Pages

01 April 2009

Edisi Khas : Daulat Tuanku Sultan Ismail Petra Sempena Keputeraan 31 Mac 2009 ~ Malaysiakini

Cerita 1

 

Semalam saya terjumpa di blog UMNO Pengkalan Kubor dan mendapati beliau ada menyiarkan artikel sempena Keputeraan DYMM Sultan Kelantan. 

Saya sebenarnya sudah mengetahui tarikh keputeraan Baginda Sultan kerana Kelantan bercuti dua hari bermula Ahad dan Isnin melalui ibu saya ketika menelefon beliau. Tetapi terlupa untuk mengucapkan tahniah kepada DYMM Sultan Kelantan di sini. Sepatutnya saya terlebih awal sejak semalam menyiarkan ucapan tersebut tetapi beberapa masalah timbul dan pagi ini baru saya dapat melunaskan hajat terpendam tersebut...

Tahun lepas saya ketika saya mula bina blog ini saya sudah terlepas tarikh tersebut dan peluang hari ini eloklah rasanya dapat saya nyatakan taat setia saya kepada DYMM Sultan Kelantan atas sambutan ulangtahun baginda tersebut. Apatah lagi sebagai rakyat kelahiran Kelantan memang sepatutnya saya berbuat demikian. 

Daulat Tuanku !!! Moga Panjang Umur dan Kekal Pemerintahan Tuanku !!

p/s : patik pernah membuat persembahan depan Tuanku di Istana Mata Air dan juga di Kota Darulnaim bersama penyanyi buta bernama Al Baladi semasa kedatangan Sultan Brunei ke Kelantan satu ketika dulu.


Cerita 2

Pagi ini saya membaca akhbar Berita Harian dan menemui berita Nizar masih lagi belum memulangkan kereta rasmi kerajaan Negeri Perak sedangkan gaji sudah dihentikan bermula 5 Februari lepas selepas Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan. Saya juga sudah baca isu beliau meletakkan jawatannya di dalam borang pencalonan sebagai Adun bukan sebagai MB. Justeru saya pelik kenapa aset kerajaan negeri masih lagi dipegang olehnya. Adakah kerana masih tidak puas lagi naik kereta Camry ?

Saya tertarik denga poster berkaitan Nizar di blog UMNO Pengkalan Kubor di atas dan saya ada salin di bawah ini berkenaan perangai Nizar yang pada awalnya sanggup naik bas untuk jimatkan wang kerajaan tetapi akhirnya bertukar fikiran membeli kereta mewah Camry walau dibantah oleh rakyat. Lagi teruk beliau juga seperti sudah menjadikan kereta rasmi kerajaan macam keretanya sendiri.. Meskipun Exco lain semuanya sudah memulangkan kereta rasmi masing masing. Malu orang bangsa macam panglima berperangai macam tu...

Moga Allah buka hati dia hantar balik kereta.

[POSTER.jpg]



Cerita 3

Tarikh akhir mengemaskini blog hari ini 1 April 2009 dan berakhir jam 11.59pm nanti dan bermula 12 am saya akan membuang dari senarai BPN blog blog yang masih tidak bersedia mengikuti syarat syarat kita seperti menyiarkan list ahli bpn di ruang khas, mengelakkan campur dengan blog bukan ahli dan juga menyiarkan logo terkini BPN.

Meskipun memberatkan blog namun saya tetap mahukan ahli BPN kita memasang Chatroll BPN di blog masing masing untuk sidang maya kita 24 jam 7 hari seminggu...  Kerana peluang berinteraksi dengan rakyat secara live di chatroll adalah peluang kita membetulkan salah faham mereka terhadap perjuangan kita menegakkan hak agama,bangsa dan negara..

Bagi yang dikeluarkan dari senarai selepas opearsi pemutihan nanti, mereka akan dimasukkan kembali selepas segala syarat syarat yang kita tetapkan dipenuhi. 

Kenapa operasi ini dijalankan ? kerana banyak aduan dari sahabat sahabat kita tentang ada blogger yang masih enggan memenuhi syarat syarat yang ditetapkan dan mereka mengharapkan tindakan akan diambil oleh saya bagi mengelakkan ada blog yang bukan ahli menggunakan logo untuk tujuan tidak baik dan boleh merosakkan nama baik BPN..

Harap Maklumkan semua rakan rakan yang belum memenuhi syarat tersebut. Demi kebaikan team BPN kita untuk jangka masa yang panjang. 

Berita baiknya ialah selepas ini blog yang benar benar memenuhi syarat akan diberikan kod logo BPN bentuk flash yang akan menjadi tanda khas blogger benar benar ahli BPN dan ia tidak akan dapat ditiru oleh mana mana blogger lain dengan mudah. 

Ia akan diberikan melalui Yahoo Messenger dan mereka yang benar benar ahli BPN sahaja akan mendapatkannya. Jika masih ada mampu meniru logo flash tersebut maka blog itu perlu diperiksa sama ada ada atau tidak di dalam senarai terkini BPN kita yang dipamerkan di blog saya...


Terima kasih PasMuda atas grafik logo bentuk flash anda....




Itu sahaja, perut dah memulas nanti sambung balik....Tq

3 ulasan:

  1. Walaupun bukan orang Kelantan,tapi saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun keputraan kepada baginda Sultan Kelantan. Harap baginda Sultan kekal di singgahsananya dengan penuh berkat dan takzim.

    Harap baginda tidak akan melalui zaman getir al-marhumah ayahanda baginda yang pernah diperlekeh dan diperhina oleh Umno dan pernah dipanggil 'babi' di hadapan umum oleh bekas MB dari Umno, Tan Sri Muhammad Yaacob. Harap baginda juga tidak akan diperhina lagi oleh Umno (Anuar Musa & gang) yang pada tahun 1993 pernah melantik Tunku Ibrahim Petra sebagai 'sultan baru' Kelantan bagi menggantikan Sultan yang sah, yang upacara perlantikannya diadakan di bawah pokok.

    Harap Umno dan pihak-pihak lain tidak lagi menderhakai kesultanan Melayu Kelantan dan kesultanan Melayu di lain-lain negeri.

    BalasPadam
  2. Daulat Tuanku, semoga dipanjangkan pemerintahan Tuanku dan kesemua Sultan-sultan di Tanah Melayu ini.

    Jangan sesekali menderhaka kepada Sultan.

    BalasPadam
  3. bukan dulu anuar musa tabal org lain untuk jadi sultan kelantan ke? ni sokong nak pilihanraya ke sokong secara benak??

    http://prioryofjenin.blogspot.com/

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.