Cerita 1 : Mari Ramai2 Ke Perak Sempena Sidang DUN 7hb Mei 2009
Saya baru sahaja menerima hasrat saudara Sekupangduas yang sangat sangat berharap agar blogger2 BPN dapat menyeru rakan2 dari kalangan blogger atau rakyat khasnya berasal dari Perak untuk meramaikan sidang DUN 7hb Mei depan. Apa cara sekalipun boleh dilakukan untuk memastikan sokongan padu seluruh rakyat kepada Kerajaan BN yang telah diperkenan membentuk kerajaan berdasarkan kepada sokongan Adun.
Ia pada 7hb nanti, pasti akan menjadi saat yang bersejarah bagaimana perjuangan membebaskan Perak dari dikuasai golongan yang rela menjadi boneka orang telah berjaya, walaupun menurut beberapa info ada pihak cuba menimbulkan kekacauan di sana dengan cara yang kita sebagai orang awam tentu tidak menjangkanya.
Saya pasti pihak polis sudah arif dan masak dengan helah mereka yang ingin mencetuskan huru hara kerana bila DUN dapat diambil alih oleh BN terutama jawatan Speaker maka akan berakhirlah saat itu penderitaan serta kesakitan jiwa pembela ketuanan bangsa serta Raja Melayu kita di Perak dan Malaysia khasnya.
Ayuh kita ke sana !!!
Cerita 2 : Perjuangan PAS, dulu dan hari ini !
Saya mendapat kiriman email dan kebanyakannya saya perolehi dari Yahoo Groups. Sudah hampir 24 ribu email yang masuk dan saya tidak sempat membaca kesemua email yang mengandungi butiran perbincangan ahli Yahoo Groups tersebut. Memandangkan ada nilai 'wow' dalam artikel di bawah maka saya salin kembali. Mana tahu ia dapat membuka satu dimensi baru untuk anda yang setia datang menjenguk blog tidak seberapa ini... Selamat membaca !
1. Parti Islam SeMalaysia (Pas) atau nama asalnya Persatuan Islam SeMalaya telah ditubuhkan di rumah ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga merangkap MudirMadrasah ad-Daeratul Maarif Wathaniyah iaitu Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim yang telah menjadikan kediamannya sebagai tempat persidangan para ulamak dan ekoran darinya maka tertubuhnya Pas pada hari tersebut iaitu 24 November, 1951.
2. Namun begitu, PAS hanya didaftar secara rasminya pada 31 Mei, 1955. Pada 30 November 1963 nama Parti Islam SeMalaysia telah ditukarkan kepada Persatuan Islam SeTanah Melayu dan pada 21 Jun 1977 nama itu sekali lagi ditukarkan kepada Parti Islam SeMalaysia dan kekal hingga kini. Undang-undang tubuh PAS yang dibentuk pada tahun 1951 telah dipinda pada 14 Ogos 1954. Di akhir hayat Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim beliau telah meninggalkan perjuangan PAS atas alasan tertentu.
3. Dari sudut sejarah, perjuangan asal PAS adalah bertunjangkan kepada ajaran Islam dan bercita-cita menegakkan Islam di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu. Namun kepentingan bangsa Melayu Islam tetap menjadi agenda utama kepada pemimpin PAS masa itu berpendapat bahawa kewujudan Islam di Tanah Melayu adalah berpaksikan kepada kewujudan bangsa Melayu yang menganut agama Islam secara umumnya.
4. Sehingga ke era pemerintahan PAS di tahun 1970an dan 1980an, PAS masih kuat mempertahankan hukum Islam yang sebenarnya dan menggunakan kuliah agama bagi menyampaikan mesej dan kesedaran kepada pentingnya hukum Islam dalam masyarakat di Malaysia.
>
> 5. Malahan Mursyidul Am Pas Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam ceramah beliau iaitu “ PAS menentang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana dasarnya. Kalau Umno memerintah secara Islam, maka Pas haram wujud lagi dan sayalah pemimpin Pas pertama yang akan menyertai Umno”.
