Nga hina agama, umat Islam: Mufti ~ Berita Harian
Adun perlu mohon maaf kepada umat Islam segera
KUALA LUMPUR: Mufti, pakar perundangan dan pertubuhan Islam menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang membaca ayat suci al-Quran dalam siri ceramahnya semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya kecil sebagai usaha menghina agama dan umat Islam.
Mufti Perlis dan Selangor berpendapat perkara itu jika terus dibiarkan tanpa tindakan tegas pihak berkuasa boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana ia jelas tidak menghormati agama rasmi negara ini.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membuat laporan polis secara berasingan di sini, semalam, sebagai membantah dan mengutuk tindakan Nga dan memintanya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Islam tidak melarang bukan Islam membaca al-Quran kerana kitab itu untuk semua manusia tetapi hendaklah digunakan dalam suasana, niat baik dan bacaan yang betul.
Beliau yang mendengar bacaan Nga yang disiarkan di televisyen kelmarin berkata, bacaan dilafazkan itu jelas tidak betul dan menyeleweng.
“Kalau orang Islam sendiri yang menyalah guna ayat suci itu juga dilarang, apatah lagi orang bukan Islam. Ia boleh menggugat kestabilan, jangan heret kitab suci dalam kemelut politik sebab kita tidak mahu berlaku salah guna dan tidak ada rasa hormat pada sensitiviti penganut agama lain,” katanya ketika mengulas desakan pelbagai pihak supaya Nga memohon maaf dan menghentikan perbuatannya kerana mempersendakan agama Islam semata-mata untuk memancing undi orang Melayu.
Kelmarin, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama satu minit 16 saat.
Dalam rakaman itu, Nga memberi salam secara tidak tepat dan membaca petikan yang didakwa dari surah ‘Aura’ yang tidak ada dalam al-Quran.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata ayat al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan membaca al-Quran adalah ibadah.
Namun katanya, umat Islam yang menyebut ayat al-Quran tidak betul, bukan mendapat rahmat sebaliknya laknat.
“Kalau bukan Islam yang tidak tahu sebut, dan salah bacaan, sudah tentu mirip kepada senda gurau yang tidak sepatutnya berlaku.
“Lebih baik mereka baca tafsiran saja, lebih selamat,” katanya.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainal Rijal Abu Bakar, berkata hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap mereka yang jelas menghina agama Islam mengikut kanun keseksaan mengikut Seksyen 298.
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20090407001640/Article/index_html
Kurang hajar si cina ini....
BalasPadamITU la yang disukai oleh pihak FUCKATAN RIOT.....
BalasPadamSi Kafir tu nak takut apa.... dia akan kata "Nizar, Hadi, Nik Aziz, Mustafa Ali dan Anwar bagi green light ma sama wa...dia olang kata boleh cakap ma....wa cakap semua olang PAS tepuk ma sama wa"
BalasPadamSiapa yang hendak disalahkan....., kalau bukan si penderahaka, perosak agama dan petualang negara.
Lepas ini kerajaan jangan lagi menjemput orang bukan Islam mengikuti tilawah Quran. Jangan juga sesekali menjemput orang bukan Islam mengikuti majlis Maal hijrah dan apa-apa jua majlis yang boleh mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Ini bagi mengelakkan dalam proses memahami Islam mereka tersilap menyebut sesuatu mngenai Islam mengikut sebutan yang betul.
BalasPadamJangan juga ajar anak kita yang belum mahir Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bertutur dalam bahasa itu, takut nanti dalam proses pembelajatran mereka tersilap membuat sebutan yang betul.
Jangan juga ajar anak kita yang baru belajar bercakap supaya bercakap dalam bahasa yang betul, biarlah mereka terus bisu dan tidak memahami apa-apa.
Elakkan kesilapan, biarlah orang tidak tahu apa-apa mengenai kita dan terus keliru tentang agama kita. Yang penting, jangan mencuba sesuatu, trial and error tidak sesuai dengan politik lawak kita.
itula pasalll...macam mana dia yg tak beriman dengan al-quran boleh kunun2 membaca ayat al-quran untuk menunjukkan tindakan mereka betul..
