UTUSAN MALAYSIA 18 MEI 2009
1. SABAH haramkan import babi sebagai baka pembiak dan semua produk haiwan tersebut sebagai langkah mengawal virus influenza A menular ke negeri tersebut.
2. DESAK TH TURUNKAN TAMBANG
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia Datuk Md Saleh Md Ahmad menggesa Tabung Haji menimbang semula kenaikan 11 peratus untuk tahun ini. Ini bermakna setiap bakal jemaah akan dikenakan bayaran RM
9,980 berbanding RM 8,873 ketika ini.
Manakala Setiausaha Agung Persatuan Pengguna (FOMCA) Muhammad Sha'ani
Abdullah berkata, kenaikan perlu berpatutan sekiranya ia tidak dapat
dielakkan.
Nota: jumlah kenaikan harga tambang haji jika diluluskan ialah sebanyak 11 peratus dari harga asal ketika ini iaitu
sebanyak RM 1,003.
2.SAMAN FITNAH
Anifah tidak layan saman Anwar ke atasnya dan menyifatkannya satu perkara remeh dan tidak perlu dilayan. Bernama semalam melaporkan Anwar menafikan kenyataan Anifah di Washington yang dibuat semasa
sidang akhbar bersama SETIAUSAHA AGUNG AS yang beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya melompat parti selepas PRU 12 tahun lepas. Anwar melalui peguam S.N.Nair meminta
Anifah menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf dalam tempoh 24 jam. Anifah mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton selama dua hari
bermula 14 MEI yang lalu.
3. HUSAM ARAH KETUA DEWAN ULAMA MENGADAP DEWAN HARIAN PAS PUSAT PADA MESYUARAT KHAS HARI INI 18 MEI 2009 BERHUBUNG KENYATAAN BELIAU TENTANG AMALAN MEMMBERI HADIAH KEPADA PERWAKILAN MENJELANG PEMILIHAN PARTI TERSEBUT. HUSAM BERKATA SEKIRANYA ADA BUKTI IA AKAN DIPANJANGKAN KEPADA JAWATANKUASA DISIPLIN UNTUK MEMBOLEHKAN TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP MEREKA.
4. Majlis Peguam menggesa Ketua Polis Negara meletak jawatan selepas Mesyuarat Tergempar (EGM) kelmarin berikutan penahanan lima peguam BIRO BANTUAN GUAMAN di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei lepas.
Bagaimanapun ia dibantah oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang menegaskan tindakan tersebut sebagai keterlaluan seolah-olah badan tersebut tunduk kepada golongan
peguam terbabit. Katanya : Gesaan Majlis Peguam itu adalah terburu-buru, keanak-anakan
dan amat tidak bijak yang dilakukan oleh sebuah badan mulia. Janganlah bersikap sedemikian sekiranya hanya mahu memuaskan hati sesetengah peguam tertentu.
6. AS haramkan bersalaman ketika majlis penganugerahan diploma, High Five yang telah menjadi tradisi rakyat Amerika Ketika menyaksikan pertandingan sukan. Ia berikutan wabak selesema pandemik H1N1 yang telah diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Larangan tersebut dikeluarkan sehari selepas pengumuman
amaran oleh pertubuhan tersebut. Universiti Negeri Wichita di Kansas telah mengharamkan berjabat tangan ketika majlis penganugerahan diploma sejak dua minggu yang lalu ekoran penularan wabak tersebut..
Edisi ini sepatutnya disiar beberapa hari lalu tetapi tertunda ekoran masalah talian !!!
Harap maaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.