Pages

15 April 2009

Update Edisi Khas : Tahniah Malaysia atas Kelahiran Exora - MPV Pertama Kita ~ Malaysiakini

Cerita 1


proton-exora-interior-large




proton-exora-seats-dash-highres


proton-exora-meter-panel-hires-large








[Proton+Exora2.jpg]




[2009_splash_exora1.jpg]




Apa lagi segeralah tempah untuk anda satu.....

Satu lagi kejayaan Malaysia yang kita patut bangga.


Cerita 2


Penjelasan sudah dibuat berhubung Kementerian MECD yang dibubarkan kerana diserap ke kementerian2 yang lain..

Ikuti kenyataan rasmi pejabat PM tentang hal ini yang saya petik dari ParpuKari Original Muahahahaha di bawah....http://parpukari.blogspot.com/





KENYATAAN MEDIA 
PEJABAT PERDANA MENTERI


Penyerapan Fungsi-Fungsi Dan Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

* * * * *

Adalah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut:

(1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(3) Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(4) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;

(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;

(6) Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;

(7) Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

(8) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan

(9) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

2. Penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi di atas akan terus memastikan peranan-peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum ini, khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera, memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri
15 April 2009

10 ulasan:

  1. Tahniah Proton kerana melancarkan Exora yang cantik dan menawan semoga secepat yang mungkin dapat menyusur di jalan raya dengan megah dan terus membenamkan penguasaan kereta impot dalam segmen MPV

    Salam Perjuangan

    BalasPadam
  2. Salam PPC,

    Dengan kapasiti enjin 1.6 rasanya penggunaan minyak agak tinggi lebih-lebih lagi body Exora yang agak besar.

    Lebih sesuai sekiranya berenjinkan 2.0 macam Citra atau rondo

    BalasPadam
  3. As'kum, orang yang akan berebut - rebut beli berbaris panjang puak PAih dan PKR senang bawa muslimah pergi dengar ceramah tong kosong.

    BalasPadam
  4. ddinbunga..klu nk malaysia maju elakkan laa dr ckap ayat2 macam tu..xmembangun lgsg..klu diorg nk bli biarlaa..bukan duit hg pon..

    BalasPadam
  5. RUPA EXORA...MACAM PERAHU UMNO NAK KARAM

    RUPA EXORA...MACAM TONGKANG UMNO NAK KARAM

    WARNA EXORA PUTIH...MACAM KAIN PUTIH NAK KAPAN UMNO PRU-13 NANTI

    BalasPadam
  6. KIH KIH KIH...RUPA EXORA MACAM "BELIT"...KIH KIH KIH.

    BalasPadam
  7. MELAYU SEJATI yg tak sejati langsung!!

    kutuk lebeh2 nanti mesti ade dikalangan family ko yg beli.. pecaye la.. silap hari bulan, ko pon beli jugak. cet!!!!

    BalasPadam
  8. aikk....bab keta pun sempat lg tembak menembak ??

    hahaha


    jangan amalkan.. malu bangsa kita ni.

    mari kita berbaik2 demi kemuliaan agama kita.

    agar tidak diperlekehkan manusia.


    tq komen di atas.

    BalasPadam
  9. Salam sejahtera,
    Saya nak bagi sikit komen mengenai cerita 1.
    Exora itu satu lagi kereta kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia,MPV pertama Malaysia. Terbukti slogan Malaysia Boleh! memang selalu terbukti.
    Untuk makluman rakan-rakan semua, saya juga diantara yang pernah menghantarkan penyertaan ke peraduan "namakanprotonMPV" satu ketika dulu, sejurus peraduan itu dibuka kepada seluruh rakyat bagi memberi peluang untuk memenangi sebuah MPV jika nama yang dicadangkan terpilih.
    Saya juga mengucapkan tahniah kepada peserta yang mana nama yang beliau hantar ke pihak Proton telah berjaya dipilih sebagai nama MPV itu. Exora ialah nama saintifik bagi sejenis tumbuhan iaitu bunga siantan beserta dengan tagline dia "Anda Pasti Terpegun".
    Nama yang saya pilih ialah "Meranti" iaitu sejenis yang mempunyai nilai tersendiri serta mendapat tempahan tertinggi dari luar negara serta mempunyai warna isi yang berbagai-bagai. "Meranti" adalah tergolong didalam kategori botanikalnya "Shorea" yang mengandungi lebih sepuluh species kayu. Tapi nasib belum menyebelahi saya, tak de hal..cuba dan cuba lagi.. bak kata YABhg Tun Dr Mahathir; kalau jatuh, bangun, jatuh bangun lagi...sebab Malaysia akan sentiasa terus mengeluarkan bermacam-macam jenis kenderaan baru jika BN terus berkuasa, harap begitulah.
    Tapi kalau DAP/PKR/PAS yang berkuasa, mereka cuma dapat tanam "pokok tak-demokrasi" dan sekeping "plak pecah", yang lain-lain tu ladang "katak" dan "padang kuda Trojan" serta "kabinet bayangan(bukannya lagu "Rindu Bayangan"lah.." yang diseru dari "periuk aladdin".

    Kepada seluruh rakyat Malaysia, berbanggalah dengan negara kita Malaysia yang telah terbukti mampu mengeluarkan kereta MPV pertama ini, dapatkan satu untuk seorang sekarang..yakinlah dengan memandu EXORA diatas jalanraya, keselamatan anda pasti terjamin, sebab jalanraya memang dibina khas oleh BN untuk memudahkan rakyat membawa kenderaan bergerak kemana saja dan yang pastinya jalanraya diwujudkan bukanlah tempat untuk menganjurkan "demontrasi", bukan tempat untuk berbaring sambil memegang bendera cap panadol dan bulan kesiangan.

    Sekian. Terima Kasih.

    BalasPadam
  10. APA PASAL YANG BERHORMAT PKR BERTINDIK DI KEMALUAN NYA???

    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ratu-porn-pkr-di-puja-anwar-al-juburi.html

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.