BalasPadamdah la bacaan salah,cakap ikut suke.nik aziz bole pulak cakap takde masalah org kafir bace al-quran.kata dia kebangkitan islam.ape kene mengena cina lahanat tu bace al-quran dengan perkembangan agama islam?
al-quran dan ayat dalam al-quran bukan alat untuk di persendakan.bukan juga alat untuk kepentingan diri...jgn terlalu excited nak memang sanggup menghalalkan cara yg salah dan haram..cissss
wahai pendikar gunung kriang!!
BalasPadamkami faham maksud saudara.
tapi anak2 memang dalam proses belaja,memang perlu mencuba sehingga pandai.bahasa arab,melayu,english adalah bahase yg jika salah sebutannya tidak dapat dosa besar.memang org tidak beriman tidak dapat dosa bile membace al-quran sesuka hati(tidak ikut sebutan dan tajwid yg betul).tetapi membaca al-quan untuk kepentingan diri kununnya bg memenangi hati org islam yg kurang imannya di anggap biadap.ingat..al-quran bukan alat memancing undi tetapi al-quran untuk pegangan dengan di baca, di hayati maksudnya dan di amalkan..
Nga Kor Min salah menyebut ayat Quran? Mengapa orang Islam tidak cuba betulkan sebutannya?
BalasPadamBetul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan UMNO, Pas dan PKR dalam ucapan-ucapan mereka itu? Betul sangatkah ucapan-ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Bagi mereka yang mahir al-Quran, banyak yang Mak Datin-Mak Datin ini sebut tak betul. Adakah bila Mak Datin sebut Quran tak betul, Mak Datin itu menghina Islam?
Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong-bondong ke Balai Polis membuat laporan! Kalau nak berbondong-bondong buat laporan tentang Mak Datin yang salah sebut al-Quran, nanti takut polis tak cukup kertas untuk mencatat!
Sikap inilah yang menghairankan kita. Kita terlalu defensif, enggan mengembangkan agama, tidak seperti suasana 30 tahun dahulu ketika Perkim begitu aktif. Sebab itulah agaknya Islam menjadi semakin layu di Tanah Melayu, semakin layu di negara kita?
aku dah tahu kenapa nizar menang di bkt gantang pasal mp taiping ngor blh baca ayat quran. 11 bulan dah blh baca klu 5 thn blh jd qari apa!
BalasPadamHahahahahahaha.....
hahahhaha,
BalasPadamlebih pelik ade org lebih hebat dari mufti mempertahankan cina DAP tu yg terang2 tidak mahu malaysia di jadikan negara islam..
mereka yg tidak tahu belaja dengan guru al-quran dan jika salah di perbetulkan..belaja untuk mendalami isi ayat2 al-quran dan membacanya dengan betul..
si nga DAP tu bace ayat al-Quran dengan sebutan tak betul untuk kepentingan parti/untuk pilihanraya.sempat lagi si nga tu tanye "betul ka?"
takde pulak pemimpin pas membetulkannya..
kenape nak bace ayat al-quran tapi tak beriman dengannya?kan bole bace terjemahannya sahaja!!
sempat lagi tuding jari pada org islam yg belum sempurna imannya.kan amalan dosa pahala umat islam di tentukan Allah.beginilah yg berlaku di palestin apabila 2puak beragama islam tidak sependapat dan saling bangga menyatakan mereka lebih islam dari yg lain.
pertahankan la wahai umat yg mengaku islam..pertahankan agama suci kita..
Terima Kasih PPC
BalasPadamTahniah Pakatan kerana dapat menewaskan Melayu Munafik Bertopengkan Islam.
No Oral sex. Enjoy life
salam,
BalasPadamjanganlah kita membantu orang kafir yang menolak islam membacakan ayat quran kepada orang islam. Jika ingin berdakwah cara islam, sepatutnya ustaz-ustaz PAS yang lebih berkelayakan membacanya beserta niat yang bukan untuk kepentingan duniawi semata-mata.. Apakah layak orang kafir mempergunakan ayat suci al quran untuk memancing undi?
