Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 April 2009

Edisi Pagi : Mufti Mufti Sepakat Larang Bukan Islam Guna Ayat Suci Al Quran Kempen Politik ~ Malaysiakini

Cerita 1



Pagi ini saya telah memilih untuk mengutarakan isu Nga Kor Ming lagi. Iaitu keputusan Mufti Mufti dalam persidangan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur 6 April lalu. Ia ekoran perbuatan ahli Dap ( baca: bia+DAP ) yang juga Adun Pantai Remis membacakan ayat quran semasa kempen baru baru ini.. Jelas Mufti Mufti tidak bersetuju tindakan Nga Kor Ming tersebut. Termasuk juga tindakan Gobalakrisnan sebelumnya yang pernah juga membaca ayat quran ketika berceramah di hadapan penyokong PAS...

Lihat link asal berita disiar dalam UTUSAN MALAYSIA di sini  

Kesimpulannya :

PAS telah berjaya memukau para penyokongnya hingga tidak ada seorang pun yang berani menyanggah FATWA POLITIK Nik Aziz yang membenarkan tindakan Nga Kor Ming sehingga mengutus surat kepadanya agar beliau teruskan lagi perbuatan tersebut. 

Meskipun sebelum ini para Mufti telah memberi kenyataan mereka sehingga akhirnya persidangan telah dibuat untuk membantah tindakan tersebut seperti berita yang disiarkan di atas. 

Ini kerana jika Nik Aziz tidak bersetuju tindakan beliau sudah tentu suratnya akan menggesa Nga Kor Ming jangan lagi mengulangi tindakan berceramah menggunakan ayat suci Al Quran yang dibaca tunggang langgang.. Demi mengutuk parti orang Islam bangsa Melayu bernama UMNO...Tetapi tidak sama sekali ada nada sebegitu dalam suratnya....


Keputusan menggesa BOIKOT UTUSAN dan TV3 telah berjaya menghalang maklumat sebegini disiarkan atau dibaca oleh rakyat Melayu Muslim kita.Jika anda mahu membaca berita tentang keputusan Mufti Mufti tersebut di Suara Keadilan atau Harakah atau Roket, anda ibarat menunggu BULAN JATUH KE RIBA.....

Oleh itu jangan terlampau taksub sangat sehingga hanya akhbar politik pembangkang sahaja yang anda beli dan menolak selainnya...



Cerita 2


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan yang rapat atau tidak, yang pernah bersua di sini atau tidak, kerana mengikuti blog saya sebagai follower...

Selepas diteliti rupa rupanya jumlah follower blog ini sudah pun mencecah 190 follower pada hari ini.. Satu jumlah yang besar dan mengatasi blog Setiausaha Akhbar Hj Hadi merangkap Ketua Penerangan PAS Selangor Saudara Roslan SMS.

Tak kenal siapa dia ? Anda boleh ke laman beliau di http://n32.blogspot.com

Pasti ada orang bertanya, kenapa Panglima suka buat link link blog pembangkang di sini ? sedangkan mereka tidak pun pernah atau sering membuat link ke blog blog kita ?

Sebenarnya saya suka membuat pautan untuk memudahkan rakyat menilai sendiri gaya bahasa dan gaya diri mereka. Ia untuk membolehkan rakyat sedar bahawa gaya penulisan mereka menjurus kepada memperli, menghina, memperlekeh dan sebagainya. Tidak ada dan jarang sangat perbuatan baik Kerajaan kita dipuji dengan sepenuh hati....

Betul tak ?

Lihat imej blog Roslan Sms di bawah.... Bukan untuk berbangga tetapi untuk memberitahu ucapan terima kasih saya kepada sahabat sahabat yang telah mengikuti blog ini.

Terima Kasih/ Thank u / Syukran / Tochee / Syukriya







Cerita 3

Pagi ini saya telah mengubah tetapan paparan utama blog ini. Sebelum ini saya mengambil keputusan menyiarkan hanya satu artikel sahaja di sini. Tetapi memandangkan saya takut artikel sebelumnya hilang begitu sahaja, maka saya telah menukar agar 3 artikel disiarkan di ruang utama blog ini.

Meskipun ada widget top article dan artikel berkaitan oleh Linkwith, saya tetap mengambil keputusan menambah kepada 3 artikel agar senang sahabat membaca artikel edisi pagi, petang atau malam saya selepas ini. Lagi satu, saya memerlukan respon melalui komen di bawah setiap artikel yang saya paparkan di sini...

 

Itu sahaja, mahu pergi survey kedai nak disewa.  Ada 'projek' baru nak dimulakan 19 hb depan. 


Kat mana ??? 


RAHSIA hehehehe..

Ok, salam semua dan pastikan niat kita sentiasa ikhlas setiap kali kita menulis dan berdakwah di blog kita atau blog blog mereka yang masih lupa mencari jalan kebenaran..

Moga perpaduan akan tercapai di Malaysia dengan berkat semangat ahli BPN semua mengusahakannya di mana jua ruang yang ada di alam siber ini...


6 ulasan:

PUTRAKENCANA berkata...

Apalah nak jadi dengan Nik Aziz ni.

Sungguh tak faham..........

AbgTuah berkata...

SALAM PANGLIMA..

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK..

http://abangtuah.blogspot.com

PARPUKARI berkata...

DENGAN IZIN YA SAYA NAK CERITAKAN APA YANG BERLAKU DI BUKIT GANTANG!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/skandal-pas-judi-dan-arak-truth.html

PEJUANG CYBER berkata...

Salam panglima

ada projek kongsi la sikit dgn kawan sikit hehehehe

panglima SP cadangakan panglima membuat satu colum didalam ruang blog panglima untuk mengutip tabung sumbangan iklas kepada BPN...

dimana kita mengalakkan pelayar-pelayar laman web boleh membuat derma iklas tak kiralah sesiapa sahaja... (pro umno, pro kerajaan, pelayar2 internet, ahli jemaah menteri dan sesiapa sahaja)

harap cadangan yang tak seberapa dari saya ini mendapat perhatian panglima...

Jom kita lanyak PAS X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

Unknown berkata...

salam..........guna akal fikiran untuk tentu kan yang hak dan batil, benar dan salah berdasarkan nas dan akal yang waras....

saya baca comment awak dalam blogger siasah, cakap tak serupa bikin....ibarat paku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih"

Panglima Perang Cyber berkata...

tq komen semua..

Senapang Patah - perkara itu telah dibincangkan dan harap ia menjadi kenyataan..

apa apa hal nanti senang kita buat dana untuk bloggers kita.

cuma cara itu kena dibincangkan lagi agar tidak timbul fitnah dakwaan salah laku atau salah guna dan lain lain..

tq idea senapang patah.

salam.

Cari Blog Ini

Translate