Cerita 1
Saya tertarik dengan komen berkenaan isu Karpal Singh jatuh dari kerusi roda oleh blogger angin perubahan di sini : http://anginperubahan.blogspot.com
Memang Karpal menerima nasib malang semalam semasa menghadiri perbicaraan di Pahang berkenaan MB Pahang yang diperintah membayar RM 63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakilinya.
Kali pertama mendengar berita Karpal jatuh kerusi, memang saya merasa sangat gembira kerana Tuhan sudah menunjukkan sedikit kuasaNYA kepada manusia bergelar Karpal Sing yang mengatakan dengan bongkaknya bahawa Singh is King ini.
Namun, saya masih belum gembira sepenuhnya kerana selagi Karpal hidup dan menderhaka, saya risau perbuatan buruk tersebut akan diikuti oleh sesiapa yang cenderung untuk melawan dan menderhaka Raja kita. Tidak kiralah anaknya Gobind Singh atau anak Nga Kor Ming atau Kamarudin Jaafar selaku SU PAS masa kini, pada masa akan datang.
Apa pun, mujurlah Karpal masih hidup kerana kita sudah penat untuk menambah lagi PRK bagi memilih YB terutama YB PR yang sangat suka meletak jawatan tanpa ada alasan munasahab seperti YB Fairus dan Adun Selambau yang lalu.
Hidup atau mati Karpal bergantung kekuasaan Allah. Biarkan Allah menentukan amalan dan saat terbaik untuk diambil nyawanya.
Kita hanya menunggu dan yakin penderhaka pasti akan mendapat balasannya dengan segera !!!
Lihat gambar dan berita yang disalin dari Berita Harian klik sini :
KARPAL Singh menahan sakit selepas terjatuh dari
kerusi roda di Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam.
Cerita 2
Mesyuarat MT sudah pun selesai bersidang dan jelas keputusan telah diketahui semua dan sila klik di sini untuk mengetahui keputusan terperinci yang saya lihat menggambarkan sikap tolak ansur YAB DS Najib di dalam menyusun MT UMNO yang baru demi menghadapi PRU 13 akan datang setahun dua lagi barangkali..
Cerita 3
Ketika mendengar berita bahawa agama anak pasangan yang menukar agama kepada Islam hendaklah mengikut agama asal semasa berkahwin begitu merisaukan saya. Untuk itu saya rasa lebih elok jika Kerajaan menimbangkan kembali perkara tersebut kerana ia bercanggah dengan syarak seperti mana yang diulas oleh ahli fatwa kita di sini...
Saya sangat bimbang keputusan tersebut boleh menimbulkan keresahan orang Islam dan seharusnya ia perlu dikaji dan dijelaskan lebih mendalam supaya tidak merunsingkan kita semua yang semakin risau dengan dasar dasar baru kerajaan yang nampak seolah olah terlalu ingin mendapatkan sokongan Cina dan India sehingga sanggup mengorbankan MECD, Kuota 30 persen dan terbaru isu status agama anak pasangan Mualaf di atas.
Kita di team BPN tidak mahu persepsi negatif menghantui kita semua samada pro atau anti kerajaan dan memungkinkah ia akan dieksplotasi oleh pembangkang yang begitu dahagakan isu isu panas demi meraih kembali keuntungan politik yang sudah terancam dengan kes kes yang berlaku akhir akhir ini....
Jika tidak tentu BPN akan mendesak agar ia dikaji semula demi menjaga nasib agama dan bangsa kita yang menjadi teras perjuangan BPN selama ini..
p/s : senarai BPN dan penyokong BPN sedang dibina kembali dan saya mohon maaf mengambil masa yang lama kerana talian internet yang tidak stabil walaupun sudah diperiksa kakitangan TM pagi tadi. Antara punca saya difahamkan mungkin kerana serangan virus pihak pihak yang tidak senang barangkali dengan kumpulan BPN sehingga berhasrat mahu menghalang saya dari terus menggunakan internet untuk menguburkan perjuangan BPN kita ini !!!
Namun bagi saya, perjuangan ini samada dua, terkorban atau menang !!!
Lawan pasti lawan habis habisan.
5 ulasan:
Salam sejahtera semua.
Karpal Singh terjatuh,ketika hadir dimakkamah sebagai peguam bela. Banyak persoalan yang harus dijawab dengan keadaan seperti itu.
