gambar oleh Pewaris Melayu
Cerita 1 : Hasrat akar umbi yang diabaikan Pas Pusat
Hari ini saya berada di Pahang kerana memenuhi jemputan kawan saya di sini. Saya bertolak semalam dan selepas hampir 5 jam baru saya sampai di tempat ini. Kereta sesak di jalanan kerana cuti yang panjang sempena Hari Buruh pada hari ini dan mungkin ramai mengambil kesempatan bercuti dan berziarah ibubapa atau sahabat handai. Meskipun broadband saya tidak dapat digunakan namun kemudahan internet yang ada di tempat kawan saya ini, membolehkan saya tetap berhubung dengan sahabat siber khasnya BPN semua walaupun dalam kadar masa yang tidak sepanjang mana yang saya perolehi semasa berada di rumah.
Hari ini berbagai cerita menarik dan panas terpampang di dada akhbar berkisar perebutan kawasan DUN Penanti antara Pas dan PKR yang telah dijelaskan hari ini oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali bahawa PKR lebih berhak untuk kerusi tersebut.
Nampaknya rakyat di sana pasti tidak akan memilih lagi untuk kali kedua, parti yang telah sewenang wenangnya suka bermain politik sehingga keputusan mereka memilih Adun sebelum ini seolah olah telah dipermainkan dan akibatnya mereka terpaksa mengundi untuk kali kedua bagi memilih wakil rakyat tempat mereka menetap dalam tempoh kurang dari dua tahun.
Ini bermakna suara akar umbi di Permatang Pauh oleh Bahagian Pas di sana telah ditolak oleh Pas Pusat ( berita sini ) ekoran perjanjian sesama parti Pakatan Rakyat yang telah menetapkan bahawa ia perlu diserahkan kepada parti yang bertanding pada pilihanraya sebelum itu. Satu perkara yang perlu dan boleh dielakkan jika PKR benar benar serius menjadi parti membela nasib rakyat melebih nasib perut dan dendam kesumat diri sendiri atau pemimpin parti.
Meskipun begitu, saya percaya jika Pas mendesak dan mengemukakan alasan penolakan pengundi di sana kepada PKR, dan membuat rundingan semula, pasti mereka berpeluang merebut kerusi yang disandang sebelum ini oleh bekas TKM 1 yang telah meletakkan jawatan lebih awal kerana tekanan dalam dan luaran. Peluang lebih cerah tentu akan dibolot oleh PAS dan penolakan calon PAS di sana adalah titik awal kemenangan untuk Barisan Nasional, pada pandangan peribadi saya.
Adakah PR akan berjaya lagi kali ini ? Mudah mudahan tidak !
Cerita 2 : Tindakan yang tepat oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah
Jika orang Pas yang pro dan dilihat menjadi kuda tunggangan DAP di Perak memilih menukar kereta Perdana kepada Camry walau tidak sampai setahun jadi MB, di Kedah pula berbeza corak yang mereka praktikkan.
Ia bermakna bahawa PAS yang sebenar atau bebas dari anasir manipulasi tidak akan tergamak menukar kereta nasional kepada kereta luar negara walau apa jua alasan sekalipun.
Di ruang blog saya ini, saya berbesar hati memuji langkah bijak MB Kedah atas tindakan beliau tetap dengan kereta Perdan sebagai kereta rasmi kerajaan walau mampu menukarnya dan mampu mereka cipa seribu alasan jika mahu menukarnya.
Syabas Datuk Azizan !
berita lihat di sini
Sebelum menukar ke blog lain apa kata kita tengok pertembungan antara kumpulan pro dan anti erdogan dalam PAS di link ini..
Harap tinggalkan komen anda di bawah untuk respon artikel ini... terima kasih!
salam...ana tidak dapat melihat perkara yang berlaku sekarang melainkan PR sedang berada di ambang kehancuran..kerana apa??kerana ada golongan yang telah tersasar dari matlamat asal..mempermainkan istilah perjuangan agama untuk kepuasan politik..PAS...dan juga sikap ANWAR yang asyik menyondol je kerjanya dan berjaya menghasut para ulama sehingga berlakunya kepincangan identiti golongan ini...ALLAHHU AKBAR ALLAH MAHA BESAR...DIA bayar cash setiap perbuatan hamba-NYA dan contohnya dapat kita lihat dengan jelas...YA ALLAH..walaupun kami dikatakan golongan yang jahil di pandangan mereka, tetapi ENGKAU Maha Mengetahui niat kami..maka bantulah kami ya ALLAH..hanya kepadaMU kami berserah.AMIN>>>
BalasPadam