Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2009

Edisi Khas : Undilah selain calon PKR / PR esok !!!

Sokongan saya ialah kepada sesiapa sahaja yang mampu menjadi alternatif kepada calon Parti Kencing Rakyat...Atau Pakatan Rosak yang telah kalah berkali-kali dan tidak mustahil kalah lagi.

http://www.agendadaily.com/cmspreview/storage/images/com.tms.cms.image.Image_6ef4728f-7f000010-96478e00-948983d9/1/Penanti-Calon.jpg

gambar : Agenda Daily


Emosi marah perlu diterjemahkan kepada undian dan penduduk di sana ( Penanti ) boleh mengajar de facto PKR Anwar Ibrahim untuk memalukannya di kawasan parlimen beliau sendiri.

Isu rakaman sogokan wang kepada kak min pasti menjatuh imej PKR / PR yang cuba digambarkan sedaya upaya, seolah-olah setaraf makhluk suci seperti Nabi atau Wali....

Ayuh undilah selain calon PKR atau PR untuk kesejahteraan dan kemajuan fizikal dan mental negara kita.

Cukuplah permainan politik 'main-main' ini dihentikan atau negara akan terbantu ekoran kesibukan kita semua bermain politik tanpa memikirkan nasib negara !!!!


Sokong kepada sesiapa yang mampu melawan esok especially calon bebas Kak Min yang digelar ronggeng oleh 'anu' tempoh hari.

Jika kak min menang, tentu lebih besar peluang krisis dalaman mereka didedahkan untuk sidang dewan undangan negeri tentang sikap sebenar PKR / PR selama ini.


Semoga keputusan esok memihak kepada beliau...



Salam perjuangan dari Kelantan !



p/s : saya berada di Kelantan selama beberapa hari untuk majlis kenduri sepupu... Kebetulan ada wifi di rumah tersebut.

Sebab itu saya dapat mengemaskini blog dan harapnya esok dapat lagi gunakan line 'percuma' ini.....

Semoga blogger kita akan terus berjuang tanpa pandang kiri kanan lagi selepas ini...

5 ulasan:

Lambo berkata...

Salam;

Sempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak balik kampung, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.

Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...

Panglima Perang Cyber berkata...

Jika bukan Islam pun dah terikut ikut nak ceramah pakai ayat quran habislah ustaz2 Pas x ada peluang berceramah selepas ni.

Mungkin Mat Sabu kena cari kerja lain untuk bayar Naza Ria dia..

Bayangkan jika satu hari nanti ceramah perdana PR akan disampaikan oleh senarai di bawah :

- Ustaz Aura Nga Kor Ming
- Ustazah bogel Elizabeth Wong
- Ustaz biadap Karpal Singh
- Mursyidul Am PR Lim Kit Siang.


Hancur Islam kita jika perkara di atas benar2 terjadi nanti...

Nauzubillahi minzalik !!!

hilbert berkata...

Salam sejahtera Panglima,

Kepada bakal ADUN Penanti, YB Puan Aminah Abdullah...selamat berjuang. Gosok PKR tu sampai kabur.

Kepada Panglima saya ada satu cadangan untuk penambahan dalam blog saudara ini. Apa kata saudara pasangkan saja lagu "Ilham Pujangga" nyanyian Ismail Harun dan Anita Sarawak di blog saudara ini. Lagu ini mempunyai nilai-nilai yang sangat bagus selain senikata, lirik, tune, serta penyampaian lagu yang penuh dengan mesej-mesej sesuai dengan perkembangan yang sedang berlaku didalam negara kita sekarang.

Saya rasa lagu ini sangat sesuai dengan penampilan blog ini yang telah dihias dengan potret KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta KDYMM Raja Permaisuri Agong seperti diatas. Sesuai juga dengan slogan BPN iaitu Bloggers Pembela Negara. Senikata dalam bentuk dialog lagu itu pun ada menyebut "Pembela, Tiang dan Harapan segala bangsa dan negara".

Jadi saya berpendapat, sekiranya pelawat blog ini tengah membaca artikel dalamnya sambil-sambil tu pulak mendengarkan lagu itu, saya pasti mana-mana pembaca yang pro-pembangkang akan mula mendapat sinar baru, akan mula berfikir akan pentingnya kesejahteraan negara dijaga, keharmonian masyarakat dipelihara.

Saya mencadangkannya kerana saya melihat blog ini paling ramai pengikut serta pembaca, Syabas Panglima...teruskan "perjuangan Yang Belum Selesai" ini.

Ali Abdullah berkata...

Salam,

Memang saya kalau penduduk Penanti akan tetap undi juga. Tapi bukan untuk PKR, maaf! Takde sebab mengapa saya harus mengundi parti yang kucar kacir itu.

Tiada perpaduan dan semangat muhibbah berbilang kaum dalam PKR. Yang betul wujud adalah perpaduan politik semata-mata. Sama keadaannya dengan kerjasama DAP-PAS. Gabungan begini umpama menuang nila ke dalam sebelanga susu, menunggu masa untuk basi dan rosak.

Lebih baik undi bebas. Tiada pembangunan tidak apa. Mengundi PKR pun belum tentu lagi ada pembangunan. Lihatlah Permatang Pauh. Itukan kawasan Ketua penasihat parti sendiri, apatah lagi kawasan anak buahnya yang lain... pembangunan jenis apa yang mereka bawa? Pembangunan air liur? Apakah memadai pembangunan cara berpolitik dan memburukkan calon lawan?

Panglima Perang Cyber berkata...

hilber - cadangan menarik. saya tengah cari untuk pasangkan di blog ini.

Apai - komen anda selalu bernas dan patut dipuji.

walaupun kak min dah kalah, namun peratus yang menurun satu kejayaan juga.

adakah ia petanda kekalahan moral pkr di penanti ?

tidak mustahil lebih besar nanti pada PRU 13 akan datang.

usaha kita kena dikuatkan lagi sekarang dan seterusnya.

Cari Blog Ini

Translate