Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Mei 2009

Edisi Menarik Tertarik Isu Husam Musa dan Perjalanan Politiknya di Kelantan

Pagi ni saya agak sibuk tetapi sempat membaca analisa menarik tertarik oleh NTAnwar di blog AnwarDotCom. Memang kemas hujah dan juga analisa yang dibuat. Rugi kalau anda semua tidak membacanya serta mempromosi rakan rakan lain membaca bagi memahami isu Erdogan yang semakin mara dalam PAS sekarang.

Fakta yang sangat menarik ialah rupa rupanya Setpol Nik Aziz iaitu Anual Bakri ialah bekas orang Anwar semasa di Kementerian Kewangan satu ketika dulu. Fakta yang baru saya ketahui pagi ini. Alhamdulillah teori Erdogan ini semakin jelas, selain Kamarudin Jaafar yang memang kita juga ketahui bekas orang kuat Anwar sebelum masuk ke dalam PAS. Cuma siapa yang aturkan KJ tersebut masuk ke dalam PAS, tentu kita dapat mengagaknya.

Jika orang PAS masih lagi suka barua Anwar dari kalangan Erdogan ini terus mencatur politik PAS maka saya akan menanti samada PAS akan kekal dengan identiti lama mereka yang bersemangat memperjuangkan Islam atau menjadi sebuah parti yang sanggup menggadaikan Islam demi mendapat kekuasaan walau ia akan membuka ruang dan peluang KUASA MELAYU terhakis di tanah air kita ini..

Silakan baca artikel dan berikan komen anda.. Terima kasih !




Oleh NTanwar, AIDCclub


Pendedahan anak tok guru Nik Aziz besar impaknya. Selain membetulkan keadaan yang tidak seimbang, turut merencatkan plan Husam Musa Erdogan meneruskan agendanya. 

Sebelum Nik Abduh dedah, orang-orang team tok guru Hadi semua kalah. Bermula Roslan SMS (setiausaha akhbar) di Selangor, berjangkit kepada bekas Imam besar Masjid Negara, Taib Azmudien di Kedah.

Tetapi selepas terdedah semua tembelang, habis haru biru. Rupa-rupa selama ini ada ’satu lembaga’ duduk melingkungi tok guru Nik Aziz. Lembaga itu diistilahkan Nik Abduh sebagai ’pembantu-pembantu sesat’

Seperti kata Nasrudin Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, dia kenal benar peribadi Nik Abduh, faham wataknya, tidak suka mengata orang, bercakap jujur, alim orangnya seperti mana yang pernah ditunjukkan ketika sama-sama aktif dalam PMRAM di Mesir.

Tetapi bila Nik Abduh sendiri tulis ’pembantu sesat’ bermakna dia amat marah dengan kelakuan pembantu-pembantu ayahandanya itu. Sudah tentu, Nik Abduh mendapat maklumat yang betul dan ditapis berkali-kali, barulah dia yakin menulisnya. 

Dia menulis bukan kerana hanya dengar-dengar cakap. Dia sendiri bercakap dengan ayahandanya. Ketika di rumah, ketika tiada pengampu dan orang-orang politik. Bermakna apa yang didengar oleh Nik Abduh bait-bait perkataan ayahandanya adalah benar.

Kemudian muncul sang pendekar Erdogan hentam Nik Abduh. Seperti biasa Erdogan Khalid Samad pun perli-perli dan memperlekehkan Nik Abduh. Lagak tulisannya seolah-olah kata Nik Abduh seperti budak hingusan. Erdogan di Terengganu pun bersuara juga. Syed Azman, pandai-pandai pula mewakili dirinya sebagai jurucakap PAS Terengganu, sedangkan Ustaz Hadi, malah pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali berdiam diri.