Takde laa.. kalau DAP yang buat hal.. PAS akan berhabis-habisan mencari dalil mempertahankannya..
BalasPadamDAP yg mempergunakan Quran untuk politik, org UMNO pula disalahkannya baca Quran tak betul. Dunia sudah terbalik, sekiranya PR menang PRU-13 tengoklah nanti akibatnya, adakah ianya rahmat atau bala sebenarnya.
puak PAS dah buta hati...depa mesti kata si ko meng tu jugak yg betul, mufti ni depa mesti maki punyer...
BalasPadamni sumer hasil tunjuk ajar AnWAR yang pluralisme tu...
x-pkr
http:x-pkr.com
Panglima,
BalasPadamNampaknya PAS mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh sekutunya.
Si Ezam tu hang seliik la dia tu sapa dalam UMNO, awat la engko orang tak faham-faham
BalasPadamMAAFLAH RAKAN-RAKAN BLOGGERS PRO UMNO, JIKA BAHASA SAYA ATAU MANA-MANA AYAT SAYA MENYINGGUNG PERASAAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN…
BalasPadamKERANA UMNO PARTI KERAMAT AKU TAK RELA MELIHAT UMNO DIHANCURKAN OLEH SAUDARA UMNO SENDIRI!!!
SUDAH TIBA MASANYA KITA BERSATU!!! SUDAH TIBA MASANYA KITA BERGANDING BAHU UNTUK MEMULIHKAN SEMULA LUKA LAMA DALAMAN UMNO!!!
JIKA PERANG SAUDARA DIDALAM UMNO BERTERUSAN SAYA PERCAYA PRU YANG AKAN DATANG!!! UMNO PASTI AKAN BERKUBUR!!!
BERJUANG DENGAN SIKAP YANG TERBUKA… BERSATULAH DIBAWAH SATU NAUNGAN YANG MANTAP DAN DIGERUNNI OLEH BLOGGERS PAKATAN RAKYAT!!!
YANG PASTI SENAPANG PATAH AKAN KUBURKAN PAKATAN RAKYAT!!!
YENNA DEY!...
BalasPadamஅத்தொகுதிகள், அம்னோவுக்கு அடித்தளமாக விளங்கும் கிராமப்புற மலாய்க்காரர்களையும் 2008 பொதுத் தேர்தலில் எதிரணிக்கு வாக்களித்த சீனர்களையும் இந்தியர்களையும் கொண்டிருந்தன.
SAMY VELLU MINTAK JAWATAN MENTERI,
SETUJU!.. SETUJU!..
ONG THEE KIAT MINTAK JAWATAN MENTERI CINA DIKEKALKAN,
SETUJU!.. SETUJU!..
KITA SINGKIRKAN KJ,
BAGUIH!.. SETUJU!.. SERUJU!..
P/S: BAIK KITA JAGA KEBAJIKAN BANGSA CINA (MCA) DAN INDIA (MIC).
itulah bangsa pendatang DAP, yang ingin melihat Umat Melayu Islam ini bersengketa sesama sendiri.
BalasPadamItulah agenda utama DAP dari dulu hingga kini.
Pertama sekali saya mohon maaf kerana gangguan internet di rumah saya telah menghalang saya membalas komen semua yang hadir di atas dengan segera.. Ini kerana masalah yang berlaku masih berlaku dan saya kini menggunakan talian wireless rumah jiran saya...
BalasPadamSaya tertarik dengan komen dua pengunjugn di atas yang selalu membakar perasaan kita di sini dengan komen komen mereka dan saya khaskan sedikit komen di bawah kepada mereka berdua...
