Saya petang ini selepas kembali pulih dari gangguan bekalan internet, berkesempatan membelek blog mummy rokiah yang membawakan tajuk : parti komunis malaya pun dah berblogging. Tajuk yang diutarakan sangat menarik kerana jarang dan pertama bagi saya membaca pendedahan seumpamanya...
Di sana ada isu yang sangat penting berkenaan Komunis untuk diketengahkan kerana ia rentetan kepada desakan GERAKAN, parti komponen BN yang mahu Chin Peng dibenarkan pulang... Satu desakan yang TIDAK WAJAR sama sekali apatah lagi pasti akan mengguris hati-hati para parajurit negara yang masih bernafas dan dapat mengimbau kenangan pahit semasa berjuang memerangi komunis sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan..
gambar hiasan dari Umno Reform
Sebelum saya meneruskan cerita tentang komunis tersebut, saya ingin memberitahu khabar gembira kepada rakan rakan dan juga lawan BPN bahawa talian internet saya sudah pun pulih seperti biasa. Bahkan dengan modem yang lebih canggih dan baik, tentu perjuangan di alam siber tidak akan lagi terganggu seperti yang kita semua tahu dan sedikit 'menyampah' termasuk saya sendiri sebelum ini...
Rupa-rupaya gangguan streamyx yang sekejap elok dan dua tiga kejap tidak elok, adalah berpunca dari usia modem saya yang sudah menjangkau hampir empat tahun... Sebelum ini ketika pemeriksaan dibuat juruteknik tidak berkesempatan memeriksa modem kerana ketika beliau datang, streamyx di rumah saya kembali ok seolah olah tidak ada apa apa berlaku. Walhal ia selalu on off dan tidak stabil taliannya...
Ajaib bukan ??
Namun hari ini kiranya segala masalah tersebut akhirnya selesai dengan izin dan inayah dari Allah juga. Juruteknik telah bermurah hati memberi saya modem baru yang lebih kecil dan berkuasa dan setakat ini tidak ada lagi masalah talian.... Mujurlah saya pelanggan pakej RM 110 sebulan / 1 mbps maka saya tidak dikenakan sebarang bayaran atas penukaran modem tersebut.
Perasaan saya ? Sangat-sangat gembira !
Allah, Tuhan kitalah yang mentakdirkan semua ini. Tentu ada tersirat di sebalik tersurat yang berlaku...
Dia yang memberi dan menarik serta membina atau meruntuh dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala-galanya...
Isu yang saya ingin beritahu anda malam ini ialah bagaimana sebuah blog yang ingin mengangkat penderhaka/pengkhianat negara iaitu golongan tentera komunis sebagai pejuang. Mereka telah semakin ke hadapan dengan membuat blog yang anda boleh klik di sini : http://matamin.blogspot.com
Apa isinya ?
Dalam blog tersebut ada video dan juga lagu mereka dicipta 60 tahun yang lalu. Yang mana di rangkap ke - 3 berbunyi :
Kami Tentera Pembebasan Nasional
mara ke hadapan di garisan muka
siap menyerang musuh hingga hancur lebur
Tentera Pembebasan Nasional cukup kuat semangat waja
membentuk republik rakyat
kekal hibupnya abadi.
Rasanya cukup jelas tulisan 'republik' di situ dan tidak perlulah saya menjelaskan lebih lanjut apakah matlamat dan tujuan perjuangan mereka kerana di negara Komunis sememangnya tidak ada Raja lagi yang bertakhta seperti yang ada di negara kita dan Brunei sekarang ini.
Saya juga ada mendengar tugu peringatan atau memorial komunis ada dibina di 25 tempat berlainan di seluruh negara, apakah anda tahu fakta ini ?
Apa yang dirunsingkan ialah, pergerakan komunis sekarang menggunakan politik untuk menggapai cita cita mereka selepas perjuangan bersenjata mereka lakukan telah gagal sebelum ini....
Tahukah anda siapakah mereka ?
Tidak syak lagi tentu kita tahu siapakah mereka yang sanggup lakukan apa sahaja waima membaca ayat quran untuk dapatkan perhatian serta sokongan !!!
gambar : Blog Angin Perubahan
Apa lagi ayuh kita sedarkan rakyat tentang realiti hari ini dan pastikan langkah langkah mereka akan gagal dan tersungkur di hadapan kota pertahanan negara yang kita adalah binaan batu batanya..