>
> 6. Semasa pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri banyak aspek nilai-nilai murni Islam telah diperkenalkan dalam program penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran awam telah dilaksanakan dan legasi ini disambung semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi pendekatan slogan Islam Hadhari.
>
> 7. Tetapi malangnya, pemimpin PAS tidak mahu menerima apa yang cuba diterapkan oleh pemimpin tersebut dan mengatakan kesemuanya itu adalah bukan Islam sepertimana yang ingin diperkenalkan oleh PAS sendiri. Malahan pemimpin dan penyokong PAS memperolokkan segala usaha tersebut.
>
> 8. Sebelum pilihanraya 2004, PAS merasakan agak sukar mendapat kerusi yang banyak dalam setiap pilihanraya umum yang ditandingi dan semasapilihan raya 2004 dan lebih lagi dalam pilihanraya umum Mac 2008, PAS telah membelakangkan pendekatan berpolitik dengan mengambil DAP dan PKR sebagai sekutu politik untuk menjatuhkan UMNO/BN.
>
> 9. Tindakan ini berlawanan dengan kecaman dan tohmahan mereka terhadap UMNO yang dituduh bersengkokol dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC sehinggakan PAS menghukumkan UMNO bukan Islam seperti perjuangan Islam PAS dan mengharamkan ahli mereka mengadakan sebarang hubungan dengan ahli UMNO.
10. Ketika itu, pemimpin PAS telah mempermainkan ayat Allah dan sanggup mengeluarkan kenyataan yang nyata berlawanan dengan pegangan agama umat Islam umumnya umpamanya pemimpin dan ahli PAS tidak takut mencerca, memuat tohmahan dan fitnah ahli UMNO yang beragama Islam dan sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, maka apa yang diucap dan diungkap akan disambut dengan takbir oleh para penyokong.
11. Pemimpin PAS juga menolak ketentuan Allah sekiranya mereka kalah dengan mengatakan kekalahan tersebut adalah sebab UMNO menggunakan pengundi hantu. Pemimpin PAS juga menyamakan manusia dengan Allah dimana menyatakan Allah juga mencarut dan boleh berkerjasama dengan syaitan. Dan yang paling terbaru nama Allah boleh digunakan oleh agama lain dan orang bukan Islam boleh menggunakan ayat al quraan untuk tujuan kempen politik.
12. Mengapakah perubahan ini berlaku dalam PAS yang suatu masa dahulu adalah menjadi satu alternative kepada pengundi Melayu?
13. Perubahan ketara ini berlaku disebabkan kepimpinan PAS kini telah lari dari keimanan yang sebenarnya kepada Allah.
14. Perjuangan PAS tidak lagi ikhlas kepada perjuangan mendekati diri kepada keredhaan Allah.
15. Pemimpin yang ada dalam barisan kepimpinan PAS kini kebanyakannya mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka ini bukannya pemimpin yang berlatar belakangkan roh islam yang sebenarnya. Sebagaimana kata Nik Abduh (anak Nik Aziz) iaitu ramai pemimpin islam sekarang adalah ulama mi-celup.
16. Sekiranya pemimpin yang sedia ada bukan terdiri daripada ulama yang takut dan redha kepada ketentuan Allah maka apakah yang diharapkan dari penyokong mereka yang rata-ratanya daif dalam hal ehwal Islam yang sebenarnya.
17. Apakah yang akan berlaku perpaduan umat Melayu Islam sekiranya perkara ini berkembang tanpa sebarang pembetulan?
18. Nantikanlah pembalasan Allah kepada mereka yang memperdagangkan agama dengan harga yang amat murah semata-mata untuk mendapat sedikit keuntungan di dunia ini.