Kepada dua orang pengunjung setia blog ini, saudara/i Pendikar Gunung Kriang dan Semutapi :
sudah-sudahlah nak salahkan UMNO dan bela DAP. mentang2 kerana dia rakan pakatan politik parti anda sokong maka anda pun menyokong tindakannya sesuka hati ...
semakin banyak anda menulis semakin jelas kebodohan akal anda.
hingga sanggup pertahankan tindakan seorang bukan islam membaca ayat quran walau dibantah oleh TIGA MUFTI !!!
apa anda nak dengar nik aziz saja ? Selagi nik aziz tak halang selagi tu anda nak bela mati matian ?
Nik Aziz tidak layak dijadikan guru taksub anda.. Dia lebih suka memutar belitkan kenyataan dan tidak sedikit orang telah sedar sikapnya yang sekejap halal sekejap haram sebelum ini..
ingatlah orang orang pas juga yang letak gelaran tok guru kepada nik aziz.sedangkan apa dia buat ? selain menjahanamkan islam sampai orang dah nampak Pas itu islam dan selain Pas semua bukan islam.
Tak begitu ?
kesannya ????
anda dua orang nilah yang menjadi terlalu taksub sehingga menggunakan dan mencari apa jua alasan untuk menghalalkan tindakan Nga Kor Ming mencaci saudara seislam dengan berbekalkan peluru dari ayat quran surah yang tidak ada dalam quran iaitu Surah Aura.
Jika anda berdua tidak mahu bertaubat sekalipun, berhentilah membela orang tidak betul tindakannya dan sedarlah nik aziz orang yang telah berjaya menanam kebencian orang pas kepada umno supaya pengikut nik aziz tidak akan lari menyokong parti selain pas.
akhirnya 18 tahun dapat dia perintah kerajaan negeri kelantan dan orang orang di bawah tidak sedar mereka telah diperalatkan dengan huraian quran dan hadis versi politik sehingga tidak ada lagi kemurnian dalam huraiannya.
Apa jadi ?
Rakyat makin rosak perangai dan lihatlah bagaimana kerana perlawanan bola sepak, rakyat kelantan yang menjadi negeri asal saya telah tidak berakhlak lagi hingga membuat rusuhan dan membakar kereta..
kerana kerosakan nik aziz yang jelas tidak membawa apa apa kecuali kebencian terhadap saudara seagama islam sehingga akhlak pemuda pemudi telah semakin rosak seperti peristiwa rusuhan di atas..
Pasti anda akan kata : ini berpunca dari BN.Kerana BN yang buat itu buat ini...
Soalnya : siapa yang mengawal kerajaan negeri ? siapa yang tiap minggu mengajar di markas PAS kota bharu dan beribu ribu datang mendengar ceramah?
Tok guru yang sebenar dapat membina akhlak dan peribadi muridnya. Jika dia menjadi pemerintah dia pasti akan berjaya membentuk akhlak rakyatnya. Kerana berkat ilmu dari amalan rohani yang tinggi..
Tetapi ? apa jadi sekarang bukan salah nik aziz ke ? bukan salah pas ke ?
Ye...semua salah umno...itu jawapan yang sudah dibentuk dalam minda. Akhirnya pas sudah selesa buat apa sahaja kerana mereka sudah berjaya menanam mind set begitu rupa demi menjayakan rancangan mereka untuk terus berkuasa dengan memperalatkan agama untuk tarik perhatian golongan muda mudi dan dewasa agar terus menyokong perjuangan karut mereka..
Nik Aziz hanya manusia biasa dan tak layak pun dapat gelaran tok guru..
Kenapa dia diletak gelaran tok guru ?
supaya masyarakat melihat dia setaraf tok guru pondok dan pastinya bila sudah tinggi maqam dia pasti akan dimaksumkan hingga tidak diperiksa lagi kata katanya samada lucah atau mencarut atau mengata....
bijak....bijak...
