Cerita 1
Video ini ada dimuatkan di blog merevolusikan diri ( klik sini )
Ia boleh dilihat di laman asal di sini http://www.youtube.com
Anda boleh lihat sendiri video tersebut di bawah ini bagaimana Nizar menafikan Negara Islam agenda perjuangan Pas di hadapan rakan rakan Pakatan Rakyat iaitu Dap dan Pkr......
Cerita 2
Suasana sedih di mesyuarat Kabinet terakhir Pak Lah seperti gambar di bawah.
Walau bagaimanapun, melepaskan jawatan di saat sedang enak di atas kerusi adalah satu perlakuan orang berjiwa besar....
Selamat bersara Pak Lah !
Cerita 3
Pembangkang cuba menjatuhkan karektar Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Agama BN dengan menyiarkan isu gambar penari seksi di majlis yang dihadiri Menteri tersebut iaitu Dr Zahid Hamidi.
Ia dimulakan oleh Malaysiakini yang jelas memang selalu condong kepada Pakatan Rakyat ( baca : rosak ) dan sering mengemukakan isu isu sensitif berkaitan agama seperti Forum Murtad Majlis Peguam, Isu nama Allah yang mana dilawan keras oleh Zahid Hamidi selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian agama..
Seperti komen beliau di bawah yang disiar di sini :
Sep 14, 08 7:41am |
“Jangan sentuh isu berkaitan dengan agama”, demikian nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sebarang kenyataan yang menghina mana-mana agama boleh menimbulkan kekecohan. “Sama ada melalui blog atau mana-mana forum, ia boleh menimbulkan kemarahan mana-mana kaum,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam. |
Sila lihat di blog Siasah di bawah dan mungkin anda dapat tambah komen di sana membetulkan fakta sebenar yang cuba diguna untuk menfitnah Menteri yang menjaga hal ehwal Agama Islam tersebut.
atau di blog asal berita tersebut
9 ulasan:
Siapa berani klik sini tengok Nizar akui Pas tak berhajat buat negara Islam
http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs
salam,
pembangkang ni makin lama makin banyak penipuan dia bwat..
alangkah baik jika mereka di tolak pada PRK nnt..
kes pompuan seksi tu tipu ke?nape korg xcuba bg nasihat??kate pembela agama..dah la bg reason itu adalah amalan budaya cina..nape ckp mcm tu??xpk prasaan org cina??panglima jgn butakan ati sbb BN..BPN bkn BN kn??
emm mcm2...jgn politikkan agama? ishkkk..kenapa kena asingkan agama ngan politik? emmm jiwa kacao korang ni
salam,
Fuckatan Riot ni dh xde modal nmpknya..nk hina org pn agak2 la..
berdasarkan pengalaman aku yg pnah menganjurkan mjlis ni.. korang kena la tau yg dia dtg sbg TETAMU je kat majlis tu..
so yg amoi2 seksi tu dh tentu la penganjur yg rancang..xde kena mengena pn dengan si zahid ni.. melainkan la klu dia yg mintak.. so dlm kata lain si zahid ni mangsa keadaan..
sepatutnya kita puji sikap dia ni..walaupun ada benda yg dia x suka, yg boleh dijadikan modal oleh Fuckatan Riot utk mengutuk+hina dia, dia ttap dduk dlm mjlis tu demi utk jg air muka tuan rumah..
ini la sifat yg kita nk dari sorang pemimpin.. bukan setakat tau mengutuk je cm org2 Fuckatan Riot, dh mcm anjing pn ada aku tgk..
blah la lu
Saya bersimpati dengan menteri berwajah crook yang menjaga agama bernama Zahid itu. Tak habis-habis cerita negatif mengenai tokoh agama ini. Dulu disebarkan video bogel anak gadisnya yang sedang mandi dengan lagak ghairah itu. Kemudian hangat pula kisah kesamsengan dan kemafiaannya menyerang dan membelasah seorang rakan anak gadisnya. Dan sekarang cerita tentang majlis tarian separuh bogel yang dihadirinya pula. Kesian tokoh agama kita itu kerana ketrampilan diri dan familinya sendiri gagal mencerminkan wajah orang beragama.
