Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 April 2009

Edisi Khas : Ucapan Blogger BPN Sempena Persaraan Pak Lah dan Perlantikan DS Najib sebagai PM ke 6 Malaysia ~ Malaysiakini

Pagi ini saya menerima cadangan dari Yagami UM untuk membuat sedikit ucapan dari blogger BPN sebagai penghargaan kepada Pak Lah. Saya bersetuju dan memang mahu membuat resolusi tetapi saya fikir ia lebih baik dibuat versi ucapan di tajuk khas.

Yagami memberi pandangan agar kita beri ucapan di chatroll tetapi saya tidak bersetuju kerana ia akan lenyap ditelan masa kerana Chatroll tidak boleh dilihat simpanan chatting kita sebelumnya.

Justeru saya bukalah topik pagi ini dengan mengharapkan sahabat BPN akan turut sama memberi komen menghargai jasa jasa baik Pak Lah serta mengucapkan syabas kepada bakal PM kita DS Najib. Anda boleh buat stail sendiri atau stail yang saya tunjukkan di bawah untuk PM ke 5 dan juga bakal PM ke 6 kita.

Ia mungkin tidak dipandang oleh orang atasan negara kita tetapi sekurang kurangnya kita sudah memberi penghargaan setakat kita mampu lakukan di ruang maya ini untuk PM kita yang bakal bersara yang pasti banyak jasa jasanya kepada negara kita serta kepada bakal pengganti beliau.

Harap sahabat BPN akan sudi meluangkan masa mereka untuk penuhkan komen di bawah dan selain BPN pun boleh juga turut serta selagi ia tidak mengandungi kata kata kesat kepada salah seorang dari mereka samada Pak Lah atau bakal pengganti Pak Lah iaitu DS Najib. Jika tidak, ia akan didelete terus dari terus menyemakkan pandangan di ruang komen blog ini.


Saya mulakan dengan ucapan saya terlebih dahulu :


Ucapan Penghargaan Untuk Pak Lah




Salam Datuk Seri.

Saya selaku Ydp Blogger Pembela Negara dengan ini ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih atas jasa jasa Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi selama menjadi PM Malaysia dari 2003 - 2009.

Meskipun ia tidak panjang seperti PM sebelum ini iaitu 22 tahun namun saya yakin tempoh pendek bukan penghalang kepada kejayaan Pak Lah. Kerana sirah Khalifah Rasulullah s.a.w yang empat juga tidak lama tempoh mereka menjadi pemerintah tetap ia sangat berjaya dan diingat sampai bila bila.

Panjang atau pendek adalah ketentuan Allah dan Malaysia adalah sangat bertuah kerana diperintah oleh bekas PM-PM  yang berkaliber dan berdedikasi sehingga kita berupaya mengawal dan menghalang kerosakan serta perpecahan berlaku di negara kita yang tercinta ini...

Harapnya selepas bersara Pak Lah akan terus menyumbangkan tenaga kepada negara dengan cara yang berbeza dan semoga bakal PM yang baru akan dapat menyambung perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara ke arah lebih hebat dari sebelumnya.

Segala jasa jasa Pak Lah moga diganjari Allah dengan sebaik baik ganjaran.....

Tq Pak Lah !



Ucapan Tahniah Untuk Ds Najib Tun Razak




Salam Datuk Seri.

Tanggal Jumaat 3 April 2009 Datuk Seri akan dinobatkan sebagai PM ke-6. Peralihan kuasa yang diusahakan bakal menemui titik kejayaannya hari itu... Ia menandakan bagaimana besarnya jiwa pemimpin kita melepaskan kuasa kepada penggantinya meskipun masih berupaya meneruskan tugas jika diberi peluang dan juga ruang..

Meskipun cuba dihalang dengan berbagai fitnah dan tohmahan oleh pembangkang namun Allah menunjukkan kekuasaanNya mengatasi perancangan mereka. Perancangan Allah tidak mampu diubah oleh mereka..

Justeru saya mewakili Blogger Pembela Negara mengucapkan selamat maju jaya dan semoga makin berjaya selepas ini dan kami doaka bantuan ALLAH akan setiasa mengiringi Datuk Seri sentiasa dan di mana jua berada.

Kerana siapalah kita jika tidak ada pertolongan dan perlindungan ALLAH yang Maha Perkasa dan Maha Penjaga kita semua.


Salam perjuangan dari saya ..


Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

Bertarikh : Khamis  2/4/2009


15 ulasan:

Amz CamPro berkata...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

D.S Pak Lah....
Jasa bakti mu akan dikenang walaupun pemerintahan mu seketika sahaja...
walaupun dikau dikatakan pemimpin yg agak slow dlm pemerintahan tetapi keterbukaan kau menjadi asas demokrasi yang lbh baik...kaulah BAPA INTEGRITI DAN KETERBUKAAN MALAYSIA!

D.S Najib
Kepimpinanmu menjelang tiba dihari penuh keberkatan...gunakanlah tanggugjawab yg diberi kejln yang benar dan diredhai...walaupun kau dihimpit dengan kontroversi menggila,kau harus terus berubah dan terus berubah...buktikan kepada dunia ko sudah benar dan akan menjadi pemimpin yang diredhai...

Salam BPN dr amzcampro.blogspot!

Arjuna berkata...

salam perjuangan,
pertama sekali yeop ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Seri Abdullah di atas jasa beliau meneraju negara sebagai PM selama lebih kurang 6 tahun ini.
Banyak jasa2 Pak Lah kepada negara yang tidak dapat kami balas.
Kepada Dato Seri Najib,
Yeop mangucapkan selamat menjalankan tugas meneraju negara kearah yang lebih cemerlang lagi.Lupakan segala tohmahan dan cacian teruskan perjuangan kerana selagi kita dipihak yang benar kemenangan pasti memihak kepada kita..
Selamat berjuang kepada semua

Tanpa Nama berkata...

Semoga Malaysia akan kembali aman sejahtera di bawah telunjuk Najib. Semoga rakyat Malaysia yg berjumlah 27 juta itu tidak akan susut seorang pun terkorban dan hancur lebur berkecai menjadi debu diletupkan oleh C4 seperti Altantuya.

Semoga rakyat Malaysia yg berjumlah 27 juta orang itu tidak akan susut seorang pun kerana terpaksa berlindung di luar negara selepas mengkritik Najib, seperti Balasubramaniam.

Semoga pemerintahan ala diktator komunis yang memerintah M'sia sekarang membuka kembali ruang bicara rakyat dengan meluluskan semula permit Harakah dan Suara Keadilan. Semoga Pemerintah sedar zaman keagungan dan kediktatoran komunisme telah lama berlalu bersama runtuhnya tembok Berlin.

Semoga mereka yg memegang tampuk kuasa sedar Allah sentiasa ada, melihat dan menghisap perbuatan dan kezaliman manusia.

Panglima Perang Cyber berkata...

Makluman :

Saya berhajat nak delete komen Pendikar Kriang tetapi saya rasa elok jika kita biarkan.

Bagi semua orang tengok bagaimana mind set orang dari pihak lawan kita. Begitu negatif sekali..

Apa pun kesungguhan mereka datang komen di tempat kita ini pun kira alhamdulillah..Mereka pasti akan baca penerangan kita lakukan..

Jika mereka diberi upah sekalipun, mereka tahu arah mana yang perlu dituju selepas menyedari di mana yang benar dan di mana yang salah.

Harap mereka akan berubah dengan izin Allah.. Amin.

Tq

Jumayatara berkata...

Pak Lah

Selamat Bersara Awal Pak Lah.Suara akar umbi mahukan perubahan.

Banyak jasa-jasa Pak Lah menjadi sejarah sukar untuk dilupakan

Semoga Pak Lah tabah.


Jangan biarkan minda anda karat.Uji minda anda

bungaraya berkata...

Pak Lah yang budiman,
Sehingga akhir zaman jasamu akan tetap menjadi kenangan.
Sehingga akhir zaman jasamu tetap menjadi panduan kehidupan,
Kami rakyat yang cintakan keaman dan keselesaan,
Jiwamu sangat ikhlas dan kami sangat sayang dan menghormatimu,
Agar hidupmu bersama kaum keluarga mu dimasa depan,
akan tenang dan bahagia serta nyaman,
Dilindongi Allah jua dan agar bergembira disamping ietri tercinta,
kepada mu aku memberikan jaminan,
Biar darah bercurahan,
Namun bangsaku tidak akan ku gadaikan.

Kepada Najib,
Anda kawan dan sahabatku,
Dunia dan akhirat,
Akan ku bantu hingga kebukit sama didaki,
kelurah sama dituruni,
Semoga sukses menjalani tugas baru mu,
demi bangsa, agama dan negara,
yang sama-sama kita sayangi ini.

Jumayatara berkata...