Itulah sikap Erdogan. Sikap kurang ajar, sudah sebati dengan mereka. Tidak kira siapa, sama ada Taib Azamudien disindirnya di parlimen, walaupun isu besar, Kalimah Allah, atau Nik Abduh, anak tok guru Nik Aziz pun dicercanya juga. Dr Haron Din yang tinggi ilmunya pun boleh diperlekehkan. Dan jangan terkejut, suatu hari nanti, geng-geng Erdogan ini akan mencerca tok guru Nik Aziz sendiri, bila tok guru sudah tidak mahu jadi pendinding kepada mereka.


Itulah Erdogan, hipokrit, kurang ajar, merasa dirinya amat bagus, dan mengamalkan politik menghalalkan cara.

Macam lah Khalid Samad dan Syed Azman, tahu apa yang dipercakapkan antara anak beranak di rumah Tok Guru. Macamlah Nik Abduh yang berpendidikan agama mahu mereka-reka cerita, dalam perbualan dengan ayahandanya itu.

Tradisi orang Kelantan, apatah lagi tradisi orang alim, perbualan di rumah, terutamanya antara anak dan bapa, tiada pembohongan. Tidak mungkin seorang ayah mahu berbohong dan berpolitik dengan anak sendiri. Lainlah kalau di Kota Darulnaim yang dipenuhi dengan orang-orang politik. 

Siapa pembantu sesat ?

Soalan ini umum. Nik Abduh pun tidak sebut nama dalam tulisannya. Nasrudin Tantawi kata, siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Untuk berlaku adil, kata Roslan SMS, biar yang makan cili itu membuat penjelasan sendiri.

Tidak semena-mena Husam Musa pun mengeluarkan kenyataan, dia berbangga dapat jadi orang ’kesayangan tok guru’. Bukan senang jadi orang yang paling rapat dengan tok guru, katanya. 

Tetapi Husam juga bukan setakat rapat dengan tok guru, dia juga rapat dengan ’defacto PKR’ Anwar Ibrahim, sampai ke Dubai dicarinya Anwar. Anwar pun pernah kata sesiapa yang ’berunding dengan saya’, mari kita pergi ke Dubai, Singapura atau Hong Kong. Maka bergegaskan Husam mengekori Anwar ke Dubai semata-mata untuk buat report kepada Anwar bahawa ada geng ulama sedang buat gerakan untuk muzakarah dengan UMNO.

Betullah awak report Husam, kata Anwar. Spy kita pun SMS benda yang sama kepada saya. 
Kata Anwar ketika Husam berjumpa dengan Anwar di Dubai. Husam hanya tersenyum sumbing


Risau betul Husam Musa, bila dapat tahu geng ulama buat muzakarah dengan UMNO, sampai dia sendiri terkincit-kincit mengekori Anwar di Dubai.

Soalnya, betulkah Husam yang dimaksudkan dengan pembantu sesat itu ?

Husam memang salah seorang pembantu tok guru. Semua orang tahu perkara itu. Husam juga berusaha main silap mata untuk cantas tokoh-tokoh politik lain yang dianggap berpotensi untuk jadi calon MB Kelantan.

Tanya Takiyudin Hasan dan Ustaz Nik Amar, bagaimana Husam cantas dan kerat mereka. Malah Ustaz Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan pun pernah dikerat Husam. Sampaikan tidak dapat bernafas, Ketua Dewan Ulama itu.

Hubungan Husam dan Takiyuddin, memang tidak mesra sejak zaman Universiti Malaya lagi. Husam yang dikenali sebagai ’geng Kerinci’ pernah kerat Takiyuddin yang ketika itu menjadi Presiden PMUM.(Persatuan Mahasiswa UM). Sampai sekarang masih berdarah lagi luka lama itu.

Ustaz Nik Amar pula dilihat sebagai saingan politik Husam paling wahid. Apatah lagi sudah dianugerahkan ’datuk’ oleh Sultan Kelantan dan latar belakang pendidikan agamanya. Tambahan pula, dia berada di lubuk PAS iaitu Pengkalan Chepa.

Tengok bagaimana Husam mempermainkan Ustaz Nik Amar. Husam menganjurkan program kebudayaan, dijemputnya Maya Karin ke Kelantan, tetapi disuruhnya Ustaz Nik Amar beri hadiah kepada Maya Karin. Sampai malu tersipu-sipu ustaz Nik Amar.

