana, saya tak akan bersolat di belakangnya.
Kerana saya tak rela orang menderhaka dan mengajak orang melayu menderhaka kepada Raja menjadi imam saya di dalam bersolat menyembah Allah.
Sedangkan Allah menyuruh kita mentaati perintahNYA termasuk Ulil Amri yang menjadi pemimpin umat Islam.
Tq UMNO Pengkalan Kubor atas keinginan anda ingin bersama jemaah BPN...
Sila penuhi syarat2 dan saya akan pastikan ia dipenuhi sebelum dimasukkan di dalam list BPN di sini.
Tq