Jika orang pas merasa mereka dapat menggunakan gelaran nik aziz sebagai umpan untuk meneruskan survival politik mereka maka mereka perlu bersedia menerima balasan di akhirat atas apa jua yang mereka kerjakan...
mereka akan ditanya dan bersedialah berhadapan dengan jawapan dari mungkar nakir dengan ketika itu tidak ada soalan samada anda digelar tok guru atau tok garu atau apa saja gelaran manusia berikan.
akhir sekali cukuplah saya katakan jika nik aziz benar benar pejuang agama pasti dia tak akan kata nabi pun amalkan kroni, dia tak akan halang misi damai pas dan umno untuk kebaikan islam, dia pasti tidak akan berterusan menjad MB selama 18 tahun, dia pasti akan menolak gelaran tok guru yang diberikan, dia pasti akan kutuk siapa sahaja yang bersalahan dengan islam walau dari kalangan rakan politiknya sendiri...
Fikir fikirkanlah dan harap semua dapat sedar dari penipuan yang begitu panjang dan tersusun untuk kepentingan manusia yang dilabelkan suci dan bersih seperti nik aziz ini...
kerna Pas tahu jatuh nik aziz jatuhlah Pas dan nik aziz perlu diagongkan hingga kiri kanan jalan dipenuhi wajah agong nik aziz termasuk yang menitiskan air mata...
Jika kerana jawatan siapa pun sanggup keluarkan air mata dan jika benar benar kerna Islam pasti kita tidak akan menggunakan gambar menangis ketika berdoa kerana takut RIYA dan TAKABUR jika ia digantung di tepi tepi jalan, tak ubah seperti model iklan Nescafe / Milo dan sebagainya..
Maaflah saya menulis terlalu panjang tetapi ia satu tindakan penting demi menyedarkan umat dari terus ditipu oleh pembela gologan Erdogan dalam PAS ini..
BPN akan pastikan nama Nik Aziz akan diingati sebagai penyumbang kepada perpecahan dan kerosakan umat Islam dan tidak akan memberikan ruang sedikitpun untuk membiarkan penipuan penipuan Nik Aziz dan PAS berterusan menipu dan menghanyutkan golongan umat Islam yang ingin menjadi orang islam yang baik tetapi tidak sedar sudah pun jauh dipesongkan akidah dan pemahaman mereka mengikut adunan citarasa politik agamawan yang berselindung di belakang parti yang menamakan mereka pejuang Islam...
Allahu Akbar !!!!!!!!
( setan pasti lari )
Allahu Akbar
( setan dah terkencing kencing )
Allahu Akbar
( setan dah pun mati terbakar )
Hina Islam Atau ‘Muslim’?
BalasPadamApr 7th, 2009
by Abu Saif.
“Dia sudah melampau. Mana boleh si kafir membaca ayat al-Quran dan memperalatkannya?” bentak ‘pencinta’ Islam di dalam kenyataan akhbar dan laporan polisnya.
“Ia jelas mencabar kesucian Islam!” tokok seorang lagi.
Ada sesuatu yang saya masih belum mampu formulakan; mengapakah kaum Muslimin begitu tenang, yakin dengan kepercayaannya dan terbuka untuk dialog dan perbincangan semasa mereka menjadi kaum minoriti, sebaliknya terasa begitu terancam, tercabar, tergugat semasa mereka menjadi kaum majoriti yang memegang kuasa.
Ia suatu keganjilan.
Sepatutnya yang minoriti itu duduk dalam kekhuatiran. Rasa jati dirinya semakin terhakis, bimbang segala yang ada di sekitar mencabarnya, lalu menjadi sangat defensif terhadap agama masing-masing. Sepatutnya begitu.
Dan tatkala mereka bertindak sebagai pemerintah, berkuasa, berkuantiti sebagai majoriti, maka mereka akan rasa sangat selesa, terbuka, dan tidak fragile oleh cetusan-cetusan kejadian harian di kiri kanannya. Sepatutnya macam itu.
Tetapi realiti di Malaysia sungguh terbalik.
PERBANDINGAN LAGI
Saya tidak suka membanding-banding.
Orang tua kita sudah membuat pepatah, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik berhujankan batu di negeri sendiri!”
Tetapi orang kita jugalah yang pakar membanding-banding. Kerana banding-membanding itulah terbinanya Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, malah pernah juga Subang Parade dinobatkan sebagai pusat membeli belah terbesar di Asia Tenggara.