Nik Amar dan Maya Karin. Foto ini dsebar oleh blogger kickdefella, yang memang diketahui umum 
blogger upahan Husam. Apakah ini strategi mencemar imej title 'ustaz' Nik Amar ?


Roslan Kassim, bekas Keadilan kenal siapa Husam kerana mereka sama-sama menjadi exco PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam UM). Dulu PMIUM ditarbiah oleh Anwar dan ABIM sebelum Anwar masuk UMNO pada tahun 1982. Makna Husam sudah kenal Anwar sejak dari zaman kampus lagi.

Selepas habis belajar Husam jadi wartawan Harakah dan pulang ke Kelantan jadi pembantu khas tok guru. Mula-mula dia seorang pendiam dan simpan kukunya hingga diangkat jadi Setiausaha Politik. 

Bila sudah jadi SETPOL tok guru, Husam mula tunjuk kuku. Semua jadual tok guru dicaturnya. Dia seumpama tukang jaga pintu, siapa boleh dibenarkan masuk jumpa tok guru. Ramai aktivis-aktivis PAS veteran dicantasnya. Orang-orang Husam mula disusun menguasai Kota Darul Naim.

Akibat politiking keterlaluan, Husam dicalonkan menjadi ahli parlimen Kubang Kerian. Kemudian diturun pangkat semula bertanding di DUN Pengkalan Chepa dan dilantik exco ekonomi. Selepas itu PAS Pengkalan Chepa tolak Husam kerana Husam bukan anak tempatan. Husam kembali bertanding ke kawasannya sendiri.

Ketika pegang exco ekonomi Kelantan, pengaruh Husam semakin besar. Maklumlah dia pegang exco paling penting. Kroni-kroni Husam mula dicaturkan di sana sini. Exco ekonomi ni sama taraf dengan Menteri Kewangan yang pernah dipegang oleh Anwar.

Sejarah membuktikan PAS Kelantan pernah hilang banyak kerusi dan beza UMNO dan PAS ketika itu hanya satu kerusi sahaja. Salah satu faktor PAS kehilangan banyak kerusi adalah faktor Husam.

Maknanya Husam bukanlah penasihat yang paling bergeliga beri pendapat kepada tok guru. Kalau betul-betul bergeliga, kenapa sampai tinggal majoriti satu kerusi ?

Tetapi benarkah pembantu sesat itu Husam ?

Ketika Husam melepaskan jawatan SETPOL, Husam sudah mencaturkan kroninya menjadi SETPOL baru yang bertugas sebagai tukang jaga pintu.

SETPOL itu namanya Anuar Bakri Haron. Dia dianggap pendatang yang muncul ketika PAS berkuasa. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dia menjadi kakitangan menteri Kewangan dan pembantu nombor wahid Anwar.

Ketika Anwar dipecat daripada UMNO, (1998) Anuar Bakri pun bungkus tikar bantal dan bermusafir ke Kelantan. Apa kaitan Anwar kena pecat dengan Anuar Bakri pula bermusafir ?

Anuar Bakri berjumpa dengan Husam atas sentimen aktivis pelajar UM. Anuar Bakri bekas Presiden PMUM. Tetapi dia tidak minat jadi calon politik, dia hanya suka main di sebalik tabir. Sambil-sambil itu dia suka tulis buku-buku sastera.

Ketika Anwar datang ke Kelantan, Anuar Bakri menyorok-nyorok di belakang bekas boss nya itu. Dia tidak mahu kedepan, cukup sebagai pemain di sebalik tabir sahaja.

Anuar Bakri Haron sedang menyorok di belakang Anwar ketika 
pertemuan tok guru Hadi dan tok guru Nik Aziz serta Anwar, di Kelantan.



