Pages

19 April 2009

Edisi Ahad : Apa pandangan anda BN perlu bertanding atau tidak di Penanti ?

Gerakan syor BN letak calon Bebas di Penanti

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak boleh memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tanpa dicabar.


Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar.


"Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma.


"Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas.


"Jika ini dilakukan, ia akan memberi pilihan kepada penduduk di Penanti untuk memilih calon yang boleh mewakili mereka sekaligus membuka ruang demokrasi kepada mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.


Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponennya.


Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.


Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan Fairus meletakkan jawatan kerana sebab peribadi itu merupakan tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang wakil rakyat.


"Kalau nak bertanding untuk tujuan berkhidmat, beliau perlu sentiasa bersedia menghadapi tekanan dan perlu tahan dengan segala cabaran," katanya.


Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat.


"Mereka (PKR) mahu mengadakan pilihan raya kecil ini kerana krisis dalaman yang dihadapi mereka.

"Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.


Bagaimanapun, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berpendapat BN patut meletakkan calonnya.

Katanya, BN perlu bertanding bagi menjaga imej dan integriti gabungan itu.


Sementara itu, Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jika kepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihat politik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil.


"Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusi itu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BN di kawasan itu.


"Kita perlu bertindak adil kepada pengundi yang selama ini memberi sokongan padu kepada BN," katanya.


Bagi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang.


"Saya pernah menyuarakan pada pilihan raya kecil sebelum ini, BN tidak perlu bertanding jika kekosongan sesuatu kerusi itu bukan disebabkan kematian wakil rakyat kawasan itu terutamanya di kawasan pembangkang.


"Pada saya, biarlah parti yang berjaya menawan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu yang terus memegang kerusi itu.


"Sebaliknya, kita perlu menumpukan dan mempertahankan kerusi yang kita menangi seperti di DUN Batang Ai," katanya.




Apa pendapat anda ? 

20 ulasan:

  1. lawan dengan keris la baru jantan..

    BalasPadam
  2. BN perlu turun !!! lawan dgn keris bukan dengan logo bas,payung ka .

    BalasPadam
  3. Salam Pang5, selamat malam.
    Cadangan asal supaya BN tidak perlu bertanding di DUN Penanti adalah lanjutan daripada komen pemimpin Gerakan P.Pinang tentang PKR.

    Jadi pendapat saya, adalah lebih baik BN pertaruhkan saja calonnya disitu. Jangan mudah menyerah kalah, "selagi masih ada matahari, bulan dan bintang" BN harus hadapi semuanya...tegakkan kebenaran. Seperti kata Pahlawan Iban di Sarawak suatu ketika dulu "Agi Idup Agi Ngelaban" atau dalam bahasa Melayu "Selagi Hidup,lagi melawan".

    Pasal DUN Penanti tu, itu kira "kacang" saja tu, ..apa tak nya, rakyat disana menanti, disini menunggu...janji-janji PKR yang tak pernah tertunai tu,..BN masukkan je jarum peniti kat situ..pasti rakyat terima punya..pasal rakyat disana tak mau lagi hidup sebagai "penanti" janji palsu yang ditaburkan pembangkang kepada mereka.

    Buktikan yang BN tak pernah menyerah kalah, buktikan yang BN adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat seluruhnya...tidak mungkin rakyat di Penanti sanggup menanti dan terus menanti. Pasti hati mereka hari demi hari akan dapat menerima hakikat bahawa hanya BN sajalah yang akan mengakhiri "Penanti"an mereka selama ini..bak kata pepatah.."sekeras-keras kerak nasi, direndam dalam air..pasti akan lembut juga akhirnya".. percayalah.

    Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  4. Tetapi bagi saya juga, mungkin ini ada muslihat tertentu..supaya anwar dan pembangkang tdk perlu bersedia..haa disana lah nanti mereka akan dapat lihat betapa bijaknya PM kita Datuk Seri Najib.

    Maka teringatlah saya dengan sebuah lagu lama yang boleh dianggap sebagai sebuah lagu sangat patriotik..iaitu lagu "madah pujangga" paduan suara Anita Sarawak dan Ismail Harun. Senikata awal lagu itu berbunyi begini;
    "Ilham dari pujangga...berdiam diri..bukan ertinya kau kalah...
    walau cercaan yang datang melanda...itulah sumpah orang bijaksana"...
    ..sekadar mengingat saja...