Salam
Posted by Tungaklangit ( melalui Yahoo Groups )
Penyokong PAS sekarang nie bukannya tau sejarah tersebut..apa akta dan asas perjuangan PAS sebenar pun mereka tak tau..yang mereka tau PAS tu Nik Ajis..Nik Ajis itu PAS...perjuangan mereka adalah HUDUD tapi itu dulu sedangkan sebenarnya dalam pentadbiran negara islam dilupakan sedangkan malaysia daripada dahulu ditadbir secara islam..hal ini diakui oleh seluruh dunia islam..cuma mata dan telingan penyokong PAS telah dibutakan dan dipekakan oleh pemimpin mereka..walaupun didalam hati mereka mengakui kebenarannya tetapi demi ploitik sempit dan peribadi mereka sengaja buat tak nampak.
BalasPadambro, aku ciplak story no 1 tu yer. mintak halal. Insyaallah kami akan kesana!
BalasPadammarilah kite pergi merusuh..ingat diorg je ke bleh..mari2!!
BalasPadamtuan,
BalasPadammohon copy paste cerita 2.
tqvm
pinjam kata-kata daripada Malaysia2-Day:
BalasPadamNak konar sikit, aku ada baca kat blog budak2 PAS, mereka nak buat sembahyang hajat agar sidang dewan DUN 7hb nanti berjalan lancar dan tenteram. Alhamdullilah! bagus la, tapi korang tak rasa lawak ke? Derang nak sembahyang hajar mohon pada ALLAH agar tenteram, tapi derang juga dalam masa yang sama dah sebuk nak mengumpulkan ramai penyokong mereka pada hari persidangan tu. Tak rasa pelik ke? hehe lawak jenis apa nih. Boleh tenteram ke kalau dah ramai2 berkumpul. Tenteram apa, nanti ada lagi yg tidur atas jalan. Yang best nyer, PAS dah global sekarang oooo, penyokong derang siap import dari INDON dan dgr cerita BANGLA pun ada dalam perhimpunan mereka! WOW!! Tahniah PAS kerana begitu bersikap GLOBAL! Agaknya nanti giliran penyokong import dari Bangla lak tidur atas jalan kut. Haritu penyokong dari Indon tidur atas jalan kan? hehe Apa pun aku pun berdoa agar persidangan tu nanti akan berjalan dgn baik dan tanpa sebarang insiden buruk demi Rakyat Perak. Harap2 pembangkang akan bersikap lebih matang pada hari itu.
http://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamPAS dan DAP tak ada beza walaupun PAS kata ulama dan ahli agama perlu jadi Presiden...apa beza dgn UMNO yang meletak syarat itu sebelum PAS lagi...dan UMNO tak ada ahli kafir dalam pergerakan....
PAS..HINDRAF pun ada..
Saya tidak setuju kita berkumpul pada hari dewan bersidang sebagaimana penyokong pembangkang merancang untuk berkumpul.Kita tidak boleh mengikut rentak pembangkang dalam hal yang satu ini. Pendekatan ini saya kira tidak begitu bijak. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan bersaing seperti ini. Ini namanya konfrant atau lebih tepat lagi mahu membuktikan siapakah yang paling kuat dan siapa yang paling ramai. Kita menolak perhimpunan haram yang dicadangkan itu, jadi kita tidak sama seperti mereka dengan turut melakukan perbuatan yang serupa. Ini bukan cara UMNO (BN) dari dahulu. Kita harus membuktikan bahawa kita merestui persidangan dewan itu dan membiarkan demokrasi berlaku dengan bebasnya di dalamnya tanpa dihangatkan oleh tunjuk perasaan atau sebarang perhimpunan di luar.Kita tidak mahu kehadiran kita beramai-ramai di sana akan dijadikan alasan untuk merosakkan persidangan dewan itu. Kita harus tinggal di rumah dan membiarkan polis menjalankan tugas-tugasnya.
BalasPadampergi untuk menyokong!
BalasPadam