Sudah mula kedengaran, ramai pembantu-pembantu tok guru lain tidak sebulu dengan Anuar Bakri, kerana sikapnya yang mahu menguasai dan meremote orang lain. Projek-projek buku habis dikebasnya. Buku-buku ditulis oleh Anuar Bakri tetapi dicetak atas nama tok guru Nik Aziz, supaya laris di pasaran.

Kiri kanan belakang depan disapunya. Itulah Anuar Bakri, kroni Husam yang nampak speperti low profil, tetapi hebat orangnya. Kalau tidak hebat masakan tok guru lantik sebagai SETPOL.

Persoalannya siapakah pembantu sesat yang dimaksudkan oleh Nik Abduh itu ?



7 ulasan:

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

TAHNIAH Tuan, artikel yg menarik dan menambah info sy. TQ

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.

Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.

Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.

Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.


Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.

Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.

Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.

Go, go, go !!

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?

Tok Pambu berkata...

Sekarang cina dan india sudah bersatu dalam DAP.

Selagi PAS dan PKR mendapat sokongan DAP, UMNO jangan haraf akan menang di mana2 PRU atau PRK.

Sekarang DAP akan terus menyokong PAS dan PKR di mana2 PKR di adakan.

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Apa sudah jadi dengan Puak Laknattullah ini? Sesat dan jahilnya mereka.

Apabila selesai jenazah dimandikan maka ketika hampir siap untuk dikafankan jenazah ini, bangunlah seorang muslimah PAS pergi ke arah mayat dan memasukkan sesuatu berbentuk syiling 50 sen dan berlogo PAS ke dalam mulut mayat dan diletakkan dibawah lidah.

Selepas memasukkan benda itu, dia terus berucap dihadapan seluruh muslimin dan muslimat di depannya sambil memberitahu bahawa mayat ini tidak akan disoal oleh mungkar-nangkir tetapi akan terus dibawa Allah ke syurgaNya kerana mayat itu semasa hidupnya mengundi PAS dan logo di dalam mulut mayat tadi sebagai bukti dan penjaminnya.

Mengucap panjang Pak R dan sedih dia melihat orang PAS sudah sesat seteruk itu.

Dia mengakui bahawa Nik Azizlah bapa segala kesesatan ini.

oyabun berkata...

Keluhan dari Tok Ketua Bloggers Network

Friday, May 01, 2009
BloggersNetwork Lupa Daratan..
Ni aku cilok dari PerakExpress...

Selalunya aku kutuk UBN…itu wajib. Kadang-kadang aku kutuk PR..itu sunat. Sesekali kena kutuk rakan-rakan blogger..itu harus.

Sebelum ini..sepanjang ingatan aku..belum pernah aku kutuk sesama blogger. Mungkin satu masa dulu ada sedikit perselisihan dengan blogger Perak Kini..tapi dah settle.

Hari ini aku dapat satu komen yang memperli Bloggers Network. Komen ni datang dari sorang bloggers dalam Bloggers Network jugak…tapi tak tau pasai apa dia tukar nama kepada sekotakrokok. Mula-mulanya aku tak tau sapa dia..tapi bila aku trace..rupa-rupanya member jugak!

Dia tulis didalam blognya…http://sekotakrokok.blogspot.com, dan kemudian dia paste postingnya kedalam ruang komen disetiap blog milik member Bloggers Network.

“buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

Sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.”

Mungkin dia ingat..apabila menggunakan nama lain…orang tak tau. Tapi bila aku trace dia..dia kelam kabut. Akhirnya dia delete blog dia. Sebab apa dia takut?

Bloggers Network pada peringkat permulaanya adalah hasil perbincangan aku dengan Dr. Wahab. Dari situ kami merangka dan merancang..dan apabila Konvensyen Teh Tarik diadakan pada 22/11/2008, seramai hampir 50 orang mendaftar.

Bloggers Network bukan pertubuhan berdaftar. Sapa nak join pun boleh. yang tak ada blog pun boleh join. Sapa yang mendaftar pada Konvensyen tersebut kami terima. Kami percaya kepada semua orang. Itu prinsip kami…we trust anybody..until they proved they cannot be trusted.