    Apa-apapun..BN harus buktikan bahawa BN adalah parti yang sangat untuk Malaysia.
    Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  5. LEBIH RELA PEJUANG BAHASA BERJAYA MEMPERLUASKAN PENGARUHNYA DAN MEMARTABATKAN BAHASA DAN BANGSA MELAYU DALAM ERTI KATA SEBENAR MEMACU ACUANT TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI.......

    BalasPadam
  6. Ikhlas diluahkan rasanya tak perlu kerana:-

    1. Kalau BN menang pun tak berikan peluang ambil kerajaan
    2. Khabarnya calun PKR Penanti adalah bakal TKM1, jadi rasanya beri peluang untuk PKR untuk meletakkan wakilnya dan orang Melayu dalam kerajaan P.P.
    3. 2 orang ADUN PKR (Melayu/Muslim) yang sedia sedar akan diri mereka seperti watak2 Labu dan Labi yang tak layak jadi menantu Hj Bakhil.

    BalasPadam
  7. BN perlu turun walaupun tahu pkr tetap akan menang walaupun mereka meletakkan batu nesan sebagai calon.

    BN prlu teruskan perjuangan. jangan pedulikan propaganda mereka.

    BalasPadam
  8. HAHA..HILBERT!!KLU KO CKP TULA STATEGI NAJIB..BG AKU XBAPE BIJAK LAA..SMUA ORG BLEH JANGKALA..IINGAT PR NI SNG2 JE NK PERCAYA DAKYAH YG DISAMPAI KAN KT TV TU..AKU PERCAYA BN AKAN LETAK GK ORG..MUSTAHIL LAA XKAN LETAK..HAHA..HILBERT MMG KLAKAR LAA..DUN PENANTI DH BYK PERUBAHAN YG BERLAKU SEJAK PR AMEK ALIH LAA..KO DOK KT MANE??KLU XTAU BEK SNYAP JE LAA..HAHAHA

    BalasPadam
  9. knpa kita nak ikut kopi dangdut anwar?

    ini semua helah anwar nak ganggu gugat bn buang masa layan game dia, supaya nanti najib + menteri2 kabinet tak ada masa nak buat kerja, tak ada masa nak overcome masalah ekonomi negara...

    anwar hanya ada telor ditempat yg dia yakin menang....

    dah dua[2] wakil rakyat jd kambing hitam master plan anwar, 1st bini dia sendiri kemudian bkt selambau, sekarang penanti yg memang dibwh parlimen ptg pauh, kubu anwar

    esok lusa anwar akan cari lagi kubu kuat dia + kenal pasti samada wakil rakyat kat situ yg dulunya tangkap muat, jadi peluang nak tukarkan kpd 'org baru' yg lebih senang dicucuk hidung ikut menjilat anwar..., praya lagi, bn kalah lagi...., kerja tak siap2, lama2 rakyat "percaya" dgn kelemahan bn, lepas tu k'jaan pusat pun ada harapan tumbang....

    nak buat ape layan si anwar nie..???

    BalasPadam
  10. We are ready, we will never give in, never will.

    Never-in nothing, great or small, large or petty - never give in except to convictions of honour and good sense. Never yield to force, never yield to the apparently overwhelming might of the enemy.

    Lets Go To War..

    BalasPadam
  11. Salam PPCyber,

    1) Dari aspek moral, teman rasa BN tak perlu terlibat dlm PRK ni. Krana:
    - ia mengorbankan nasib rakyat utk selesei masalah parti lawan;
    -beri prioriti pd masalah ekonomi yg sedang melanda negara. Ramei lagi rakyat yg hilang pekerjaan, perlukan pembelaan!!

    2) Dari aspek strategi, teman rasa BN tak perlu ikut rentak PR:
    -Bukan semua cabaran perlu dilawan;
    -'Orang yg suka mencabar' akan jadi lebih tertekan jika cabaran mereka idak dlayan;
    -Kalo BN rasa akan menang, bukan dapat ambik balik state sekelip mata!! Lebih baik remain as pembangkang yg berwibawa;
    -Jika BN rasa akan kalah, buat apa nak digagahkan jugak lawan arus. Lebih baik cari jln darat utk ke hulu, then easily follow the current down to the kuala... Maknanya UMNO/BN perlu dulu rapatkan barisan dan laksanakan one Malaysia agenda pembangunan!!

    3) Dari aspek agama/ spiritual pula, cuba kita renong balik kata2 kramat ni .... "orang yg brani bukanlah orang yg pergi berlawan, tapi orang yg sentiasa muhasabah diri melawan napsu syaitan".