Saya dengar malam ni adalah malam gempaq di Bukit Gantang. Kononnya malam ni ada Ceramah Umum tahap Mega di Bilik Gerakan Umno Larut Tin jam 8.30 malam. Penceramah power yang akan hadir membuat kejutan dan bongkar maut malam ni ialah Hamdan Taha, Hanapiah Man, Lokman Adam, dan seorang selebriti politik tanahair yang tidak dimaklumkan namanya.
Jika blogger BPN yang hendak hadir ceramah Umno itu, eloklah pergi, sebab Umno sudah jamin itu gempaq punya ceramah! Tapi sesiapa yang berharap ada tarian separuh bogel lagi mengiringi majlis itu, jangan harap! Zahid dikatakan tak hadir majlis itu, jadi tak adalah tarian separuh bogel. Tarian separuh bogel cuma sesuai untuk orang beragama seperti Zahid sahaja!!
Ini salah satu pendapat dari Pengundi Bukit Gantang:
Sebenarnya, perjuangan menegakkan Negara Islam adalah tanggungjawab semua orang Islam. Tak kira PAS ke UMNO ke janji orang Islam wajib menegakkannya. Dalam proses menegaknya kita perlu beri kefahaman yang jelas tentang Negara Islam, bukannya memberi gambaran yang tidak betul. Dalam proses menegakkan Negara Islam ianya memerlukan masa (sila kaji Sejarah Islam) bukan 10 bulan, UMNO dah 50 tahun pun tak dapat nak tegakkannya, malahan bayangannya pun tidak. Bertambah teruk bila pimpinan UMNO sendiri meluluskan permit Judi tanpa kawalan, mengamalkan rasuah dalam bentuk "politik wang" (disahkan sendiri oleh lembaga dispilin UMNO) dan berbagai lagi. Berilah peluang kepada YB Nizar menerangkan Negara Islam (dalam keadaan sebenarnya) kepada DAP (bukan Islam) apabila kefahaman jelas maka mudah bagi mereka menerimanya dan Negara Islam boleh ditegakkan. Tetapi UMNO dilihat memberi gambaran buruk terhadap bukan Islam mengenai Negara Islam (sejak dahulu lagi) dan menakutkan bukan Islam mengenai penubuhan Negara Islam, sehingga ada pimpinan UMNO berkata jika diwujudkan Hudud (salah satunya hukum rejam) maka Malaysia tak cukup batu untuk digunakan (boleh dikaji dalam sejarah UMNO menentang hukum hudud), malahan banyak lagi penentangan UMNO terhadap hukum hudud (orang lama UMNO lebih tahu dan arif mengenai perkara ini). Disebabkan itu saya yang menyertai UMNO sejak 70-an pun rasa UMNO dah melampau menentang Hudud dan banyak pimpinan UMNO yang nyata tidak Islamik. Justeru itu saya pun kecewa dengan UMNO dan telah menjadi ahli UMNO yang tidak menyokong UMNO malahan akan memangkah PAS (atau bukan BN) dalam setiap pilihanraya.
--Pak Su Meor Manan---
Saya tolong melaporkan kerana beliau tidak cekap menggunakan komputer.
Bukan senang nak berundur ketika sedang enak berada di atas...Sedangkan Nik Aziz pun masih tak nak berundur dari kerusi MB walhal jika dibandingkan tahap kesihatan Pak Lah jauh lebih baik dari Nik Aziz...orang yang sayangkan agama, bangsa dan negara sahaja yang sedia berundur seperti Pak Lah bak kata orang tua2, berhenti makan sebelum kenyang...
betul padiyappa...sokong !
Catat Ulasan