PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.
Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.
Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.
“Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi… kita akan adakan sidang media pagi ini,” kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.
Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
AL-FATEHAH....
BalasPadamSEMOGA ALLAH SWT MASUKKAN BELIAU BERSAMA DENGAN GULUNGAN YANG MENDAPAT KEREDAANNYA JUA.
Al fatehah buat beliau
BalasPadamhttp://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamapa yang menarik di Manik Urai?
jumpa abe MIE....