    May Allah bless us all!!

    BalasPadam
  12. BN perlu lawan.. tidak perlu takut. Nama pun UMNO 'pejuang bangsa dan negara'. Mana boleh bagi petualang negara menang free tanpa bertempur. Kalau kalah, memang kubu kuat mereka pun. BN tak perlu takut pada prasangka orang. Sekurang-kurangnya kita tak mengecewakan penyokong BN di sana.

    BalasPadam
  13. terima kasih komen semua di atas. Ada pro dan kontra.

    Bagi saya, BN perlu mengkaji dan mengambil keputusan paling tepat selepas melihat segenap segi untung atau rugi BN bertanding di Penanti.

    Jika takut dilihat tidak berani mengambil risiko lagi, saya rasa ia tindakan tidak bijak sama sekali.

    Jika berdasarkan fokus yang lebih utama untuk menumpukan kepada pentadbiran di saat krisis ekonomi demi kebajikan rakyat sejagat maka ia tindakan yang bijak.

    Cuma, bagi saya adalah lebih baik jika kita kalah selepas berlawan lebih baik dari kalah sebelum sempat berjuang.

    Harap suara blogger kita ini didengar oleh kerajaan!

    BalasPadam
  14. KLU XNK LAWAN SBB TU KUBU LKUAT PR..APE KTE PRU AKAN DTG XYAH ANTA WAKIL KT KELANTAN??BIAR PAS MNG FREE JE..BTOL X?

    BalasPadam
  15. Salam semua, Salam Panglima..

    Saya cadangkan sekiranya BN bertanding dan menang di DUN Penanti nanti..apa kata kita syorkan kepada kerajaan BN supaya nama kawasa itu ditukar.

    Nama yang sesuai apa ye??? hmmmm...

    Saya cadangkan namanya nanti tukar kepada "DUN Pencetus"..maknanya disitulah bermulanya cetusan perasaan pengikut PKR mula beralih arah kepada BN..pasal ungkapan "penantian satu penyiksaan" betul-betul telah memalukan mereka. Dan mereka melihat hanya BN saja lah yang mampu memenuhi kehendak mereka.

    PKR kat sana cuma mampu buat projek "Quarry Pasir"..tak da faedah langsung kepada rakyat melainkan ybyb Pkr sendiri.

    Sekian, Terima Kasih.

    BalasPadam
  16. Apa yang telah PKR telah buat untuk rakyat..mana ada... yang ada cuma kontroversi dan publisiti murahan..jual lelong kat pasar tamu pun belum tentu lagi orang ramai mau beli. Bagi free kat mamat Banghla pun belum tentu juga mereka mau terima...

    Kisah pelik-pelik sering berlaku dalam PKR..sejak mereka bersidang dibawah pokok tempoh hari..maka bermacam-macamlah yang kita dengar.. atau juga pokok itu berpenunggu, ber'penanti', atau apa pulak janji anwar kepada penunggu disitu...nak bagi mereka tu minum darah "lembu tan sri khalid ibrahim" ke...

    Avios,,,...

    BalasPadam
  17. hilbert - tq atas komen anda yang saya sangat suka membacanya..

    BalasPadam
  18. CMNE PLAK NGAN KISAH BN XNK BERTANDING KT PENANTI??XKE PELIK??BIASA BN PANTANG DI CABAR??APE KAH TANDANYE TU??PK LA SNDRI..HEHE

    BalasPadam
  19. akil - tandanya BN sentiasa fikir dan fikir nasib rakyat.

    BalasPadam
  20. akil - tandanya BN sentiasa fikir dan fikir nasib rakyat.

    FIKIR NASIB RKYAT?????????????? HEHEHEHEHEEEE... GELI TIAK DEN OIIII..

    APELAH KORG SENGAL SNGT YG SEBENORNYA PM KITA TU DH PREPARE ALASAN.. KALO KALAH NNT PM KITA AKAN CKP.. "TENGOK TEMAN DAH KABOR.. KITA TAK YAH TANDING MIKE DEGIL.. KAN KALAH.. APE NAK JAWAB KAT WARTAWAN NI" BILA DIDPN KAMERA WARTAWAN, PM PUN BERKATA LA.. KAMI SEMEMANGNYA TAK MAHU BERTANDING.. TP ATAS PERMINTAAN PENGUNDI PENANTI KAMI BERTANDING LA JGK.. TAK KE BIJAK PM KORG NI?????

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.