Dulu kita pernah tahu, bahawa Republik Indonesia ada seorang Presiden yang jika di Malaysia memang telah diletak dalam kategori orang kurang upaya atau lebih manis lagi golongan istimewa.
Rata-rata rakan-rakan saya dari Indonesia ketika itu, melahirkan perasaan malu ber"presiden" orang seperti itu, tambahan pula ketika itu negara jiran mereka iaitu Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang sangat berwibawa, cergas, berani YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya selalu bertanya kepada mereka, bagaimana perasaan anda mempunyai seorang presiden yang begitu...maka jawab mereka, nak tau apa?.. jawab mereka..MALU,MALU,MALU...
Itu kisah di Indonesia. Kita di Malaysia pula lain ceritanya. Ada sesetengah rakyat di negara kita yang masih memerlukan pembelaan daripada seorang peguam bela yang sentiasa perlukan bantuan orang lain untuk bergerak. Bagi saya seseorang peguam bela itu hendaklah terdiri orang yang sihat tubuh fizikal serta mentalnya. Peguam bela tidak akan dikira berkesan dari tindakkannya jika hanya bergantung kepada lidah, mata dan sebelah tangan saja untuk bertindak sebagai peguam bela.
Anda boleh tengok, dah terjatuh begitu..sapa nak bela sapa??????..kan ke dah jadi kes haru biru tu... Kalau silap-silap haribulan, siap orang yang sorong kerusi roda dia kena saman. Belum selesai lagi kes MB Pahang kena saman RM63 juta, ada lagi tukang sorong kerusi roda Karpal kena saman. Kan hobi pembangkang ini main-main saman..kalau main saham tak apa lah juga. Nasib Karpal jatuh tak mati, kalau tak..tentu siap satu mahkamah sama dengan hakim kena saman oleh anak "rintik" dia.
Dah merdeka 50 tahun pun kebanyakan bangunan2 kerajaan tidak mesra OKU, sungguh memalukan. Kalau parking utk OKU di bangunan2 kerajaan pula biasanya disi dengan kereta2 VIP.
Pasal kerajaan Najib korbankan MECD, kuota bumiputra 30% dan isu status anak mualaf tu hadiah Najib kepada ahli2 UMNO, bersesuaian dengan matlamat beliau 1 malaysia. Tahniah lah diucapkan kepada UMNO.
Dah merdeka 50 tahun pun kebanyakan bangunan2 kerajaan tidak mesra OKU, sungguh memalukan. Kalau parking utk OKU di bangunan2 kerajaan pula biasanya disi dengan kereta2 VIP.
Pasal kerajaan Najib korbankan MECD, kuota bumiputra 30% dan isu status anak mualaf tu hadiah Najib kepada ahli2 UMNO, bersesuaian dengan matlamat beliau 1 malaysia. Tahniah lah diucapkan kepada UMNO.
hilbertmontell...
Adakah sbb karpal singh tu OKU,hang sanggup perlekehkan keupayaan OKU spt dia?
Ada akauntan yg buta,guna PC khas utk bekerja.Dia masih mampu bekerja.
Ada senator dewan negara yg buta,dialah pakar ekonomi dan diberi kepercayaan utk dilantik senator.
manusia berhujah menggunakan akal,bukan menggunakan kaki dan tangan.malah,kaki dan tangan juga memerlukan otak utk menggerakkan 'servo motor' sendi2 anggota terbabit.
tak tau lah pulak aku yg org2 umno ataupun anti-pembangkang ni berhujah guna tangan dan kaki semata-mata.
Saya rasa saudara seakan2 suka beliau jath dari kerusi. Kurang elok tu saudara.Maaf kalo andaian saya kurang tepat. Saya rasa untuk mencapai kematangan politik, kita semua kena ubah cara berfiir dan cara kita MENULIS.Saudara tentu tidak mahu dikenali sebagai penulis kelas rendah. Saya prcaya saudara boleh mngemukan isu2 yang lebih relevan lagi dari isu2 jatuh ni. Saya cadangkan saudara cuba suarakan permasalahan atau aduan rakyat yang tidak diendahkan oleh pkr atau pakatan rakyat.. sure punye org akan pandang tinggi kat Saudara kerna mengetengahkan isu2 semasa. APa2 pun saya suka baca blog saudara, terima kasih
Catat Ulasan