Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 April 2009

Edisi Malam : Surat Cinta Nik Aziz kepada Nga yang perlu anda baca ~ Malaysiakini

Cerita 1


Nik Aziz dikhabarkan telah menulis surat kepada bakal Ustaz DAP bernama Nga Kor Ming selepas beliau dikecam kerana membaca ayat dengan salah, nama surah juga salah dan yang paling memalukan ia didiamkan sahaja oleh orang orang Pas termasuk Mursyidul Am Pas.

Selepas itu TIGA MUFTI telah mengulas dalam nada mengecam tindakan tersebut namun peliknya Nik Aziz semakin juga berani membela tindakan Nga hingga mengutus surat yang telah atau akan anda baca di alam maya ini dengan klik sini... 

Surat membela tindakan Ngor agar tidak 'merajuk' barangkali dan pastinya bagi mengekalkan momentum sokongan CIna dan India kepada PAS yang sudah pun berwajah liberal dan pastinya sudah menjadi PAS for ALL.... 

ALL boleh ? Wallahu A'lam....  
 
Nak baca surat cinta Nik Aziz kepada Ngor ? Boleh klik juga di sini 

Cuma satu je nak tanya, Nik Aziz tulis tentang hasrat baca ayat tu sebab Nga nak belajar Islam ke atau peralat Islam sebenarnya ???


Cerita 2

Isu kekalahan masih lagi berdegar dibincangkan dan dikatakan antara puncanya ialah kelemahan MCA dan MIC menarik sokongan kaum mereka sendiri sehingga sokongan bangsa CIna dan India semakin kurang dan telah menjadi punca kekalahan calon BN sejak dua menjak kebelakangan ini.. 

Analisa tidak berapa ringan ; tajuk artikel rakan kita Parpu Kari boleh anda baca ( klik sini ) siap dengan luahan hati beliau sendiri yang bertungkus lumus di sana meninggalkan anak isteri untuk memastikan kemenangan BN/UMNO walaupun ditakdirkan kekalahan juga keputusan akhirnya...

Oppps saya terlupa, bukankah ramai pengundi hantu di sana seperti dakwaan PAS dan PR ???


Oh ye, pengundi hantu tiada jika mereka menang..... saya pun dah lupa kaedah politik tersebut.




Cerita 3

Percaya atau tidak, Ramlang Poringi mengakui sumpah Saiful sah... Cuma kalau dia tak akui pun mufti kita dah lama mengakui sumpah si Saiful Azlan Bukhari tersebut... 




Cerita 4

Pemilihan anggota Kabinet telah diketahui umum dan menariknya komen KJ sebagai Ketua Pemuda yang tidak dipilih sebarang jawatan pun seperti mana dipapar dalam blog saya ruangkomen oleh Bro Jinggo ( orang kuat KJ )

Ia satu kenyataan yang baik demi menjaga agar perpecahan tidak berlaku....Cuma sejauh mana di dalam hati itu, rasanya biarkan Allah sahaja yang Tahu..

kan ?

Link komen tersebut jika mahu baca boleh klik sini....



Cerita 5

Apa pandangan anda jika BPN mengadakan tabung dana kebajikan blogger BPN ? boleh kita sumbang untuk pergi buat tugas di mana mana tempat PRK .. Atau diguna untuk biayai sebarang perjumpaan di mana mana tempat.. 

Anda setuju ?

Apa pandangan anda ?

Sila nyatakan di kotak komen bawah ini...Tq



Ok nak keluar jap, ada hamba Allah perlukan jumper di tepi highway ke KLIA....sekeluarga..pergi bantu dia jap...

Moga Allah bantu saya pula di lain kali... 

Salam semua, pastikan niat kita sentiasa ikhlas dalam apa jua perbuatan..

Siapa nak tentukan ikhlas atau tidak kena tanya ALLAH lah kerana hanya DIA mengetahui status hati kita semua.



1 ulasan:

hilbert berkata...

Salam PPC,
Maka itu lah kehendakNya. Nik Aziz serta orang-orang PAS telah dimakan sumpah oleh kata-kata kesat mereka selama dan sebelum ini terhadap BN dan terutamanya ditujukan kepada UMNO.

Dahulu PAS seringkali melabelkan UMNO sebagai kafir bilamana menjalinkan kerjasama dengan parti-parti yang bukan berteraskan perjuangan agama Islam dan bangsa Melayu seperti MCA,MIC,Gerakan,PBB,PBS,SUPP,PRS,SPDP dan semua gabungan yang ada dalam Barisan Nasional. Sehingga dimana mereka tergamak menggelarkan Pak Lah dengan panggilan yang begitu mengaibkan sekali - Badwi di Malaysia jaga babi, Badwi di Arab jaga unta.

Jadi disitu, ada persoalan dalam diri...apa hina sangatkah kami orang-orang yang bukan beragama Islam dimata orang PAS ketika itu, dan sekarang mulia sangatkah orang-orang bukan Islam terutamanya DAP dimata dan hati PAS???...baru kita tahu sekarang pakaian seseorang bukanlah lambang keperibadian sebenar individu seperti Nik Aziz serta Ulama PAS,.lebih tepatlah kata pepatah; "lain dimulut,lain dihati".."paku dulang,paku serpih,mengata orang,PAS yang lebih"..Dasyat! Pokok lalang tua, kemana arah kena tiup angin, maka kesitulah dia condong...

Sekian. Terima Kasih.

Cari Blog Ini

Translate