Daripada dibanding-bandingkan benda yang sekunder itu, lebih baik kita bandingkan soal-soal premier yang lebih kritikal.
MINORITI DI IRELAND UTARA
Terkenang kembali pengalaman saya semasa bertugas di Belfast Islamic Centre.
Kami memang kaum minoriti. Jumlah Muslim pada bulan pertama saya memulakan tugas, hanya sekitar dua atau tiga ribu orang di seluruh Ireland Utara. Tetapi menjadi kaum minoriti tidak menjadikan kami Muslim yang defensif lagi reaktif.
Kami terbuka kepada dialog. Jemputan untuk berdialog boleh dikatakan diterima setiap hari. Ada dialog dengan pelajar, ada dialog dengan rombongan yang dihantar oleh gereja. Kita dengan bebas bertukar-tukar pandangan tentang agama dan kepercayaan masing-masing, khususnya di peringkat isu-isu bersama berkaitan etika dan tanggungjawab sosial.
Kami tidak mengurung masjid di balik tembok, kesan rasa terancam kerana hidup sebagai minoriti. Sebaliknya masjid itu sentiasa terbuka. Malah kami juga sering hadir ke ruang-ruang terbuka yang disediakan di pusat bandar, untuk berjumpa dan berbicara dengan orang ramai.
“Kami dari sebuah sekolah rendah Katholik di Newry mahu melawat masjid tuan. Bilakah tarikh dan masa yang sesuai?” tanya wakil sekolah berkenaan melalui panggilan telefon.
“Saya dan rakan-rakan daripada Fakulti Kemanusiaan Open University UK mahu berjumpa dan bertukar-tukar pandangan dengan pihak Islamic Centre” tercatat demikian di sepucuk surat yang saya terima.
Permintaan-permintaan begitu datang setiap hari. Dan lazimnya kami akan cuba menyusun jadual lawatan agar mereka datang kira-kira sejam sebelum Solat Zohor. Tujuannya ialah untuk menyediakan masa sekitar satu jam untuk berdialog dan kemudian apabila masuk waktu Zohor, mereka akan dijemput ke dewan solat utama, duduk di bahagian belakang dan melihat kami menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid.
“Bolehkah orang bukan Islam masuk ke Masjid?” tanya seorang pelajar Malaysia yang baru tiba ke UK.
Soal demikian sudah lama diselesaikan. Jika non Muslim secara mutlak tidak boleh masuk ke masjid, entahlah berapa orang penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berpeluang bertemu dengan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak berlakulah kejadian Arab Badwi yang kencing di dinding masjid dan segala catatan yang lain.
Masjid adalah tempat orang mencari Islam, bukan tempat Muslim mengurung Islam.
Saya tidak banyak pengetahuan tentang Biblical Literature. Tetapi saya membaca serba sedikit mengenainya, dan saya menggunakannya untuk sempena-sempena yang sesuai terutamanya ketika sedang berdepan dengan pelawat beragama Kristian. Semasa menjelaskan tentang hak mutlaq Tuhan terhadap nyawa manusia dalam kertas kerja berkaitan Euthanasia, saya memetik keterangan Bible berikut:
“No man has authority to restrain the wind with the wind, or authority over the day of death.” [Ecclesiastes 8:8a]
Petikan itu berdiri bersama dengan petikan saya daripada keterangan al-Quran, firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“… Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya” [al-An'aam 6: 151]
MENYAMARATAKAN?
Apakah saya menjadi penganut Bible dan mempercayainya semasa saya memetik suatu ayat daripadanya?
Jauh sekali!
Pendirian saya tentang Bible adalah sama seperti pendirian al-Quran terhadap Taurat dan Injil.
Akan tetapi saya memetik ayat dari Bible supaya hadirin yang Kristian boleh mengaitkan ceramah saya dengan rujukan mereka. Bahawa apa yang saya sebut bukan sahaja berdasarkan agama saya yang Islam, malah ia juga termaktub di dalam agama mereka. Itu sahaja.
