Malang sekali Timbalan Speaker Hee Yit Foon juga telah dihina dengan panggilan 'OKU' dan ' Awak tak ada kaki'
Malang dan seribu kali malang...
Baca berita lanjut di sini : http://www.utusan.com.my
Semalam telah keluar kenyataan bahawa kerajaan akan bebaskan 13 tahanan ISA dan nampaknya pagi ini saya melihat di blog blog pro sana tak ada pun memuji .....
Tak percaya lihat berita di sini http://www.utusan.com.my
Mungkin saya terlepas pandang, anda ada nampak artikel puji/sokong mereka ?
Harap dapat maklumkan kepada saya jika ada pujian terhadap tindakan tersebut....
1 ulasan:
Perak banyak sejarah silamnya.
Yang membanggakan kini rakyat Perak mempunyai raja Melayu yang paling intellectual sekali.
Rakyat Perak patut bersyukur kerana mempunyai Raja yang "cemerlang, gemilang dan terbilang".
Tapi kini institusi Raja di Perak telah tercemar oleh kerana kelakuan separuh dari golongan wakil rakyat yang tidak langsong memberikan penghormatan terhadap raja mereka.
Apa yang telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak jelas memperlihatkan bagaimana jijiknya perangai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang telah bersikap kurang ajar dan biadap terhadap raja Melayu mereka.
Mereka sebagai ahli yang berhormat telah jelas mempamirkan sifat yang sungguh rendah moral mereka tanpa segan silu tidak memberikan penghormatan yang setinggi-tingginya terhadap raja mereka.
Tidak keterlaluan kita boleh mentakrifkan tindak tanduk mereka sebagai orang yang durhaka dan pengkhianat kepada raja mereka.
Sungguh menjijikkan melihat perangai mereka yang tidak bertamadun kerana berkelakuan seperti "setan dan iblis" tanpa sifat malu terhadap raja mereka.
Adakah ini rupa bentuk "Yang Berhormat" yang diharapkan oleh rakyat negeri Perak? Wakil Rakyat yang tidak tahu erti sopan santu terhadap raja mereka.
Mereka bolehlah diumpamakan sebagai wakil rakyat berperangai seperti "LANUN DAN PENYANGAK".
Amat malang sekali kejadian ini berlaku. Patutkah rakyat menerima mereka sebagai wakil rakyat yang telah menjatuhkan maruah Raja.
Fikir-fikirkanlah dengan hati yang ikhlas apakah rakyat negeri Perak tidak ambil peduli dan akan terus memberikan sokongan kepada wakil rakyat mereka yang telah jelas cuba mempermainkan institusi raja Melayu?
Kalau rakyat negeri Perak betul-betul menjungjungi institusi raja mereka maka adalah amat wajar supaya semua rakyat negeri Perak bangkit beramai-ramai mempertahankan raja mereka dengan mengadakan demonstrasi aman di depan Dewan Negeri Perak untuk melahirkan rasa kesalnya atas kelakuan biadap wakil rakyat mereka terhadap raja mereka.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !
Catat Ulasan