Pages

24 Mei 2009

Edisi Diraja : Doa Untuk Kesembuhan DYMM Sultan Kelantan !!!

[sultan.jpg]

Berita Utusan Malaysia hari ini melaporkan :

Sultan Kelantan stabil

KOTA BHARU 23 Mei - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akan dipindahkan ke Hospital Mt. Elizabeth (HME), Singapura untuk rawatan lanjut.

Pengarah HUSM, Dr. Zaidun Kamari berkata, baginda berada dalam keadaan stabil sejak dimasukkan ke HUSM 14 Mei lalu namun masih belum pulih sepenuhnya.

"Setelah diperiksa, baginda didapati mengalami masalah jantung. Baginda telah dirawat oleh pakar dari HUSM, Institut Jantung Negara (IJN) dan HME.

"Sultan Kelantan akan dibawa ke HME untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Zaidun bagaimanapun ketika dihubungi belum dapat menyatakan tarikh baginda akan dibawa ke hospital tersebut.



Ulasan saya :


Mohon jasa baik seluruh rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk mendoakan kesihatan DYMM Sultan Kelantan akan kembali pulih seperti sedia kala...

Ujian ini diharapkan dapat mendekatkan lagi diri baginda Tuanku sekeluarga dengan hadrat Allah Taala..

Semoga baginda akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dikekalkan kesihatan dalam keimanan kepada Allah setiap masa.




4 ulasan:

  1. Moga Tuanku Sultan Ismail sentiasa di bawah peliharaan Allah jua.

    BalasPadam
  2. salam.
    moga Tuanku Sultan Ismail segera sembuh.

    kelmarin...lepas solat jumaat..tunggu juga pengumuman tok imam..kut-kut ada usaha sembahyang hajat untuk Tuanku...tapi tak ada...kenapa ye???..ni kena kerajaan negeri keluar pekeliling sebenarnya...kenapa tak prihatin saya pun tak tahu...kalau sembahyang hajat untuk benda lain seperti untuk menang pilihanraya atau untuk bebaskan anwar berahim cepat je..inilah ulamak kita...ulamak politik!

    wassalam.

    BalasPadam
  3. Moga Tuanku cepat sembuh. Moga seluruh rakyat Kelantan mendoakan kesihatan & kesejahteraan baginda sultan

    BalasPadam
  4. terima kasih atas keperihatinan sahabat-sahabat yang turut mendoakan kesihatan "ulilamri" kita yang menjadi payung rakyat jelata.

    berita terbaru baginda Sultan dipindahkan ke hospital Singapura dan diharap kepakaran di sana dapat membantu DYMM Sultan Kelantan kita.

    Daulat Tuanku !!!

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.