Tujuan saya menggandingkan keduanya adalah untuk menekankan bahawa soal peranan agama dalam memelihara nyawa manusia adalah persoalan yang besar. Muslim atau Kristian mesti mempunyai tahap sensitiviti yang sama terhadap apa-apa prosedur perubatan dan bukan perubatan yang menggugat hak ini. Euthanasia bertentangan dengan peraturan agama sama ada Kristian mahu pun Islam.
Adakah saya telah menyamakan Islam dan Kristian?
Tentu sahaja tidak.
Kalau Mak Senah makan sireh dan kambing Mek Yah makan sireh, apakah Mak Senah sama dengan kambing Mek Yah?
Tentu sahaja tidak!
Analogi yang sangat buruk untuk andaian seburuk itu.
Namun, titik persamaannya ialah, pokok sireh perlulah dijaga kerana Mak Senah dan kambing Mek Yah sama-sama mengambil manfaat daripadanya.
Antara Islam dan Kristian, Euthanasia tidak harus berdepan dengan apa-apa konflik dari segi penggubalan polisi di hospital jika dilihat daripada perspektif agama kerana kesemua agama bersepakat dalam menolak campur tangan manusia dalam menentukan saat kematian manusia yang lain. Itu sahaja.
Pandangan saya yang dimuatkan di dalam kertas kerja yang dibentangkan, diagihkan kepada kesemua pembentang yang lain, juga hadirin yang menyertai. Tentu sahaja saya tidak menyertakan teks Arabnya untuk mencegah daripada ayat-ayat al-Quran jatuh ke tempat-tempat yang tidak baik. Tetapi berdosakah saya membiarkan para non-Muslim dari kalangan paderi dan pelajar perubatan di The Queen’s University Belfast menggunakan ayat al-Quran dalam keadaan mereka tidak Muslim?
Bahkan saya berpandangan sebaliknya.
KES NGA KOR MING
16-90
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]
Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis daripada DAP dan beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?
david_n_k_m
Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.
Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?
Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!
Sikap inilah yang menghairankan saya.
Terlalu defensif.
Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?
Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita
HINA ISLAM ATAU MUSLIM?
Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?
Saya yakin, jawapannya mudah.
Ia bukan penghinaan terhadap Islam.
Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.
Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.
Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.
Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.
http://saifulislam.com/?p=5175
panjang lebar penerangan AInur86..
BalasPadambangga ada saudara seagama seperti saudara.banyak memperkatakan/berdakwah dengan golongan bukan islam di luar sana.
ulasan2 yg saudara berikan di atas menunjukkan saudara tidak peka di dalam negara sendiri..
saudara perlu mengetahui apa yg berlaku semasa YB nga kor ming menyebut ayat Al-Quran(katanya)semasa sesi ceramahnya tempoh hari.memang betul jika salah di perbetulkan.seperti saudara sebutkn di atas,sauadara mengaitkan ceramah saudara dengan ayat di dalam kitab bible.agak2 saudaralah..jika saudara tanpa merujuk dengan betul hanya menyebut sembrono,adakah tercapai hajat saudara untuk mengaitkannya dengan ceramah saudara?ini contoh untuk berdakwah dengan penganut kristian.
tetapi suasana tempoh hari sangat berbeza,menyebut ayat Al-Quran yg salah,surah yg tidak wujud..tujuan?hanyalah untuk memancing undi!!!saudara mempertahankan juga manusia jenis ini??terang2 mempergunakan org islam,mempergunakan ayat Al-QUran sewenang2nya,memperkotak katikkan perpaduan org islam,semua untuk agenda politik DAP..sedarlah..mereka sedang tersenyum mengejek tatkala kita yg seagama ini sibuk menegakkan benang yg basah.mahu melihat timbalan perdana menteri,menteri pertahanan di terajui bangsa lain?ada pulak penasihat perdana menteri berbangsa lain?perdana menteri hanya mengangguk dan menggeleng mengikut rentak penasihat?itulah bakal berlaku jika golongan minoriti ini tidak sedar dan terus menghasut melayu beragama islam menyokong aliran pakatan pembangkang sekarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.
BalasPadamBangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.