Daripada yang mendaftar tu…ada jugak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengambil kesempatan nak jumpa Nizar…bila waktu rehat dia terus jumpa Nizar kat meja makan…melobi supaya diberikan jawatan dalam GLC! Lepas tu terus hilang. Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada yang datang untuk melihat peluang untuk buat duit! dalam diam-diam..dia pekena sorang VIP…kononnya dia konsultan dalam web design. Dia charge VIP tu untuk buat blog menggunakan blogspot ..RM5,000.00! Lepas tu hilang!! Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada blogger yang ciplak posting aku..Kampung Direct Investment, CERIA dan Politikal Innovacione…dijadikan proposal untuk buat bisnis. Guna nama Bloggers Network…dah dapat hilang. Lepas tu kutuk balik aku.

Ada blogger yang minta sumbangan dari ADUN-ADUN Kelantan kononnya untuk Bloggers Network. Kalau tak ada orang pecah rahsia…aku pun tak tau.

Ada blogger…yang cuba pekena member sendiri. Kalau masih ingat…dulu ada sorang blogger..Ofis Boy Tingkat 4. Sekarang apa jadi kat dia? bankrap kerana ditipu oleh member sendiri.

Dan banyak lagi. Kalau aku nak cerita semua..boleh buat tujuh siri. Albanjari boleh buat posting tiga kali malam Jumaat.

Blogger-blogger macam ni yang kena kikis dari Bloggers Network.

Aku tak suka nak meminta..malu. Lebih baik aku merompak macam Robin Hood daripada aku minta sedekah. Itu sebab bila nak buat tabung Bukit Gantang…Albanjari buat tanpa persetujuan aku dulu. Sebab dia tau aku tak akan bersetuju.

“Sumbanglah RM1 seorang untuk Tabung Bloggers..! Maaf cakap, mungkin bloggers lain malu untuk memulakannya, biarlah wak yang bersuara. MSK… hmm, wak faham sangat… susah Wak nak cakap. Dia bukan jenis suka meminta-minta, tapi bagi wak… susahnyer nak cakap… takpa Wak buang malu tu.”

Dan hingga sekarang duit tu masih banyak yang belum digunakan..sebab …apa yang datang dari rakyat perlu kembali kepada rakyat.Aku tak mau duit tu masuk poket blogger. Susah aku nak jawab dah mati nanti.

Dan untuk hidup..kami merancang untuk memulakan sesuatu.Dan untuk mencari modal..itu pasal kami rancang untuk mengadakan Hi-Tea bersama Nizar. Tak kan selama-lamanya minta sedekah. Tak kan setiap kali ada pilihanraya…kena buka tabung! Itu pun ada yang perli..nak kejar glamour.

Dan apa lagi program glamour yang kami buat? Pelancaran buku “Rampasan Kuasa di Perak” oleh Nizar? Betul..kami yang susun. Cyberboron yang bercekang mata tengah malam untuk menyiapkannya…tapi masa pelancaran pasai apa tak ada dari Bloggers Network yang hadir? Kalau dijemput duduk atas pentas sebelah Nizar..boleh tahan jugak..tapi duduk celah pokok pisang dalam gelap. Glamour apa? Tanya Albanjari berapa yang dia dapat? Nak beli sekotak Tricajus pun tak cukup.

Macam kata Topeng Perak..”jadi blogger dapat apa? kena maki.” Tapi tak apa..orang nak maki ka..orang nak kutuk ka. Mampuih pi la. Nak buat macam mana…gatai jadi blogger.

http://perisik-rakyat.com/

Cheguman berkata...

Panglima,
Nampaknya lepas ni saudara kena jadi kaunselor la pulak. Ramai manusia kecewa melepaskan perasaan masing2 di sini.

Kata kawan Demang: Perjuangan tidak boleh bermula denagn rasa kecewa sebab perjuangan itu satu ibadat. Takkan nak beribadat sebab kecewa, ye tak?

Cari Blog Ini

Translate