7 ulasan:
Salam;
Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu mencari-cari maksud mengikut selera hatinya.
Adakah mereka telah melakukan kesilapan apabila diberi pengentahuan. Pastikah kini jelas dan nyata mereka telah terkebelakang, tidak lagi sealiran dan tidak lagi diperlukan.
Salam Panglima,
ada nama-nama di dalam blog tersebut seperti Abu Samah, Rashid Maidin dll yang pernah disebut oleh ayah saya sewaktu menceritakan kisah yang berlaku di zaman perjuangan kelompok ini.
Saya sebenarnya tidak begitu memahami mengapa mereka digelar sebagai kominis kerana mereka TERPAKSA melarikan diri ke dalam hutan kerana dikejar oleh tentera2 British disebabkan mereka melawan penjajahan British ke atas Malaysia.
Walaubagaimanapun, saya cuba memahami situasi terdesak yang mereka alami ketika itu, bagaimanapun ayah saya sendiri ceritakan, Abu Samah ini tidak membunuh org2 melayu kita walaupun mereka askar, diceritakan beliau hanya memukau dgn ilmu terhadap askar2 melayu kita, dan tidak menyerang atau membunuh org2 melayu.
Saya rasa untuk melabelkan mereka sebagai pengkhianat negara atau kominis, perlu pada kajian yg lebih mendalam. Banyak faktor yang perlu diambil kira.
DI Pahang, kumpulan ini dtg dari keturunan pejuang2 melayu di zaman Datuk Bahaman, mereka mewarisi semangat membenci org puteh yg tinggi, perjuangan mereka perlu dinilai dengan penuh hati-hati. Jangan sampai kita tersilap melabelkan mereka.
Wallahualam.
Assalamualaikum,
Semua yg terjebak dalam PArti Komunis MAlaya adalah orang yg percayakan Idealogi Komunis yg mana tidak percayakan tuhan..
Biarpun telah lama berlaku itu adakah kita perlu memaafkan mereka?? TIDAK sama sekali.. HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH kalau CHin PEng dan sekutu nya datang ke MALAYSIA maka mereka harus ditembak bertubi-tubi kerana manusia seperti mereka tidak layak di panggil rakyat Malaysia!!
Jikalau Bapa kamu dibunuh oleh orang tanpa belas kasihan adakah kamu hendak memaafkan orang itu? Jikalau rumah kamu di BOM dan keluarga kamu di ugut ,adakah kamu memaafkan orang itu? TIDAK!!
Hutang darah dibayar darah..jikalau GERAKAN atau DAP hendak bawa CHIN PENG dan Sekutu-sekutunya balik MALAYSIA bersedialah untuk bermandikan DARAH!!
terima kasih atas segala komen dan respon anda..
apa jua alasan sekalipun perbuatan mengiktiraf atau menyokong atau membela golongan komunis atau sealiran dengannya adalah SANGAT TIDAK PATUT dan PATUT ditentang sekeras-kerasnya.
tuan,ingin saya bertanya apa kedudukan Panglima berkenaan adab islam oragn 2 melayu menghadiri Majlis Menghormti atau tafakur di Tugu Ngara begitu jga org2 Anwar di Majlis Kematian org bukan islam?mungkin ini bukan ruang agama..tetapi ini tnngjwb kita juga..demi agama,bangsa yg beriman dn negara yang tercinta..
tuan,ingin saya bertanya apa kedudukan Panglima berkenaan adab islam oragn 2 melayu menghadiri Majlis Menghormti atau tafakur di Tugu Ngara begitu jga org2 Anwar di Majlis Kematian org bukan islam?mungkin ini bukan ruang agama..tetapi ini tnngjwb kita juga..demi agama,bangsa yg beriman dn negara yang tercinta..
tuan,ingin saya bertanya apa kedudukan Panglima berkenaan adab islam oragn 2 melayu menghadiri Majlis Menghormti atau tafakur di Tugu Ngara begitu jga org2 Anwar di Majlis Kematian org bukan islam?mungkin ini bukan ruang agama..tetapi ini tnngjwb kita juga..demi agama,bangsa yg beriman dn negara yang tercinta..
Catat Ulasan