Tak sempat nak ucap tahniah kat Najib, perlantikan hari Jumaat ni dibatalkan..

Tu pasal nak bodek nak bagi ucapan tahniah...bior benda tu jadi dulu..

Gelojoh benor Panglima ni ...tak sempat nak bukak seluor dah hayun....

Pelan-pelan bodek....

semutapi berkata...

pendekar,

Yang hang tulis pasal komunisma di Malaysia tu hampir tepat.Yang tak tepatnya kerajaan kita mengamalkan kapitalisma yang dasarnya hanya menguntungkan pemodal pencekik darah, rakyat bawahan kurang diberi perhatian. Negara komunis pula beri keutamaan kepada rakyat dengan falsafah 'men are equal'. Itu yg tak samanya antara kapitalisma Malaysia dan komunis.

Yang samanya kita di Malaysia ini dengan komunis ialah cara kerajaan mengurus kebebasan bersuara, di sini semuanya tak boleh macam negara komunis juga. Akhbar pembangkang tengoklah tak renew permit. Akhbar arus perdana pula hanya cerita kempen BN saja, macamlah BN saja yg bertanding dalam PRK tu! TV pun dua kali lima, semuanya cerita mengenai perjalanan kempen BN, macamlah BN parti tunggal yang bertanding dlm pilihanraya. Serupa juga masa komunis perintah Eropah Timur dulu, semua cerita dalam akhbar berkisar mengenai Parti Komunis cap tukul besi tu. Itu yg samanya antara BN dan kerajaan komunis tu.

Semoga lepas ini kerajaan sedar, dasar mirip komunis tak sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Panglima Perang Cyber berkata...

ishhh...ishhhh

aku dah kata jelas kat atas.. sini tempat bagi ucapan utk pak lah dan najib, hang ni mai dok kacau pula..

macam budak budak...

dah larang pun nak buat juga..

tak pa, aku biaq orang tengok perangai hang pa ni...

tak senonoh betui la...

Aiman berkata...

panglima no idea to komen ur word la semut..tu yg die cover mcm tu..haha

chot berkata...

selamat bercucuk tanam paklah

hope 2 c ur product at pasar tani..

wa caya luk

Tai berkata...

kepada Pak lah, terima kasih atas sumbangan Pak Lah terhadap negara. jasa pak lah amat besar sekali. Dan, kepada Dato Najib, selamat menjalankan tugas anda dan selamat berjaya.

Azizahns berkata...

teringat perkataan R.A.H.M.A.N

RAHMAN
ABD RAZAK
HUSSEIN ONN
MAHATHIR
ABDULLAH (ANWAR TAK JADI)
NAJIB

Azizahns berkata...

UCAPAN KEPADA NEGARAWAN YANG DIHORMATI...PAKLAH.

SEBENARNYA SAYA RASA SAYA TAK LAYAK UNTUK MEMBERI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PAKLAH ATAS SUMBANGAN BESAR BELIAU KEPADA NEGARA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SAYA.

SAYA CUMA NAK MOHON JUTAAN KEMAAFAN ATAS SEGALA KETELANJURAN TUTUR BICARA SAYA, KOMEN-KOMEN MAHUPUN PERBUALAN ANTARA RAKAN YANG MENGAITKAN NAMA PAKLAH DALAM HAL-HAL PENTADBIRAN NEGARA.

saya tahu Paklah tentu tak tahupun saya mengumpat dan mengutuk Paklah . sebab Paklah bukan kenal dengan saya. Tapi saya selalu marah-marah dan salahkan Paklah sebab harga barang dan minyak naik dahulu.

Tapi siapalah saya ini... Paklah tentunya jauh lebih mengambil berat tentang negara, bangsa dan agama daripada saya. Paklah tentunya lebih bijak untuk mengurus hal-hal negara berbanding saya. Paklah tentunya mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada saya. Kerana itu saya rasa saya tak layak mengucapkan terima kasih. saya cuma mohon maaf atas ketidaksabaran saya.

Azizahns berkata...

Ucapan untuk Datuk Seri Najib...

Bila kita berada di bawah... kita sukar mendongak ke atas. Kadang-kadang hingga sakit tengkuk. Tapi kita dongak jugak sebab nak tengok apa yang ade kat atas tu.

Bila kita berada di atas... senang je kita tinjau atau pandang kat bawah. Tapi kita selalu terlupa pandang bawah. Kadang-kadang bila jalan tersungkur tersepak batu, sebab kita tak pandang bawah.

Cari Blog Ini

Translate